Tajuk : Kalau Sayang Jangan Marah
Penulis : East Diani
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-0870-05-2
Mukasurat :
Berat :
Sinopsis
Ramai yang ingin menghulurkan cinta kepadanya tapi hatinya terkunci rapat. Dia hidup sendiri dengan kenangan yang masih tersimpan rapi. Namun, pertemuan pertama dengan Naqib sudah membuatkan hatinya berdetik tidak tenang. Apatah lagi, ada pertemuan seterusnya yang tidak dijangka. Sikap Naqib membuatkan Yani sesak. Naqib suka menakluki dirinya menjadikan Yani bertambah benci padanya. Lelaki perasan bagus!
“Berani kau tampar aku?” - Naqib
“Beranilah. Dah awak tu gatal. Saya dah tolong awak tadi dah cukup bagus tau.
Orang dah tolong, boleh pula nak ambil kesempatan. Saya tak suka, awak tahu tak?”- Yani
Naqib selalu membuat tindakan tanpa diduga oleh akal fikirannya. Hingga mereka berdua terikat sebagai suami isteri. Segalanya Naqib aturkan sendiri dengan tindakan segeranya.
“Nanti kita kongsilah. Mak kau akan jadi mak aku juga. Mummy aku, jadi mummy kau juga”- Naqib
“Tak kuasa!”- Yani
“Aku kuasa nak jadi suami kau. Jom kita kahwin! Seronok juga kalau dapat kahwin dengan perempuan macam kau. Kasar… Garang… Aku suka!- Naqib
Hari kedua perkahwinan mereka, Yani dikejutkan dengan kisah sebenar yang disimpan oleh Naqib selama ini. Hatinya bagai diragut sekelip mata. Kerana dendam, Naqib sanggup memperjudikan cinta Yani. Dia mahu Yani menangis sepertimana dia menangis. Dia berjanji akan membuatkan Yani merana. Tetapi, telatah dan sikap Yani yang tidak rebah dengan layanannya membuatkan Naqib pula yang sakit kepala. Dirinya pula digoda oleh si isteri. Ada sahaja sikap Yani yang sengal-sengal ubi buatnya terkena kembali.
“Dia jodoh istikharah aku. Aku yakin dengan ketentuan Tuhan. Jika dia sudah dijodohkan dengan aku, aku akan buat dia tunduk pada aku. Tak kisah dikatakan perigi cari timba. Aku akan buat dia jatuh cinta pada aku” - Yani
Demi cinta yang mula mekar di hatinya, Yani berdiri dengan senyuman paling manis. Halangan dan dugaan tidak dapat menafikan dia sebagai pemilik cinta Naqib. Demi mematikan sebuah janji, Yani bangkit. Apa yang dilakukan Naqib, sesekali tidak membuatkannya putus semangat.
Yani percaya ada cinta yang mewangi dalam hati Naqib.
Lalu, bermulalah misi mengejar cinta suami. Mampukah Yani mencuri hati suaminya? Atau Naqib akan terus menyalahkan dirinya dan korbankan cinta itu? Bagi Yani, kalau benci lepaskanlah. Kalau diam siapa yang tahu.
Tapi kalau sayang jangan marah!
No comments:
Post a Comment