Friday, May 12, 2017

Berarak Awan Cinta

Tajuk : Berarak Awan Cinta
Penulis : Syina Hamdan
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-5289-61-3

Sinopsis
KERANA trauma dengan kejadian pembunuhan kedua orang tuanya, Azza Humaira Azlan Hisyam menumpang kasih di rumah ayah saudaranya. Namun kemunculannya menimbul rasa cemburu...

ARIQ ZIAD tidak menyangka kunjungan dia ke kampung untuk mengendalikan projek syarikat keluarga bertukar tragedi. Lain niatnya, lain pula fahaman orang kampung sekali gus mengharu-birukan perjalanan hidupnya.

“Macam inilah. Saya cadangkan kita nikahkan aje mereka berdua ni.” Pak imam memberi cadangan.
“Nikah?” Serentak Azza, Ariq dan Munira bersuara.
Tersentak semua yang ada di situ akibat jeritan mereka bertiga. Paling memeranjatkan apabila Munira turut sama terjerit. Lain yang dirancang, lain pula yang jadi! Apa Manaf buat ni? Tak boleh harap langsung!
Pantas Pak Long Aziz menoleh pada Munira.
“Kau dah kenapa, Ira?” Berkerut dahinya. Sungguh, dia pelik bila Munira turut membantah cadangan bernas pak imam. Bukan ke sepatutnya Munira menyokong sama?
“Tak, tak mungkin.” Ariq menggeleng berkali-kali.
“Tak nak, kak. Tak nak.” Azza menggeleng tidak mahu.

ARIQ yang keras hati, tidak mudah terpikat pada perempuan, rupanya tercabar dengan gerak-geri gadis bernama Azza ini...

“Kau nak kata akulah nyamuk tu, kan.” Bisikan lembut ditutur dekat dengan telinga Azza. Sengaja menguji ketebalan benteng hati gadis yang baru dinikahi ini.
“Mana ada!” Azza membentak kuat. Hesy, mamat ni. Main peluk-peluk pula.
“Kau tahu kan nyamuk hisap darah. Hurmmm…” Ariq masih dalam mood mengusik.
“Errr…” Azza kaku. Tak terluah untuk membalas kata. Terasa nafas Ariq menyapu lembut pipinya.
“Jangan risau. Nyamuk yang ini spesies baik-baik. Dia tak hisap darah tapi…” Ariq rapatkan wajahnya pada pipi Azza, gadis yang baru dikenalinya itu.

“I can’t fly right now. For the time being, I will ask Elias to deal with that matter. I will monitor from here. Just e-mail me the details.” – Azza
“Who are you actually, wifey? You’re not an ordinary kampung girl.” -Ariq

AKAN bertahankah ikatan perkahwinan tanpa rela ini? Mampukah Azza Humaira lari dari mendung yang memayungi dirinya? Dan, apakah Ariq akan kekal setia di sisi Azza apabila mengetahui siapakah sebenarnya diri Azza?

Tuah Kasihnya Teja

Tajuk : Tuah Kasihnya Teja
Penulis : Anarif
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-5289-62-0

Sinopsis
KOTA Singa menjadi saksi pertemuan pertama dua insan yang bagaikan langit dan bumi. Tuah yang sudah biasa menyendiri sejak kecil menyulam rasa tidak senang apabila hidupnya dicerobohi Teja, gadis tekad dalam segala hal dan becok tak kisah orang suka atau tidak padanya.

MASALAHNYA! Teja jatuh suka pada Tuah...
“Saya nak tanya,” ujar Teja tekad pada sekumpulan geng motosikal yang tidak dikenalinya itu.
“Saya cantik tak?” Soalan Teja buatkan mereka menyambutnya dengan siulan riuh-rendah.
“Cantik! Kalau dapat rewang, lagi cantik!” Sambut yang paling belakang.
Tuah sudah menggenggam penumbuknya, tetapi dia masih cuba mengawal dirinya.
“Betul? Patut ke tidak lelaki ni tolak saya?” Teja toleh ke arah Tuah yang terus meletakkan tangan di belakang leher, konon dia tidak kisah.
“Uish, apa ni bang? Rugi ni, tolak awek. Untung-untung, dapat malam pertama,” sambut seorang di depan. Yang lain ketawa.

DALAM Tuah menolak, akhirnya dia menerima juga si Teja setelah 10 tahun terpisah dan masing-masing ada kerjaya. Namun nikah sahaja dulu, pelannya majlis kahwin lagi tiga bulan!
“Tapi, kalau saya dah mengandung masa nak buat kenduri tu, macam mana?” Tanyanya agak kuat.
“Erm, itu...boleh dibincangkan nanti,” Terus formal balasan Tuah. Matanya sudah melekat ke dinding. Malu nak pandang Dayana, mahupun Nawal.
“Teja, itu kan rezeki Allah. Dah kahwin, nanti pandai-pandailah kamu.” Selamba Dayana membalas.
Teja merengus perlahan. Kalau nikah dulu, nanti mengandung, gambar kahwin tak lawa la! Eee! Tensionnya!
“Awak jangan bagi saya mengandung sebelum kenduri, tau!” Tegah Teja sepenuh hatinya.
Sekali lagi Wafi tersedak dengan air liur sendiri. Tuah rasa seperti mahu masuk ke bawah meja. Malu tak terkata.

BAGAIMANA agaknya rumah tangga mereka ini yang sangat kontra perangainya? Tuah seorang pelukis dan Teja sebagai kurator...

Lelaki Bona Fide

Tajuk : Lelaki Bona Fide
Penulis : Xenia Zidane 
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-0851-41-9
Saiz :

Sinopsis
Azri merasakan hidupnya kembali bersinar apabila bertemu dengan Dayana, cinta pertamanya. Tapi, belum sempat dia mengatur langkah, bunga pujaannya disambar teman baiknya sendiri. Dia terpaksa akur.

Apabila kebahagiaan Dayana diragut pergi, gadis itu berhijrah menenangkan hati. Mereka bertemu kembali di bumi Bradford. Azri cuba untuk mendekati Dayana tapi Dayana menolak. Baginya, cukuplah dengan pengalaman lalu. Dia tidak mahu lagi dibayangi kenangan silam. 

Namun, permintaan yang tersayang buat Dayana akur pada ketentuan-Nya. Mungkin dengan menyenangkan hati mereka, hatinya juga akan menjadi tenang.
Adakah bahagia tertulis buat mereka, akhirnya?


XENIA ZIDANE, penulis berbakat yang menetap di Kuala Lumpur ini merupakan seorang peguam. Lelaki Bona Fide merupakan karya pertamanya dengan Jemari Seni. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel,   xeniazidane81@gmail.com dan Facebook, Xenia Zidane

Tiga Ceritera Dalam Sebuah Nota

Tajuk : Tiga Ceritera Dalam Sebuah Nota
Penulis : RodieR, Ijazati Habib, Nisyah 
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0851-40-2 
Saiz :

Sinopsis
KERANA SARAH ALYA ~ RodieR

“Puteri Rasulullah nama Fatimah, kan?”

Sarah angguk.

 “Pasangan dia Ali kan?”

 “Kenapa abang ni?”

 “Maknanya, pasangan Ali, Fatimah la kan?” aku tanya lagi.

 “Dah tu kenapa?”

 “Maknanya kawan Sarah tu pasangan abanglah.”

 “Hah?”

Dulu, Saifudin Ali tahu erti cinta pertama daripada dia. Namun dia bukan lagi Fatimah Asyikin seperti yang dulu. Bolehkah Saifudin Ali menerimanya, dan bolehkah mereka bermula semula?



JODOH SAMBAL HITAM ~ Ijazati Habib


“...kamu ni kemaruk nak makan sambal hitam tu hari-hari. Kahwin ajelah dengan orang yang buat sambal tu.”

 “Umi ni kan, sikit-sikit kahwin. Sah-sah yang tukang buat sambal hitam ni kategori mak-mak orang. Tak pun bini-bini orang.”

Tapi Zach tak tahu, orang yang pandai buat sambal hitam kegemarannya tinggal di sebelah rumah saja; tuan punya kucing yang jadi musuh Zach. Bolehkah Ariana menerima lelaki yang suka mengusiknya itu?



LUNCH BOX ~ Nisyah

“Jom kita main kuiz kenal-kenal nak? Kita mulakan dengan nama. Awak, Dalia Zahari.”

 “Okey. Awak, Azlan Toya!”

 “Azlan bin Yusof.” Azlan kenyit mata.

 “Eh!”

Dua hati yang mengembara, bertemu tanpa disangka. Dua hati yang pernah lara, mengharapkan satu noktah di helaian yang sama.

Vehaen II : Rif'At

Tajuk : Vehaen II : Rif'At
Penulis : Ainul Farihah
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-0851-48-8


Sinopsis
RIF'AT. Dia kembali ke tempat asalnya untuk mencari keluarganya sementara masih ada kesempatan. Bermula dengan penglibatannya dengan pasukan perubatan dari Malaysia, Rif'at meneruskan hidupnya bersama anak tempatan apabila terjadinya satu serangan yang mengorbankan ramai rakannya. Bermulalah misi pencarian susur-galurnya di bumi Palestin itu.

NAJDAT. Remaja Palestin yang hidup sebatang kara di rumah perlindungan. Dirinya tidak pernah tersenyum sejak dia kehilangan segalanya. Namun semangatnya tetap teguh untuk membebaskan negaranya daripada cengkaman Zionis. Pertemuan dengan Rif'at mengukir kembali senyuman pada wajahnya. Dia merasakan seperti punya keluarga semula.

"Najdat...."

Najdat tidak menjawab tetapi dia mendengar.

"Boleh aku sertai pasukan ketenteraan kamu ini?"

Najdat menoleh sekilas, angguk, namun disusuli dengan syarat. "Selepas kau temui apa yang kau cari."

Perjuangan mereka berbeza namun punya matlamat yang sama, reda Ilahi. Meski semua itu perlukan pengorbanan yang hakiki.


Ainul Farihah yang kreatifberjaya menggarapkan kisah perang dengan teliti dan menarik sekali. Pembaca pastinya dapat merasakan semangat dan keikhlasan setiap pejuang dalam cerita ini. Sebuah cerita yang harus dibaca oleh anak muda Malaysia.

Mahadewi

Tajuk : Mahadewi
Penulis : Noor Suraya
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-0851-46-4

Sinopsis
[1]

Surat Putih untuk Alang

Setelah empat tahun berlalu, ayuh kita kembali menyoroti Muzzammil Muadz dan Nuha dekat rumah kecil di tepi sawah bendang yang permai. Apa pula yang terjadi kalau tiba-tiba sahaja Nuha mendapat tawaran sambung belajar di Kuala Lumpur dan Alang pula jauh di Kota Kuala Muda? Alang Rebus Tak Empuk dan Misi Nuha yang sentiasa kecoh sejak Surat Ungu untuk Nuha (2007) ini tentu anda masih ingat kisah mereka! Dengarlah cerita mereka selanjutnya...


[2]

Panggil Saya Mawar

Sila ‘check-in’ di Rumah Teh Timor dan nikmati dingin petang dan segarnya udara Tanah Tinggi ini sambil minum secawan teh Sutera-Timur dengan sepotong Pavlova. Setelah empat tahun menjadi suami isteri, Wadi Hannan dan Dahlia sudah ada si kecil: Mawar. Apa kata anda kalau rumah peranginan ini ditutup? Bantulah Dahlia membuat keputusan. Bacalah sambungan kisah yang dekat di hati ini sejak Panggil Aku Dahlia (2008) anda kenal...


NOOR SURAYA kembali bercerita dengan gaya segar dan warna-warni mengenai Alang-Nuha dan Wadi-Dahlia. Setelah bertahun-tahun berlalu, Surat Ungu untuk Nuha dan Panggil Aku Dahlia masih menjadi malar hijau. Mahadewi ialah hadiah daripada NOOR SURAYA kepada pembacanya bersempena ‘Raikan JS 10 Tahun’ [2006-2016].

Re : Kau Ilhamku

Tajuk : Re : Kau Ilhamku
Penulis : Amany
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-0851-47-1

Sinopsis
Isyraf, CEO muda di WONDERWALL. Dia lelaki sempurna, bukan saja memiliki harta peribadi berbilion ringgit, tapi ada semua yang boleh buat perempuan mana pun jatuh cinta padanya: dia kacak, pandai main gitar, pandai menyanyi, pandai memasak, boleh jadi imam, tak tinggal tahajud, baca surah al-Kahfi setiap Jumaat. Tapi tetaplah dia tak memiliki seseorang untuk dicintai... hinggalah dia bertemu Banie, peguam yang berjaya, cantik manis dan tegas...

Banie pandang lelaki itu. Rambutnya diikat head bun, matanya sepet, kulitnya agak cerah, bibirnya merah merekah, dan lelaki itu lengkap berpakaian formal: kemeja, tali leher,

weskot, kot dan seluar slek.


“Sekejap, kita belum bincang lagi berapa you nak sebagai teman wanita upahan I?”

“Berapa you sanggup bayar?”

“A million.”

“A million?” Banie mengulang dengan soalan. Mana tahu dia salah dengar.

“Yup, a million. Kenapa? Tak cukup ke?”

“Isyraf, a second. You minta I berlakon jadi teman wanita you aje kan?” Gila ke apa lelaki ni nak bagi upah sampai sejuta?


AMANY, lepasan bidang undang-undang dari UIA menggunakan pengetahuannya untuk menulis cerita tentang kehidupan seorang peguam dalam ‘bahasa orang muda’ sekarang ini.