Tuesday, November 14, 2017

Supergirl

Tajuk : Supergirl
Penulis : Wardina Aisyah
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0907-68-0

Sinopsis
AINA MEDINA, dia bukan seperti anak-anak gadis sebayanya. Dalam usia 21 tahun, dia terlalu sibuk bekerja siang malam demi mencari duit menyara kehidupan. Tak kira penat atau sakit, dia tetap kuat demi orang-orang tersayang. Lagaknya tak ubah seperti seorang ‘Supergirl’.

LUTH ZULKARNAIN, lelaki yang punya segala-galanya. Rupa, harta dan pangkat. Namun ada satu yang lelaki ini tidak miliki. Cinta! Ya, lelaki setampan Luth tidak terisi hatinya dengan cinta setelah kecewa dengan percintaan lalunya. Baginya semua perempuan itu punya sifat yang sama. Mata duitan!

Satu insiden, menembungkan dua insan dari dua dunia berbeza.

“Be my wife.” – Luth Zulkarnain

Tawaran itu Aina rasakan sesuatu yang tak masuk dek akal. Mustahil dia menerimanya. Memang dia orang susah. Perlukan wang demi menyara keluarga. Namun dia bukanlah perempuan murahan yang menjual maruah. Dia tidak kemaruk menerima tawaran kerja paling gila pernah didengarnya itu. Merepek! Mengarut! Merapu meraban!

Namun, kemelut yang dihadapi semakin bertimpa-timpa. Pak sunya dikejar pemiutang. Manakala ibunya pula terpaksa menjalani pembedahan yang mana tidak mampu dibiayai olehnya. Akibatnya dia tersepit. Dalam terpaksa, kerja gila yang ditawarkan oleh mamat muka ketat itu terpaksa juga diterima. Hanya itu jalan yang dia ada.

“Saya dah buat keputusan. Saya terima tawaran awak.” – Aina Medina

Maka… bermulalah kehidupan Luth Zulkarnain dan Aina Medina yang berpaksikan kepura-puraan.

Dalam melayari kehidupan yang penuh dengan olok-olok, benarkah tiada cinta yang menyapa? Jika benar bagai dikata, mengapa mata Aina sentiasa berbulu setiap kali si langau gedik menggeletis datang menghimpit Luth tanpa segan silu? Luth pula, kenapa hatinya rasa seperti ingin meletup setiap kali sahabatnya Awie datang menggoda Aina?

Mampukah Aina si Supergirl ini bertahan demi orang-orang tersayang? Terusan berkorban meskipun hatinya sendiri calar-balar?

Pelangi Untuk Ara

Tajuk : Pelangi Untuk Ara 
Penulis : Azura Rasiddin 
Harga : RM28.00

Sinopsis
Kepulangan Eiyad dari kota London meragut keamanan Ara. Tiada lagi kebebasan untuknya. Dia kembali dikawal dan dikongkong oleh lelaki yang dia gelar sebagai mr. control freak.

"Kau tak boleh control aku. Kau jangan ingat bila kau dah balik sini, kau boleh control aku macam dulu. Don't you dare... Kau tak ada hak." - Ara
"In case kau terlupa, aku ni abang kau." - Eiyad
"In case kau terlupa juga, mama aku tak pernah lahirkan seorang abang untuk aku. Dan dia tak pernah lahirkan sesiapa selain aku." - Ara
"Even we are not blood related, aku tetap abang kau." - Eiyad

Hidup Ara jadi kacau bilau. Keretanya dijual. Aktiviti hariannya disekat. Eiyad tak ubah seperti seorang musuh buat Ara. Dia bencikan lelaki itu. Eiyad penyebab segala-galanya. Mamanya berubah disebabkan Eiyad. Papa dan mamanya bercerai, juga disebabkan Eiyad.

Namun, segalanya berubah apabila Ara mengetahui apa yang berlaku sembilan tahun yang lalu. Ara mula rapat dengan Eiyad. Layanan lelaki itu kadangkala membuatkan naluri perempuannya tersentuh.

Ara cuba menepis segala perasaan asing yang hadir. Kerana bagi dia Ara + Eiyad = Impossible. Lebih-lebih lagi bila dia tahu status Eiyad. Gadis itu mula menjauhkan diri daripada Eiyad, mencipta jurang pemisah antara mereka.

Satu peristiwa yang memberi tamparan besar pada hidup Eiyad merapatkan semula hubungan mereka. Ara tidak betah membiarkan Eiyad terkapai-kapai dalam lautan kesedihan. Dia hadir untuk merawat luka di hati lelaki itu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

"Do you still love me?" - Eiyad
"Sama ada aku masih cintakan kau ataupun tidak, itu tak penting. Kau dan aku adalah sesuatu yang mustahil." - Ara

Benarkah? Benarkah antara dia dan Eiyad adalah sesuatu yang mustahil? Adakah equation yang Ara cipta selama ini benar? Adakah Ara + Eiyad = Impossible?

Saturday, October 14, 2017

Hero Pandang Pertama

Tajuk: Hero Pandang Pertama
Penulis: Nia Qurratun'aini
Harga: RM24.00
ISBN: 978-967-365-318-8

Sinopsis
Tak semua heroin akan jatuh cinta pandang pertama dengan heronya. Itulah yang terjadi bila Aura Aisyah pergi pasar pakai kasut wedges. Dah nak terjatuh, mujur Qauthar sempat sambut. Tapi, Aura Aisyah tuduh lelaki tu nak ngurat dia pula.

“Habis tu, kenapa gaya awak macam nak usyar saya aje?”
“Saya tak cakap pun. Saya cuma cakap hero selamatkan awak. Saya tak cakap yang saya nak ngurat awak.”
“Bukan sama aje ke? Awak perasan yang awak tu hero saya.”
“Awak ni, perasan cantik eh?”

Orang cakap kalau kali pertama itu kebetulan, yang kedua itu tak sengaja. Kalau dah kali ketiga muncul depan mata, itu takdir namanya. Kali ini, bukan setakat hero, Qauthar jadi suami Aura Aisyah secara tiba-tiba.

Mula-mula, biasalah. Isteri tak nak suami datang dekat-dekat. Tapi, bila Qauthar menyakat, mulut yang laju membangkang jadi tersekat-sekat.

“Pintu tak boleh terbuka luas, kena tutup rapat. Jarak kita terlalu jauh. Jadi…” 
“Awak nak buat apa ni?”
“Bila dah dekat… Apa yang tertutup, kena dibuka.” 
“Awak… Awak… Awak jangan macam-macam.”

Munculnya Qauthar setiap hari di hadapan mata telah membuat Aura Aisyah jatuh cinta. Namun, saat Aura Aisyah mengaku Qauthar bukan sekadar hero pandang pertamanya, kebenaran yang cuba Qauthar sembunyikan terbongkar. Aura Aisyah benar-benar terpanar.

Kahwin Paksa Tapi Suka

Tajuk: Kahwin Paksa Tapi Suka
Penulis: Qhayra Qhayriesa
Harga: RM25.00
ISBN: 978-967-365-320-1

Sinopsis:
“Apa? Tengku Qaizer Farhan? Xian Hui Han?”

Ternganga Rania bila dia tahu dia bakal dikahwinkan dengan anak kawan baik Tuan Hadi. Bakal suaminya itu bukan tiada rupa orangnya. Malah, berharta pula. Cuma, ada satu perkara yang buat Rania tak berapa suka dengan bakal suaminya itu.

Perangainya tak ubah macam samseng. Kalau tidak, takkanlah lelaki itu digelar samseng sepet!

Daripada tak suka, lama-lama Rania mula jatuh cinta. Tak kisahlah lelaki itu bagaimana orangnya, hatinya sudah Tengku Qaizer Farhan sepenuhnya. Apatah lagi hidupnya semakin bahagia. Tapi, bukan rumah tangga namanya jika tiada dugaan.

“Tunggulah kau Rania. Kali ini, nasib kau takkan sebaik sekarang lagi. Sampai bila-bila.”

Pertemuan Rania dengan Azie buat hati Rania mula resah. Kemunculan Ridhuan yang pernah punya kisah hitam dengannya buat Rania makin tidak senang. Apa yang harus Rania lakukan bila kisah silamnya kembali disingkap? Sanggupkah dia berdepan dengan pemusnah hidupnya demi memastikan bahagia sentiasa ada bersamanya?

Tapi, samseng sepet itu heronya. Tengku Qaizer Farhan sentiasa ada bersama Rania kerana itulah janji lelaki itu semenjak mereka menjadi suami isteri.

Lelaki Tangkap Muat

Tajuk: Lelaki Tangkap Muat
Penulis: Mynfamieza
Harga: RM25.00
ISBN: 978-967-365-319-5

Sinopsis:
Gara-gara nak menutup malu, Qisya Adelia telah dihantar ke kampung. Duduk bersama Hajah Limah yang kuat berleter dan suka mencari salahnya. Pantang bertemu muka, pasti ada yang tak kena.

Tak tahan azab duduk di dalam rumah, Qisya Adelia secara senyap menyelinap keluar mencari hiburan. Dia hampir diperangkap. Nasib baiklah Hael Iktizaz, cucu angkat kesayangan Hajah Limah menjadi penyelamat.

Hajah Limah pening kepala. Tak tahu nak buat apa, Hael Iktizaz datang bersama dengan ideanya. Dia meminta toknya kahwinkan sahaja dan dia sudi terima.

Bukan mudah untuk Qisya Adelia setuju. Lagi-lagi lelaki yang jadi pilihan papanya adalah lelaki yang suka menyakitkan hatinya. Sampai sanggup dia mengambil tindakan gila gara-gara mahu memprovok keputusan tegas papanya. Tapi, tidak dilayan. Dia cuba untuk membantah dengan cara lain pula.

“Aku tak percaya. Lelaki macam kau ni mesti ada niat lain. Sebab tu kau nak sangat nikah dengan aku, kan?”
“Ya. Aku memang berniat kalau ada jodoh antara kita berdua aku nak bimbing hang sampai syurga.”

Nak tak nak, Qisya Adelia terpaksa terima kerana syarat papanya. Dia yakin perkahwinan ini tidak lama. Namun, semakin hari dia semakin selesa hidup berdua. Dia sedar dia dah jatuh cinta.

Hael Iktizaz lagilah suka!

Dia

Tajuk : Dia
Penulis : Umie Nadzimah
Harga : RM29.00
ISBN : 9789674690632

Sinopsis
Mengenal cinta.

Mengejar bahagia.

Mencari dia.

“Aku berserah pada takdir tapi hati aku selalu menyebut nama dia. Hanya dia yang aku tunggu.” – Aira

Aira, kisah cintanya tidak seindah yang diimpikan. Kerana Emelda, dia terpaksa mengalah. Aira pasrah apabila Aidit memilih Emelda untuk dijadikan teman hidupnya. Aira percaya akan ada hikmahnya yang menanti.

“Aku pernah merasai cinta. Dia begitu sempurna buat aku. Tapi aku perlu tahu tidakkah aku dengan dia sempurna bersama?” - Aidit

Aidit, dia tidak menyangka keputusannya untuk ke Kuala Lumpur bagi mengikuti program pertukaran pelajar Indonesia-Malaysia telah membongkar satu rahsia. Keluarga Aidit sudah menetapkan calon isteri buat Aidit iaitu Emelda, anak majikan orang tua Aira. Dengan hanya satu sebab Aidit perlu berkorban! Korbankan cintanya terhadap Aira. Dalam melayani duka lara hati, Zaid muncul membawa rasa cinta buat Aira. Pelbagai cara yang Zaid lakukan untuk menambat hati Aira.

“Kopi saya... Mana kopi saya? Kan saya dah cakap, pagi-pagi awak kena buat kopi saya dulu... Sekarang dah pukul berapa?” - Zaid

“Kenapa Encik Zaid tak suruh tea lady yang buatkan?” - Aira

Zaid mengambil kesempatan untuk mendekati Aira sementelah Aira di bawah seliaannya semasa menjadi peguam pelatih. Bertahun-tahun Zaid menunggu untuk Aira membalas cintanya, akhirnya Zaid gembira apabila Aira bersetuju menjadi tunangannya. Kehadiran semula Aidit dan Icha Aulia selepas Emelda meninggalkan Aidit ternyata mengganggu perhubungan Aira dan Zaid. Walaupun sudah sekian lama Aira tidak bersua muka dengan Aidit, jelas kedatangan Aidit membuatkan hatinya berantakan kerana Aidit mahu menggapai semula hati Aira.

“Dia buat aku tenang, gembira dan bahagia. Dan aku tahu dia dapat merasakan cinta aku tapi apa yang harus aku lakukan untuk merasai cinta dari dia?” - Zaid

Namun pada saat yang diimpikan tiba, Zaid membiarkan Aira pergi mencari cinta sejatinya. Aira dalam dilema. Antara Zaid, tunangnya yang setia atau Aidit, cinta pertamanya yang menjadi pilihan Aira? Semuanya dalam Dia...


Friday, September 8, 2017

Hai Handsome!

Tajuk: Hai Handsome!
Penulis: Dea Zoraya
Harga: RM28.00
ISBN: 978-967-86-0812-1
Mukasurat: 480

Pertemuan yang tidak disengajakan antara Maya dengan Izzaz, seorang pilot berpangkat kapten telah mengubah hidup gadis itu. Izzaz membantu Maya menyelesaikan hutang kawan baiknya. Namun sebagai balasan Maya perlu menyamar menjadi adik kepada lelaki itu yang hilang sejak kecil. Tetapi izzaz segera sedar akan kesilapannya. Dia mula jatuh cinta dan ingin menjadikan Maya sebagai isterinya. Malangnya, Maya mengetahui agenda sebenar lelaki itu mendekatinya adalah kerana dendam. Izzaz nekad mahu mendapatkan cinta Maya walaupun dia tahu cara yang digunakannya itu akan membuatkan dirinya dibenci. Akhirnya kesabaran Izzaz membuatkan Maya mula jatuh sayang.

“Kau tak rasa beruntung ke bila aku pilih kau? Dah lah aku ni handsome, kerja pilot, ada duit dan paling penting aku ada senyuman yang paling menawan. Kalau dapat anak dengan aku confirm comel habis. Kau tak sudi?”~ Izzaz.

“Jujur saya akui... saya sebenarnya sangat takut untuk menjadi isteri awak. Awak tak rasa macam tu ke bila kita akan berkahwin tanpa rasa cinta?”~ Maya.

Namun sifat cemburu Izzaz telah membuatkan rumahtangga mereka mula goyah. Dapatkah cinta di antara mereka mengatasi dugaan yang datang melanda. Adakah Izzaz akan kembali menyerahkan kepercayaannya terhadap Maya?