Sunday, December 17, 2017

Pesakit 701

Tajuk : Pesakit 701
Penulis : Khairul Zaman Khobin
Harga : RM24.00
ISBN : 9789671467503

Sinopsis
Aswad baru sahaja keluar dari  Hospital  Mental. Namun, dia masih belum sembuh sepenuhnya. Dia berazam untuk  mengikut  kehendak  syaitan untuk menghidupkan ayahnya daripada kematian.

Aina, guru yang sudah memilih jalan  gelap  sudah jatuh cinta dengan Arja, seorang guru muda.  Cinta berbeza umur  bukan penghalang. Namun , adakah Aina   mampu  untuk   menyimpan  kisah  gelapnya daripada sesiapa?

Syaitan  tidak pernah berhenti untuk  menyesatkan manusia.  Dan apa kaitannya Aswad dan Aina?  Ini cerita tentang dia!

Suntik

Tajuk : Suntik
Penulis : Zarini Mansor 
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-14675-7-2

Sinopsis

Hidup Fakri tiba-tiba menjadi kucar-kacir apabila disabitkan dengan kesalahan membunuh. Dia turut tersepit di tengah-tengah apabila diburu oleh pihak polis dan kumpulan kongsi gelap. Dia punca Eda, Tuan Mahadi dan Yulia mati. Semuanya disebabkan sejenis cecair yang disuntik ke dalam badannya.

“Tony! Suntikkan dia lagi! Aku nak tengok sejauh mana dia nak tentang aku!”

Sakit kesan cedera dibelasah semakin sebati dengan diri Fakri. Luka ataupun tidak, dia sudah tidak berasa apa-apa. Kebas, kebal. Kesan cecair tersebut semakin menjadi-jadi sehingga Fakri berhalusinasi. Benarkah ia sejenis dadah?

“Pernah dengar tak tentang dadah jenis baru?”

Korupsi. Siapa suntik siapa?

Tolong Sempurnakan Cerita Mami

Tajuk : Tolong Sempurnakan Cerita Mami
Penulis : Syamnuriezmil
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-469-2102-28-1
Mukasurat : 528

Sinopsis
Adeena Aurell (Addie) berusia sepuluh tahun, merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya dan ‘Aun Adwa’. Dia tidak pernah membayangkan yang suatu hari nanti, apabila dia terjaga daripada tidur, mami dan papanya akan berpisah. Pada mulanya, Addie tak kesah. Nak buat macam mana, jodoh tak ada. Tapi... Setelah hampir enam bulan Addie terpaksa berpindah-randah macam orang nomad... Dia mula naik angin!

“Alamakkk... Addie tertinggal buku BM kat rumah mami!”

“Kan papa kata, sebelum pergi, tengoklah habis-habis.”

“Aduhhh... Mami, baju sukan kat rumah papa!”

“Clumsylah you... Sekarang mami dah kena buat dua kerja! Mami kena pi meeting ni, urgent pula! Pakai baju kosong sudahlah, cakap kat cikgu baju sukan tak dan kering!”

Addie mula membuat rancangan untuk satukan mami dan papanya semula. Tetapi rancangan Addie semuanya terjun ke gaung. Mami dan papa memang tidak boleh bersama lagi.

Tanda tanya Addie mula timbul apabila Ku Harez Harith yang dipanggil Cikgu Ku, muncul dan mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Rupa-rupanya Cikgu Ku menghabiskan empat tahun menjaga Addie di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia. Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku.

Masalahnya, pelbagai rancangan yang Addie, papa dan Cikgu Ku buat untuk cuba menyatukan mami dengan Cikgu Ku... Mami tak layan sehinggalah papa terpaksa menggunakan cara terakhir yang membongkar satu rahsia.

“Papa nak suruh mami kahwin dengan Uncle Haha sebab papa dah nak mati ke? Tell me this is wrong papa! Tell me this is all wrong!!!”

“This is the truth, princess...”

Teori Mikaela, kawan baik Addie mengatakan yang papanya itu sakit dan sanggup membuat rancangan yang pelik-pelik, ternyata betul. Masalahnya... Mampukah Addie sempurnakan cerita maminya dengan orang lain selain papanya sendiri? Mahukah mami sempurnakan ceritanya seperti kehendak Addie? Atau mami lebih mementingkan hatinya sendiri?

Tetap Dalam Jiwa

Tajuk : Tetap Dalam Jiwa
Penulis : Farisha Imani
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-2102-27-4
Mukasurat : 576

Sinopsis
"Aisya tak nak main kahwin-kahwin lagi. Aisya nak balik."

"Diam aku cakap!"

Layar mata seolah-olah menayangkan imbasan kisah silam yang menyakitkan itu. Jijik. Dia tak sanggup. Dia dapat rasa kesakitan dan penderitaan itu. Perit.

Kesakitan fizikal dan mental lalu menarik Aisya Farhana ke dalam kesengsaraan. Sakit yang ditanggung dan dipendam tidak dapat diluahkan. Dari situ, muncul watak-watak untuk sama-sama menanggung rasa sakit itu dan tidak mahu Aisya Farhana terseksa sendirian.

Han Ji Ha: Alter yang periang dan meminati K-Pop. Menggembirakan Aisya Farhana.

Maria Mariana: Alter yang sukakan aktiviti lasak. Mahu Aisya Farhana hidup bebas ke mana sahaja.

Bibah Bebel: Alter yang suka membebel. Menceriakan diri Aisya Farhana.

Ustazah Jamilah: Alter yang sukakan kebaikan pada Aisya Farhana.

Amira Natrah: Alter dominan. Mempunyai sifat pendendam dan mahu membalas segala yang pernah dilalui Aisya Farhana.

Dia tak normal. Aisya Farhana perlu menerima rawatan dan penyakitnya ini telah menemukan dia dengan Doktor Naim, seorang psychiatry dalam keadaan yang tidak diduga. Hubungan mereka mulai rapat dan tiba-tiba...

"Saya nak lamar Aisya Farhana menjadi isteri saya yang sah." –Doktor Naim

Namun, Amira Natrah menentang hubungan itu. Dan setiap kali Doktor Naim mahu memberikan rawatan juga, Amira Natrah pasti akan muncul dan membuat masalah. Adakah Amira Natrah cemburu akan hubungan Doktor Naim dengan Aisya Farhana?

"Jangan kau berani sentuh aku. Tangan kau sangat jijik dan kotor, Dr. Naim!" – Amira Natrah

Doktor Naim seorang lelaki yang baik, sedaya upaya mahu membantu Aisya Farhana supaya sembuh. Tetapi, apakah ada rahsia yang Amira Natrah tahu tentang Doktor Naim sehinggakan sekeras-kerasnya dia menentang rawatan yang mahu diberikan oleh Doktor Naim kepada Aisya Farhana? Adakah... Doktor Naim pernah wujud dalam kisah derita Aisya Farhana dahulu?

Objection

Tajuk : Objection
Penulis : Rehan Makhtar
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-469-069-4
Mukasurat : 544

Sinopsis
GERHANA pasti seketika. Setiap kesabaran akan diganjari. Aira hadapi hidup dengan penuh syukur bertemankan Zariq yang begitu jujur padanya. Tapi, suatu hari Zariq pergi tanpa sebarang pesan. Aira menangis. Kecewanya dia. Zariq kejam!

Namun, hidup perlu diteruskan. Aira terus tabah demi budi yang telah dia telan selama ini. Hingga pada suatu hari dia dibawa lari oleh seorang lelaki yang tidak dikenali, Aira rasa dunianya yang selama ini sekadar gerhana; menjadi gelap-gelita.

"Aku hanya sebut nama Zariq. Tapi, aku tak cakap dekat kau dia pelukis. Kau siapa sebenarnya?" - Aira

"Aku adalah hakim yang akan jatuhkan hukuman pada kau, Aira..." - Zafiq

Dia sakiti Zariq? Tak! Zariq yang tinggalkan dia. Aira bingung. Atau salah Airin, adiknya? Tapi, kenapa nama dia yang lelaki bengis itu sebut?

"Oh, jangan risau. Aku tak ambil bekas orang!" - Zafiq

"Kau boleh kata apa saja. Tapi, kau tak boleh cakap aku ni bekas orang! Sepanjang hidup aku, kau orang pertama pegang kulit aku, tahu tak?" - Aira

Berkali dia nafi. Tapi, mana mungkin suara si kambing hitam mampu menandingi ngauman singa yang kelaparan? Hukuman tetap dijatuhkan tanpa perbicaraan yang adil. Kebebasan Aira kini dipenjara oleh Zafiq. Aira bertahan kerana dia yakin kebenaran akan muncul nanti. Tapi, kenapa setelah segalanya terbongkar, dia masih perlu menjadi tahanan di sini?

"Aku orang pertama. Dan, aku mahu jadi yang satu-satunya, Aira. Kau nak terima?"- Zafiq

"Antara kita, tiada apa lagi yang nak dibicarakan, Zafiq! Awak dah jatuhkan hukuman. Saya dah terimanya. - Aira

Pada Zafiq pula... Perasannya pada gadis itu sejak awal adalah kenyataan. Dia mahu penjarakan Aira selama-lamanya. Dalam hatinya! Tapi, harus bagaimana dia sembuhkan hati yang telah dia lukai dengan tangan sendiri? Kuatkah dia untuk lepaskan kebencian yang selama ini menguasai demi cinta di hati?

"Nak order isteri? Boleh?" - Zafiq

"Hah?" – Aira

"Errr... Sorry. Maksud abang, nak order makanan kesukaan awak. Lepas tu nak pinang awak. Macam tu, boleh ke?"- Zafiq

"Banyak cantik muka awak!"- Aira

Boleh jadi yang mereka benci selama ini adalah yang terbaik dan yang mereka sayangi itu adalah yang buruk. Kerana mereka adalah hamba Tuhan yang tidak pernah mengetahui... akhirnya, Zafiq dan Aira akur tanpa sebarang bantahan.

Utusan Cinta Buat Adam

Tajuk : Utusan Cinta Buat Adam
Penulis : Myra Ameer
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-469-068-7
Mukasurat : 672

Sinopsis
Sibuk mengejar cita-cita, di usia awal tiga puluhan, Aireen masih menyendiri lagi. Puan Azra asyik mendesak tetapi jawapan Aireen tersangatlah mudah. Jodohnya masih tersesat entah di mana dan dia hanya menginginkan lelaki kaki masjid untuk dijadikan suami. Adam Firdaus, umurnya juga sudah di ambang pertengahan tiga puluhan. Tapi Adam kata sekiranya ada perempuan yang berani melamarnya, dia akan terima. Tiga kali ternampak Adam di Masjid Besar Kuantan, Aireen sudah terjatuh suka tetapi masalahnya, dia tidak kenal siapa gerangan orangnya. Sebaik mengetahui Adam adalah anak kenalan ibu saudaranya, Aireen langsung menyuruh ibu saudaranya mengirimkan utusan melamar Adam untuk dijadikan teman sehidup semati.

“Ermmm… Bakal isteri Adam tu macam mana orangnya?” – ADAM

“Kata tak kesah?” – HAJAH ROSNAH

“Memanglah tak kesah tapi mak dengan Ina buat Adam tertanya-tanya. Buruk sangat ke rupa dia?” – ADAM

Begitulah kisah Adam dan Aireen. Kisah encik pensyarah dan seorang doktor bedah. Biar tak pernah bercinta tetapi perkahwinan mereka bahagia disulami gurau dan tawa.

“Dia tu patient Aireen.” – AIREEN

“Kacaknya patient. Tak terpikat ke?” – ADAM

“Abang nak suruh Aireen pikat dia ke?” – AIREEN

“Yalah, orang tu Tengku. Abang ni siapalah kan dan apalah yang ada?” – ADAM

“Abang tu suami Aireen. Dia tu yang bukan sesiapa.” – AIREEN

Kata orang, kalau sayang setinggi langit pasti dugaannya akan sedalam lautan. Ketika sedang melakar bahagia, kasih sayang Adam dan Aireen teruji hebat.

“Allah menguji kerana Dia tahu kita mampu melaluinya. Kerana Dia tahu kita kuat. Tapi kenapa terlalu cepat sayang mengalah? Sayang tak percayakan ketentuan Dia?” – ADAM

“Jika Hawa diciptakan untuk Nabinya Adam, maka abang, Adam Firdaus telah diciptakan untuk Aireen walaupun mungkin untuk seketika. Aireen tak pernah ragu akan kekuasaan dan kebesaran Dia kerana Aireen juga adalah makhluk ciptaan-Nya. Makhluk yang tak pernah sempurna. Dan, Aireen dah reda dengan kekurangan Aireen, abang.” – AIREEN

Bagaimana dengan cinta Adam pada saat Aireen melepaskan Adam pergi mencari cinta yang mampu membahagiakannya? Adakah mampu Aireen melepaskan Adam pergi sedangkan hatinya milik Adam seorang?

Kembali Bertuhan

Tajuk : Kembali Bertuhan
Penulis : Ibnu Rijal
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-2038-49-8

Sinopsis
Bilakah kali terakhir kita menangis kerana Tuhan?

Buku ini merungkai satu persatu kasih sayang Tuhan supaya rasa cinta kepada-Nya itu hadir dan mekar. Mudah-mudahan pada akhirnya kita akan sedar dan insaf untuk kembali bertuhan, bukan sekadar beragama.

"Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudia engkau bertemu dengan-Ku dalam keadaan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, nescaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi." Riwayat at-Tirmizi