Saturday, February 13, 2016

Mr. & Mrs. Sweet

Tajuk : Mr. & Mrs. Sweet 
Penulis : Q Aulia
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-0992-09-9
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Kita kahwin seperti yang dirancang. Tapi status suami isteri hanya di  depan famili you dan famili I aje. Other than that, kita masih macam biasa. I tak akan ganggu privasi you dan you pun tak perlu ganggu urusan peribadi I. Orang lain pun tak perlu tahu status kita. Deal?”   -  ZARIEL IMRAN

Kerana MOU tersebut, Amanda Iman terjerat dengan perkahwinan aturan keluarga. Suami yang jauh lebih muda darinya amat menjengkelkan. Dalam hati mula bersimpul geram dan sakit hati.

“Kenapa? Tak boleh ke? Bukannya ada orang lain pun dalam bilik ni.” - ZARIEL IMRAN

“Habis I bukan orang?” - IMAN

“Ada I cakap you kambing ke?” - ZARIEL IMRAN

Namun perancangan Tuhan tiada siapa yang menduga. Berkat tak sebulu dan tak sebumbung, hati mereka bertaut.

“Amanda Iman Syah, will you be my lady forever?” - ZARIEL IMRAN

“Allah S.W.T telah jadikan awak sebagai imam dan pelindung saya dan saya berharap agar Dia tetap jadikan saya milik awak untuk hari esok dan hari-hari mendatang.” -  IMAN

Dikejar media ala-ala paparazi telah merapatkan hubungan mereka. Malah, menjadi mangsa kepada perempuan psiko juga mengukuhkan lagi rasa cinta dalam hati mereka. Namun apabila satu-satunya rahsia hati yang disimpan sekian lama terbongkar, bahtera indah yang baru dikecapi mula dilanda badai. Kepercayaan menjadi taruhan. Kesetiaan menjadi galang ganti.

“Zariel, kenapa awak lebih percaya gambar yang bisu tu dari saya isteri awak?” - IMAN

“Sekurang-kurangnya gambar itu tak perlu bersuara untuk menunjukkan kebenaran.” - ZARIEL IMRAN

“Kalau awak fikir gambar-gambar ini tak menipu, saya juga andaikan gambar awak dulu pun tak menipu. Tak perlu fikir dari mana datangnya gambar tersebut ataupun apa tujuannya. Kita biarkan gambar yang berbicara. Itu yang awak nak, kan?” - IMAN

“I need a space. Just leave me alone for a while.” - ZARIEL IMRAN

Iman pasrah. Perlukah dia mempertahankan mahligai indahnya sedangkan bahagianya cuma seketika? Katanya cinta sampai ke bulan, rupa-rupanya sayang tercampak ke tengah laut! 

Dia… Bangladesh Mari?

Tajuk : Dia… Bangladesh Mari? 
Penulis : Liz Haliza
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0992-10-5
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Setahun sudah berlalu. Apakah yang berlaku kepada lelaki yang aku tolong dulu? Selamatkah dia? Sihatkah? Atau sudah matikah? Menyesal aku kerana tidak menghantarnya sehingga ke hospital. Jika aku tahu sesaknya hidup dalam tanda tanya memang tidak aku lepaskan dia pergi.
Tiba-tiba aku terjumpa seseorang yang ada iras-irasnya di kedai cuci kereta. Aku beritahu sahabat baikku Mazuin, apa yang aku rasa dan Mazuin apa lagi, mengutukku kaw-kaw punya. Hmmm, akan aku buktikan kepada Mazuin bahawasanya naluriku tidak salah.
“Awak pernah pengsan tak setahun lepas? Pernah jadi gelandangan? Kurus kering tinggal tulang? Wajah awak ni ada iras-iras seorang lelaki yang saya tolong dulu.”

Dan nak tahu apa jawapannya...

“Saya Ismail. Saya bukan orang yang kakak cari sebab saya Bangladesh mari juga.”

Dia Bangladesh Mari? Oh, nahi nahi! Pengsan, aku rasa mahu pengsan. Berhari-hari aku memikirkan tentang ini. Hatiku tetap mengatakan dia bukan seperti yang dikata. Apakah yang perlu aku lakukan? Ya, aku perlu membuktikan kebenarannya. ~ Nur Ailis ~

Bangkit daripada kekecewaan rupa-rupanya satu kejayaan manis yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Umpama mati hidup semula. Aku mula menghargai setiap saat yang ada. Betapa bersyukurnya diberi peluang kedua.

Dalam seronok menikmati kehidupan baru, ada pula gadis yang datang mengganggu. Spesies apa perempuan ni pun aku tak berapa nak tahu. Sudah dikhabarkan siapa aku sebenarnya tetapi boleh pula dia datang lagi dengan pelbagai helah untuk membuktikan aku bukan Bangladesh mari sehingga aku tenggelam punca.

Tetapi apabila dia tidak lagi mengganggu, aku jadi rindu. Huh... Ini yang aku tidak suka! Rindu itu semakin menghimpit jiwa sehingga aku jadi nanar. Adakah aku sudah dilamun cinta? Ya, itulah hakikatnya.  ~Ismail ~

Setiap pertemuan sememangnya sudah diatur. Baik atau buruk, pahit atau manis kitalah penentunya. Saat dua jiwa sedang diamuk cinta, datang insan istimewa yang membawa sejuta misteri. Apabila misteri cuba dirungkai, ternyata kebenaran bakal menggoyahkan rasa cinta yang semakin bercambah. Rindu yang membara jadi beku dek sifat kemanusiaan yang menebal.

Aku ialah insan yang sudah dipilih untuk menempuh dugaan ini. Aku reda dan pasrah tetapi mengapa masih ada yang merasakan mereka lebih tahu apa yang terbaik untukku sehingga ada jiwa yang merana? ~Adenin~

Belajarlah untuk bersyukur dan bersyukurlah kerana bahagia.

Hati Yang Kau Sentuh

Tajuk : Hati Yang Kau Sentuh
Penulis : Dzie Tyea
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-0874-19-7
Mukasurat : 472
Berat :

Sinopsis
Menyimpan perasaan pada majikan sendiri bukan satu perkara mudah buat Suraya. Sekian lama melayan rasa, Suraya tiba-tiba dikecewakan apabila Naufal diberitakan akan bernikah tidak lama lagi. Hati bagai dihiris dengan sembilu namun, iman tetap cuba memujuk agar hati reda dengan semua ini. Dipinang seorang doktor yang begitu menjaga batas pergaulan, Suraya menerima dengan hati kosong. Sementelah istikharah sudah didirikan, dia tahu keputusannya menerima Ahmad Mubin adalah tepat. Namun siapa sangka, lelaki yang telah mendiami sekeping hatinya tidak meneruskan perkahwinan dengan tunangnya malah telah bertemu semula dengan Suraya di negeri di bawah bayu sebagai majikan Suraya.

Sekali lagi! Silaturahim yang dulunya rapat kini terjalin dengan lebih kukuh malah sampai ke satu tahap bila Suraya bukan lagi bertepuk sebelah tangan bila Naufal tiba-tiba meluah rasa yang sama. Tarikh perkahwinannya yang semakin menghampiri membuatkan hati Suraya mula berbolak-balik di antara Naufal dan Ahmad Mubin. Antara cinta dan janji yang sudah terikat.

Naufal pula langsung tak menyedari diri sudah hampir memasuki taman larangan. Dan saat kenyataan bahawa Suraya bakal menjadi isteri orang sampai ke telinga, Naufal jadi hilang arah lalu pergi membawa diri. Kalau dulu mereka terpisah tetapi bertemu semula, adakah kali ini cinta Naufal dan Suraya menemui titik penyudahnya?

Siapakah yang bakal memenangi hati Suraya? Naufal atau Ahmad Mubin?

“Bukan semua yang kita nak, kita akan dapat. Bersabarlah… kerana buah kesabaran itu hadiahnya sangat indah. Allah tak beri apa yang kita minta. Tapi, Dia beri apa yang kita perlukan.”.

Bidadari

Tajuk : Bidadari 
Penulis : Hannah Dhaniyah
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0890-88-3
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Hanis tidak pernah bermimpi untuk bersama dengan Aiman, si pencuri hati sewaktu di universiti. Mengenangkan dirinya yang serba kekurangan, Hanis membuan g terus perasaannya terhadap Aiman yang lahir dalam keluarga yang dihormati.

“Dia budak baik, Tiqah. Daripada keluarga yang baik-baik juga. Mestilah akan dapat isteri yang baik juga.” -Hanis-

Tanpa diduga, Syahmi yang merupakan ketua Hanis di tempat kerja pula menaruh perasaan terhadap Hanis dalam diam. Namun kalau sudah jodoh, pasti takkan ke mana. Hanis dan Aiman disatukan dalam majlis yang cukup meriah, lengkap dengan restu kedua belah keluarga. Kebahagiaan yang dikecapi membuatkan hidupnya lengkap tanpa mengharapkan apa-apa lagi.

“Abang ni, suka betul gelar Hanis bidadari tau!” -Hanis-

“Hanis, bidadari itu kan cantik. Bila abang panggil Hanis bidadari, maknanya abang puji Hanislah tu!” -Aiman-

Hanis tidak menyangka panas yang disangkakan sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Siapa sangka perkahwinannya bersama Aiman berakhir tidak sampai setahun umur perkahwinan mereka. Lantas, Hanis cuba mengumpulkan kekuatannya kembali. Pada saat dia cuba memulakan hidup baru, Syahmi hadir ingin mengubat hati Hanis. Hanis keliru.

“Saya dah hilang awak sekali Hanis, saya tak sanggup biarkan awak hilang buat kali kedua.” -Syahmi-

Kekasihku Jangan Marah

Tajuk : Kekasihku Jangan Marah
Penulis : Zan Zarida
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-86-0652-3
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Dipanggil temu duga semata-mata untuk mendengar perkataan ‘Anda tidak berjaya’? Sesiapa pun pasti akan marah. Kalau boleh, kerusi meja mahu diterbalikkan!

“Huh, jangan sombong! Encik jugak tak lepas dari ditemu duga bakal pak mentua. Saya doakan encik jadi sewel sebab tak ada yang nak terima encik jadi menantu. Tak pun, terus jadi serigala jadian sebab tak puas hati! - Safi Awadah

Namun, takdir tetap menemukan dan mereka terpaksa bekerjasama. Dalam menyampah, peliknya Safi Awadah boleh angau dengan Idan Jauhari! Tidak kisah langsung walau lelaki itu ego, beku dan hampir hendak sama dengan plywood kayu-kayan!

‘Cinta adalah saat hati disentuh pada suatu yang tak pernah kau rasa!’

Hanya kerana satu perasaan yang hadir, baru Idan sedar yang rasa cinta berjuta indahnya! Dia nekad. Sekali belayar biar robek layarnya, biar patah kemudinya, namun berpatah balik tidak sekali-kali.

“Safi, tolonglah percayakan saya. Saya akan jadi ‘Abang Seri’ yang terbaik untuk awak. Tak kiralah abang seri yang awak maksudkan adalah serigala ke, seri siantan ke, saya tetap nakkan awak jugak.”- Idan Jauhari

Mampukah Idan merebut cinta Safi andai tok kadi sudah menggenggam tangan lelaki lain? 

Cik Murai Sayang Cik Abang

Tajuk : Cik Murai Sayang Cik Abang
Penulis : Meeyalisha
Harga : RM18.00
ISBN : 978-967-0874-20-3
Mukasurat : 352
Berat :

Sinopsis
Percaturan hidup yang tidak dapat diterima. Keduaduanya rasa terpaksa tapi ketaatan kepada orang tua menjadinpenghalang untuk masing-masing menentang. Kedua-duanya tidak saling mengenal namun benar kata orang, jodoh pertemuan itu rahsia Tuhan. Mereka bertemu tanpa dirancang dan tanpa mereka tahu status mereka.

“Woi cik adik!”

“Assalamualaikum cik abang! Dah la langgar kereta saya, panggil saya pun ‘woi’ apa kes? Ni, habis kemik kereta saya. Awak ni tak reti ke yang saya tunggu dari tadi lagi? Ni parking saya la.” ~ Mia Qistina.

“Waalaikumussalam Cik Murai. Masalahnya sekarang awak yang langgar kereta saya. Kenapa pulak saya yang kena bayar ganti rugi? Lagipun tak ada tulis pun ini parking awak.” ~ Ikhwan Iqaan.

Siapa sangka pertemuan dalam keadaan kurang enak itu menimbulkan perasaan halus antara keduanya. Dalam pada mulanya tak rela, akhirnya bertukar menjadi sebuah perasaan yang indah. Namun, ujian datang menduga saat mereka bahagia melayari bahtera kehidupan. Ikhwan Iqaan sekali lagi dilamun cinta. Terlupa dia seketika pada si isteri yang setia menanti bersama sebuah kejutan. Apatah lagi apabila cintanya itu tidak bertepuk sebelah tangan.

“Saya akan ikat awak sampai bila-bila.”

Rich Dad’s Conspiracy Of The Rich (Edisi Bahasa Melayu)

Tajuk : Rich Dad’s Conspiracy Of The Rich (Edisi Bahasa Melayu)
Penulis : Robert T. Kiyosaki
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-411-560-9
Mukasurat : 368
Berat :

Sinopsis
Kita semua sedang melalui fasa kemelut ekonomi yang boleh dikatakan sebagai kritikal. Masalah ini bukan sahaja melanda golongan biasa, malah golongan usahawan dan juga korporat turut terkesan.

Selain berkongsi pandangan beliau tentang landskap ekonomi global serta kesannya terhadap orang ramai Menerusi buku Rich Dad's Conspiracy of The Rich ini, beliau juga turut memperkenalkan 8 Peraturan Baru Wang iaitu:

    Peraturan Baru #1 Wang: Wang adalah Ilmu Pengetahuan
    Peraturan Baru #2 Wang: Belajar Bagaimana Menggunakan Hutang
    Peraturan Baru #3 Wang: Balajar Mengawal Aliran Tunai
    Peraturan Baru #4 Wang: Bersedia Menghadapi Masa yang Buruk
    Peraturan Baru #5 Wang: Keperluan pada Kepantasan
    Peraturan Baru #6 Wang: Belajar Bahasa Wang
    Peraturan Baru #7 Wang: Hidup ini Ibarat Sebuah Pasukan Sukan
    Peraturan Baru #8 Wang: Belajar Mencetak wang Sendiri

Menerusi buku ini, Robert membawa pembaca meneroka sisi positif serta peluang yang boleh dicapai di sebalik kekusutan ekonomi yang melanda.

Buku ini ditulis secara online dan interaktif oleh Robert. Sepanjang penulisan beliau, pembaca dapat turut sama memberikan komen serta berkongsi pendapat yang relevan dengan setiap bab yang ditulis.   

Isi Kandungan

Pengenalan

Nota daripada Robert Kiyosaki: Pecutan Ke Depan(Fast Forward)...hingga ke Hari Ini

Bahagian 1 : Konspirasi

Bab 1 : Dapatkah Obama Menyelamatkan Dunia?
Bab 2 : Konspirasi Terhadap Pendidikan Kita
Bab 3 : Konspirasi Terhadap Wang Kita. Bank Tidak Pernah Kehabisan Wang.
Bab 4 : Konspirasi Terhadap Kekayaan Kita
Bab 5 : Konspirasi Terhadap Kepintaran Kewangan Kita

Bahagian 2 : Menentang Kembali
Bab 6 : Di mana Kita Pada Hari Ini ?
Bab 7 : Apakah Nama Permainan Kita?
Bab 8 : Mencetak Wang Sendiri
Bab 9 : Rahsia Kejayaan : Menjual
Bab 10 : Membina Demi Masa Depan
Bab 11 : Pendidikan Kewangan : Kelebihan Istimewa
Bab 12 : Sekiranya Saya Berkuasa Menjalankan Sistem Pendidikan

Kesimpulan

Kata Penutup

Bonus Istimewa: Q and A