Tajuk : Mr. & Mrs. Sweet
Penulis : Q Aulia
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-0992-09-9
Mukasurat :
Berat :
Sinopsis
“Kita kahwin seperti yang dirancang. Tapi status suami isteri hanya di depan famili you dan famili I aje. Other than that, kita masih macam biasa. I tak akan ganggu privasi you dan you pun tak perlu ganggu urusan peribadi I. Orang lain pun tak perlu tahu status kita. Deal?” - ZARIEL IMRAN
Kerana MOU tersebut, Amanda Iman terjerat dengan perkahwinan aturan keluarga. Suami yang jauh lebih muda darinya amat menjengkelkan. Dalam hati mula bersimpul geram dan sakit hati.
“Kenapa? Tak boleh ke? Bukannya ada orang lain pun dalam bilik ni.” - ZARIEL IMRAN
“Habis I bukan orang?” - IMAN
“Ada I cakap you kambing ke?” - ZARIEL IMRAN
Namun perancangan Tuhan tiada siapa yang menduga. Berkat tak sebulu dan tak sebumbung, hati mereka bertaut.
“Amanda Iman Syah, will you be my lady forever?” - ZARIEL IMRAN
“Allah S.W.T telah jadikan awak sebagai imam dan pelindung saya dan saya berharap agar Dia tetap jadikan saya milik awak untuk hari esok dan hari-hari mendatang.” - IMAN
Dikejar media ala-ala paparazi telah merapatkan hubungan mereka. Malah, menjadi mangsa kepada perempuan psiko juga mengukuhkan lagi rasa cinta dalam hati mereka. Namun apabila satu-satunya rahsia hati yang disimpan sekian lama terbongkar, bahtera indah yang baru dikecapi mula dilanda badai. Kepercayaan menjadi taruhan. Kesetiaan menjadi galang ganti.
“Zariel, kenapa awak lebih percaya gambar yang bisu tu dari saya isteri awak?” - IMAN
“Sekurang-kurangnya gambar itu tak perlu bersuara untuk menunjukkan kebenaran.” - ZARIEL IMRAN
“Kalau awak fikir gambar-gambar ini tak menipu, saya juga andaikan gambar awak dulu pun tak menipu. Tak perlu fikir dari mana datangnya gambar tersebut ataupun apa tujuannya. Kita biarkan gambar yang berbicara. Itu yang awak nak, kan?” - IMAN
“I need a space. Just leave me alone for a while.” - ZARIEL IMRAN
Iman pasrah. Perlukah dia mempertahankan mahligai indahnya sedangkan bahagianya cuma seketika? Katanya cinta sampai ke bulan, rupa-rupanya sayang tercampak ke tengah laut!
No comments:
Post a Comment