Sunday, January 1, 2017

Heroku Anak Emak

Tajuk : Heroku Anak Emak
Penulis : Iffa Zalia
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0729-2
Mukasurat :

Sinopsis
Dhanial Syakim dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Muka tampan dan segak namun disebabkan lelaki itu ‘anak emak’ Qistina jadi tidak berselera.

“Oh, tidak! Rambut pun masih mama sikatkan! Dah besar panjang macam tu masih dihantar ke kampus? Eii… geli-geleman aku!” ~ QISTINA RAISYA

Perbuatan Qistina mengurat Dhanial tanpa segan silu di kampus menjadi tanda tanya. Dia jadi rimas bila ada orang mengganggunya. Sudahnya, takdir mengikat mereka di dalam satu ikatan perkahwinan yang sah namun tanpa rela.

“Hoi! Kau ni kenapa asyik nak ganggu aku aje hah? Siap bawa sepanduk, ‘I LOVE YOU’ keliling kampus?” ~ DHANIAL SYAKIM

Ibarat retak menanti belah apabila terlalu banyak campur tangan. Qistina dan Dhanial melancarkan perang hingga kemalangan besar menimpa Dhanial! Apalagi makin membukit kemarahan Puan Rita terhadap menantunya itu.

“Dari awal lagi hati aku dah kata yang kau memang tak layak untuk jadi menantu aku. Berambus kau, perempuan tak guna!” ~ PUAN RITA

Ketika Dhanial masih terlantar di hospital, Qistina dihalau pergi buat selamanya. Mampukah rumah tangga mereka kembali bersatu?

Papa Nak Menantu

Tajuk : Papa Nak Menantu
Penulis : Hasrudi Jawawi
Harga : RM22.90
ISBN : 978-967-0535-83-8

Sinopsis
~ Amboi, kau cakap senanglah. Kau ingat nak cari suami tu macam pilih jering kat pasar? Mana yang kau nampak besar, kau kaut?

BILA Pak Saad naik hantu, terus dia nak menantu! Walau apa pun yang terjadi, dia mahu satu-satu anak tunggalnya carikan dia menantu sebelum atau selewat-lewatnya pada hari lahirnya yang ke 50 tahun. Dia dah tak tahan dengan sikap anaknya yang kasar, keras kepala dan pemalas mengalahkan kambing gurun! Dia berharap, bila anaknya bersuami kelak, suaminya boleh mengubah sikapnya.

Syahirah terkejut. Permintaan abahnya itu memang klise! Tapi, demi mengelak dia dikahwinkan dengan Pak Mat jual tempe yang sudah berusia 55 tahun itu, dia terpaksa mencari bakal suami pilihannya sendiri. Dia tak sanggup bersuamikan lelaki tua yang sudah ada cicit. Laman sosial Facebook menjadi tempat carian bakal suaminya.

Pelbagai lelaki dia temui, Tauke Belacan, lelaki berstatus Dato, Si Gigi Mancung, Si Ketiak Busuk, yang sudah beristeri tiga, budak 15 tahun dan, lelaki dua alam pun ada! Pening! Semuanya, rejected!
Dia hampir berputus asa. Namun, atas pujukan best friend forevernya, dia bertemu dengan lelaki kelapan, Azrin Aidil si badan ketak-ketak. Tatkala hati mula bergetar, muncul pula kekasih lama, Nazim. Serba salah dia dibuatnya. Siapa yang Syahirah akan pilih? Azrin Aidil atau Nazim si kekasih lamanya yang muncul semula selepas tujuh tahun menghilangkan diri itu?

“Memandangkan kau memang tahap malas nak kerja, abah nak kau cari suami. Kahwin! Biar suami kau ajar kau sikit erti sebuah kehidupan. Abah dah letih. Abah nak menantu sebelum usia abah 50 tahun!” – Pak Saad

“Aku ni kalau boleh, nak lelaki yang boleh terima aku seadanya. Sanggup terima aku yang kasar ni. Kau ingat tak penat, nak jadi lemah gemalai? Tu bukan diri aku. Aku tak suka hipokrit.’ – Syahirah

“Tengok situasi. Buat masa ni aku masih belum jumpa lagi wanita yang aku cari. Nak cari kekasih hati ni, mana boleh dalam sekelip mata. Kenalah perlahan-lahan. Biasanya, benda yang kita dapat dalam sekelip mata ni, boleh hilang dalam sekelip mata jugak.” – Aidil.

“Saya faham situasi awak. Dalam masa sejam, kita boleh jatuh cinta pada seseorang tu. Tapi, untuk melupakan orang yang kita jatuh cinta dalam masa sejam tu, memerlukan masa berbulan-bulan, bahkan ada yang memakan masa bertahun-tahun untuk kita lupakan dia.” – Nazim


Projek Seram : Kem

Tajuk : Projek Seram : Kem
Penulis : Maria Kajiwa, Zaifuzaman Ahmad, Aida Adia
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-446-290-1
Mukasurat : 352

Sinopsis
Kisah Latifah - Maria Kajiwa

Cerita ini mengisahkan ketabahan watak utamanya, Azim mencari adiknya, Bahiyah yang hilang sewaktu pergi ke sebuah kampung. Pencarian Azim membawa dia dan dua orang rakannya ke sebuah kem tahanan perang dunia ke 2 yang sudah ditinggalkan di atas sebuah bukit.
Di situ, Azim dan kawan-kawannya berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk menyelamatkan Bahiyah dari puaka yang mengawal tempat itu. Akhirnya setelah berhempas pulas, mereka berempat berjaya keluar dari situ dengan selamat. Dan akhirnya membongkar misteri yang sudah bertahun-tahun dirahsiakan.

Kisah Malam Jumaat - Zaifuzaman Ahmad

Zamri hanya bekerja di sebuah medan selera. Ketika malam jumaat, tidak ramai pelanggan yang hadir. Di kesempatan itu dia dan dua lagi rakan sekerja menghabiskan masa berbual. Topik yang dipilihnya kisah seram. Hanafi menceritakan empat kisah seram kepada mereka. Gara-gara sundel bolong, misteri kepala anjing, pocong dalam kem dan cubaan melarikan diri dan diganggu Pontianak. Malangnya malam itu Zamri sendiri ketika pulang telah diganggu dengan hantu tanpa kepala. Terus dia pengsan dan sejak itu dia tidak berani lagi untuk bergebang tentang kisah seram.

Kem Rahsia - Aida Adia

Empat rakan baik, Zayeed, Afy, Ryan dan Vijay tidak menyangka bahawa tugas mereka di KEM RAHSIA bukan sekadar melaksanakan latihan ketenteraan dan tugas-tugas rahsia dari unit mereka malah telah mengalami suatu tragedi berdarah hingga membawa impak besar dalam hidup mereka. Atas satu kesilapan tanpa disengajakan kerana mengambil barang yang bukan miliknya serta menganggu ketenteraman si penunggu hutan, Vijay telah diserapi roh pahlawan Melayu lama yang telah bersumpah akan mengakhiri dendamnya walau dengan apa cara sekalipun. “GANGGU KETENANGANKU, PETAKA HIDUPMU!”

Saturday, December 31, 2016

Projek Seram : Kerusi

Tajuk : Projek Seram : Kerusi
Penulis : Fitri Hussin, Ebriza Aminnudin, Resmanshah
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-446-292-5
Mukasurat : 416

Sinopsis
Sekali Melangkah, Kau Milikku...

Jasmin ditemui mati ketika Zahurin dan Syahir bertengkar besar. Beberapa bulan kemudian, keluarga Sufian berpindah ke rumah keluarga Syahir itu. Sejak Aliana menyusun semula kerusi di ruang keluarga, satu demi satu kejadian yang pernah berlaku kepada keluarga Syahir dialami pula oleh keluarga Sufian. Apakah sebenarnya yang berlaku?
MEREKA ADA, MEREKA LICIK / BELA

Iman Lutfi telah membawa keluarganya ke sebuah banglo berbentuk istana untuk menilai barang-barang antik yang terdapat di sana. Tanpa diduga, suatu kejadian yang tidak disangka-sangka telah berlaku apabila seorang demi seorang anaknya didapati hilang.
SEKALI MELANGKAH, KAU MILIKKU / ANTIK

Kehidupan Amrun berubah sejak dia membeli sebuah kerusi terpakai berwarna merah darah. Daripada seorang penulis novel seram yang tidak glamor, nama Amrun mendadak menjadi penulis novel seram nombor satu Malaysia. Novelnya mendapat sambutan yang sungguh luar biasa. Namun, hidupnya terganggu apabila dia sering dihantui oleh satu roh lelaki yang mati terbakar. ADAKALANYA, IMPIAN MENGHANCURKAN KEHIDUPAN / KERUSI MERAH BERDARAH

Sumpah Sundal Sutinah

Tajuk : Sumpah Sundal Sutinah
Penulis : Dhieya Adlynna
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-446-293-2
Mukasurat : 432

Sinopsis
Setiap warga Hospital Prima tahu sebaris nama ini. Kisahnya, sentiasa diceritakan dari satu mulut ke mulut lain. Kononnya Sutinah sudah menghantui Hospital Prima sejak 20 tahun dulu. Sehinggalah mereka semua dikejutkan dengan kejadian pelik. Seorang demi seorang dijumpai mati dalam keadaan mengerikan. Lebih mencurigakan, apabila pihak pentadbiran menyembunyikan punca sebenar kejadian itu sehingga mencetuskan rasa takut di kalangan warga Hospital Prima. Nabila seorang jururawat di hospital itu mula merungkai kejadian ngeri di sebalik gangguan Sutinah.

Apa sebenarnya sedang berlaku? Benarkah ia ada kaitan dengan Sutinah? Ataupun, mungkin juga Hospital Prima sudah terkena sumpah sundal Sutinah.

"Kau beruntung, sebab tak perlu nampak benda tak sepatutnya." ~ Bunga

"Tapi... tetap nampak kerusi malas yang tiba-tiba sahaja bergerak sendiri. Saya rasa... itu lagi seram..." ~ Nabila

"Aku bukan apa Bella. Aku takut... aku takut! Kalau-kalau nanti aku pula yang akan menjadi mangsa seterusnya..." ~ Tina

Friday, December 30, 2016

Tempur

Tajuk : Tempur
Penulis : Ahmad Erhan
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-446-284-0
Mukasurat : 432

Sinopsis
CAMELIA - Gadis yang telah berjaya menggemparkan negara dengan siri-siri pembunuhan yang berprofil tinggi. Para mangsanya tidak akan pernah tahu bila dan bagaimana gadis ini akan bertindak. Dia kejam, lincah serta tangkas bermain senjata. Motif tindakannya masih kekal misteri di mata pihak berkuasa. Majunya tidak terhalang. Kejamnya tidak tersangka. Geraknya membawa petaka.

HAKIM - Egonya sebagai pengawal peribadi berpengalaman telah dicabar. Dendam akibat diperdaya Camelia menjadi motivasi untuknya memburu gadis itu sehingga ke lubang cacing sekalipun. Sekali gus menamatkan riwayat hidup Camelia. Baginya, tiada sekelumit ruang kemaafan yang boleh dibuka untuk gadis itu. Darah hutangnya darah.

DATO’ SYUKOR - Mantan pengarah sebuah perkhidmatan rahsia kerajaan. Si tua yang masih berbisa. Kemahirannya dalam selok-belok penyiasatan ditagih pihak berkuasa untuk membantu mereka menghalang petaka yang dibawa Camelia. Dia ialah sang tua yang berbahaya. Apabila matlamatnya sudah ditetapkan, kemaraannya bagaikan helang yang tidak terhalang.

Perhitungan antara mereka akan pasti memakan korban. Dengan ini, setiap daripada mereka akan mengeluarkan segala yang ada untuk memenangi pertempuran ini. Kalah mati. Menang hidup!

“Membunuh orang bukan satu pekerjaan yang semua orang boleh lakukan. Tak semestinya kau jahat, naluri kau boleh membunuh. Tak semestinya kau baik, kau tidak akan membunuh. Kerana kau belum tiba di garisan pemisah di antara kewarasan dan kegilaan. Pada ketika itu, baru kau kenal siapa diri kau yang sebenarnya.”- Elias Yunus

Wednesday, December 28, 2016

Jiwangnya, Mat Rock!

Tajuk : Jiwangnya, Mat Rock!
Penulis : Akira Dorayaki
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0907-47-5
Mukasurat :

Sinopsis
Rambut berketaq bagai penyanyi rock zaman 80-an memang gaya lelaki sejati buat Uwais Qarni a.k.a. Mat Rock. Bertemu pula ‘Ummi Si Mulut Celopar’, lagilah bertambah haru dibuatnya!

“Awak, tolong ikatkan sikit rambut awak tu bagi kemas, boleh tak? Jangan biarkan dia melambai-lambai macam rumpai air. Nanti nak potong rumput susah.” – Ummi Nadzirah.

“Apa kaitan potong rumput dengan rambut saya pulak? Apa Cik Ummi fikir yang rambut saya ni boleh tersangkut dalam mesin rumput ke? Hei, tak terjejaslah mesin rumput Cik Ummi ni!” – Uwais Qarni.

Bukanlah Uwais Qarni namanya jika mudah berputus asa. Walaupun ditolak seribu kali dan terpaksa menyamar sebagai tukang kebun di Taska Harapan Ummi, dia sanggup. Tetap berusaha memenangi hati gadis yang pernah menjadi teman kecilnya dahulu. Alamatnya, bunga ros merah jugalah yang menjadi mangsa.

“Cis, saya pantang betul bila dapat bunga! Inilah teknik mengurat yang paling klise dan yang paling saya menyampah sekali. Sikit-sikit bagi bunga. Sikit-sikit bagi bunga! Bukannya boleh makan pun.” – Ummi Nadzirah.

“Ummi… Ummi… suatu hari nanti kau akan jadi isteri aku jugak.” – Uwais Qarni.

Namun, semua itu bukanlah masalah besar bagi mereka. Ternyata, menjadi ‘Encik Ketua Keluarga’ dan ‘Puan Penasihat Keluarga’ lebih sukar. Pelbagai halangan terpaksa mereka tempuhi sehingga tiba satu tahap, Ummi diuji dengan dugaan hidup yang mencabar diri.

Bagi Ummi, ini semua kesilapan Uwais. Si Mat Rock itu yang bersalah! Mampukah Ummi memujuk hati Encik Ketua Keluarga saat semua kebenaran terbongkar? Apakah wujud lagi cinta antara mereka setelah Uwais merajuk jauh membawa hati yang terluka?