Monday, January 25, 2016

Indahnya Solat Berjemaah

Tajuk : Indahnya Solat Berjemaah
Penulis : Ustaz Mohamad Haidir Hussin
Harga : RM60.00
ISBN : 978-967-388-158-1
Mukasurat : 384
Berat :

Sinopsis
Buku "Indah nya Solat Berjemaah" Membincangkan tentang persoalan hukum-hakam solat berjemaah menurut mazhab Syafii yang muktabar berdasarkan rujukan-rujukan yang muktamad dan masyhur mengikut mazhab Syafii dengan kolaborasi kitabkitab Arab dan Jawi. Buku ini membahaskan permasalahan secara ilmiah mengikut pendapat ulama daripada mazhab Syafii serta diselitkan juga pendapat ulama daripada mazhab-mazhab yang lain. Ini akan memberikan maklumat yang lebih luas dan terperinci. Menerangkan disiplin ilmu dalam mengistinbat sesuatu hukum dengan cara yang betul. Menggunakan bahasa yang mudah, ringkas dan santai akan memudahkan pembaca memahami sesuatu dengan cepat dan lebih berkesan. Setiap maklumat disertakan gambar, ilustrasi atau gambar rajah bagi membantu pemahaman pembaca. Kolaborasi kitab Arab dan Jawi dapat mevariasikan sumber rujukan bagi sesuatu isu di samping mempelbagaikan pendapat ulama terdahulu dan kontemporari.

Cintaku, Made In Berlin!


Tajuk : Cintaku, Made In Berlin!
Penulis : Nuraziazila Latif
Harga : RM24.00
ISBN : 9789670707471
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Hidup Hannah tidak seperti gadis lain, dia terpaksa bekerja sambilan untuk menampung hidup dan pelajarannya tanpa bantuan sesiapa. Disebabkan projek istimewa yang diuruskannya, Hannah sering berjumpa dengan penyanyi pujaan ramai, Bell. Semakin lama berbicara bersama, akhirnya ada perasaan cinta yang tercipta. Namun hubungan yang mereka bina bukan semudah disangka.

“Ajal maut di tangan Tuhan. Bagaimana kalau ditakdirkan kita terpisah seperti mama dan papa awak? Seperti umi dan abah saya?”

“Saya tak boleh nak berjanji yang hebat-hebat untuk awak. Tetapi saya janji yang kita tak akan membuat kesilapan sepertimana ibu bapa kita lakukan.”

Walaupun banyak janji yang telah sama-sama ditaburkan, entah kenapa, tiba-tiba ada perasaan yang berbeza telah hadir dalam diri Hannah untuk pensyarah kesayangan semua pelajar, Ahmad Zukry.

“Encik Zukry nampak happy sejak dua menjak ni.”

“Saya happy sebab ada orang kata dia sayangkan saya.”

Lantas, sikap Hannah yang semakin dingin membuatkan Bell mengundurkan diri. Namun benarkah memang Hannah sudah jatuh cinta dengan Ahmad Zukry itu? Padahal Bell ialah lelaki yang tak dapat dilupakannya meskipun lelaki itu pergi mengembara demi mencari identiti diri.

“Awak sayangkan dia?”

“Kenapa Encik Zukry tanya?”

“Daripada cara awak menangisi pemergian dia, saya dapat rasakan awak cintakan dia.”

Sepanjang Bell menghilang ke Berlin, banyak rahsia tentang dirinya yang terbongkar. Bell menarik nafas lega kerana dapat menyatukan semula cinta papa dan mamanya yang putus di tengah jalan.

Namun… apabila pulang ke Malaysia, adakah masih ada peluang untuk dia berkongsi kegembiraan itu dengan Hannah? Atau dia hanya mampu memandang kebahagiaan Hannah bersama Ahmad Zukry?

Mili Pikat Hati Dia

Tajuk : Mili Pikat Hati Dia
Penulis : Ashany
Harga : RM20.00
ISBN : 9789670707495
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Jomlah... Kita kahwin... Nak tak?”

“Tengoklah...”

Emily Husna tertanya-tanya, kenapa lelaki itu asyik mengejarnya. Katanya, dia akan pikat hati Mili sampai nak, hanya dalam masa 15 hari! Sudah berkali-kali Mili katakan yang dia sudah ada teman istimewa bernama Izhar. Ya, Izhar. Walaupun dia masih rasa ragu-ragu dengan perasaan sebenar lelaki bernama Izhar itu.

Bila Izhar tahu yang Mili sedang diburu oleh seorang pegawai polis kacak, barulah Izhar terhegeh-hegeh hendak menambat hatinya. Malah lelaki yang kononnya hendak mengelakkan dirinya dan Mili daripada terlajak arah apabila duduk berdua, kini tiba-tiba saja rajin bertanya khabar. Pelik! Ini memang sangat pelik…

Lagi pening bila ma menjerit dalam telefon…

“Emily Husna!”

“Apa nak jadi dengan hang ni? Hang nak suruh kami buat lagu mana? Cuba hang habaq kat kami sat... Hang tau dak, tu hari Rifqal dah tanya pasai hang. La ni, mai lagi seorang tanya pasai hang. Cuba hang habaq kat ma, yang mana satu sebernaqnya ni...”

Alamak! Apa yang perlu Mili lakukan? Apa keputusan yang dia perlu buat dalam masa yang diberi sangat suntuk???!

“Keputusan di tangan awak, Mili. Selama dua minggu lebih ini, saya dah buka diri saya pada awak. Awak dah nampak diri saya yang sebenarnya. Jadi, sekarang ini terpulang pada awak untuk menilainya.”

Namun tak mungkin mudah untuk melepaskan jejaka yang telah lama bertakhta dalam hati. Izhar yang selalu sabar dan memahami.

“Terima kasih untuk tiga tahun yang  indah dan membahagiakan. Mili, siapa pun pilihan Mili nanti... Izhar doakan semoga kebahagian dan kegembiraan menjadi milik Mili sepanjang hayat.”

Peluang Ke-2

Tajuk : Peluang Ke-2
Penulis : Zaiton Abd. Rahman
Harga : RM28.00
ISBN : 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
LIMPAHAN saadat dalam rumah tangga merupakan perkara yang sangat diimpikan Dahlia. Namun, mawaddah yang diharap Dahlia telah dituba Engku Ikmal Syahmi yang bertindak culas di belakangnya.

“Gara-gara Zareena yang pandai bermain berahi, aku ibarat sampah di dalam longkang. Tidak berguna dan jijik untuk dilihat suami sendiri.” DAHLIA

Sayu rawan yang menghimpit telah membuat Dahlia berkelana demi membuang rasa nestapa dalam hati. Ketika Dahlia berusaha mengikis rasa pilu, muncul Zharif Nazwan yang berputik hubah terhadapnya.

“Terus terang, kali pertama aku melihatmu, seluruh jiwaku diserang renjana. Aku akan berusaha memikatmu sampai dapat walau apa-apa pun yang terjadi.” ZHARIF NAZWAN

Kezaliman Engku Ikmal Syahmi terhadap Dahlia mendapat balasan karma. Sampai terlondeh Engku Ikmal Syahmi dilebun Zareena penuh sadis.

“Kau kejam, Zareena! Kau hadir bukan atas dasar kasih mesra, tetapi hanya beraspirasi wang dan hartaku semata-mata. Kini kusedar, Dahlia adiratna pekaca sejati.” ENGKU IKMAL SYAHMI

Bayangan Dahlia kembali menebal dalam diri membuat Engku Ikmal Syahmi menjadi edan. Bagaimana dia mahu menungkul kembali hati Dahlia yang terluka dan kecewa ketika Zharif Nazwan si antun itu semakin menambat isterinya? Engku Ikmal Syahmi harus mencari jalan biarpun sedar, hempasan ombak cinta Zharif Nazwan terhadap Dahlia terlalu hebat!

Kau Dalam Hatiku

Tajuk : Kau Dalam Hatiku
Penulis : Qaseh Farina
Harga : RM23.00
ISBN : 9789670707464
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Iskandar, anak lelaki Haji Mahadi dan Hajah Kamariah tu berkenan sangat dengan Zizah. Jadi, dia dan keluarganya nak datang hari ini merisik Zizah.”

Dalam banyak-banyak benda, itulah perkara yang paling Azizah tidak gemar. Dia tak suka jodohnya diatur. Selama ini, bukannya dia memilih. Kerana kesilapan lampau, dia tak berani hendak terima mana-mana lelaki dalam hidupnya.

“Dah lama saya berdiri dekat luar rumah awak ni. Dari tadi saya fikir, nak jumpa awak ke tidak. Hati saya ni, rindu. Dia nak juga jumpa awak.”

“Hah?! Awak gila ke apa? Datang rumah anak dara malam-malam buta.”

“Awak kalau merungut, nampak seksi mulut awak tu pada mata saya. Nampak saja garang, tapi manja sebenarnya.”

Azizah tunjuk sikap sarkastik. Supaya Iskandar menyampah kepadanya. Namun, sikap Iskandar yang gemar mengusik itulah menjadi penyeri hidupnya. Hingga dia terlupa segala derita. Aneh sungguh jiwa ini. Memang sukar ditebak. Pada awalnya, dia begitu membenci Iskandar. Mahu menolak Iskandar. Tetapi kini, hanya sesaat Allah SWT palingkan hatinya. Tanpa dipaksa, Iskandar mula diterima sebagai sebahagian dari hidupnya.

“Dua kali dah. Kalau kali ketiga kita berlaga, rasanya saya akan terpeluk awak juga.” - Mamat klon Jason Godfrey a.k.a JG

Tanpa terduga, kemunculan JG sedikit demi sedikit telah membongkar segala rahsia. Azizah rasa tertipu. Dia seperti dipermainkan. Apakah niat sebenar Iskandar? Perasaan Azizah mula berbelah bahagi. Siapakah yang benar-benar berada di dalam hati Azizah?

“Saya tahu awak tak mintak lagi saya mengahwini awak, tetapi sekarang saya yang sudi menjadi isteri awak.”

Saat Kau Hadir Dalam Hidupku

Tajuk : Saat Kau Hadir Dalam Hidupku
Penulis : Xuanza
Harga : RM29.00
ISBN : 9789670707501
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Bro! Senang cerita macam ni la. Aku dah mintak maaf dengan kau, kau tak boleh cakap elok-elok ke? Tolonglah... jangan malukan orang Malaysia. Budi bahasa tu budaya kita, bro.”

“Um... Budi bahasa budaya kita? Eheh... I think you should look in the mirror before looking out the window.”

Wah... Mamat ni memang dah lebih. Sangat menjengkelkan dan menyakitkan hati! Fareed Dayyan!!!! Kenapa perangai kau macam setan! Tak seperti abangnya, Fariedz Dazrien yang lebih berlemah lembut berbicara dengan gadis cun berhati sensitif macam aku ni.

“Nia, please inform me before you go somewhere else next time.”

“Why should I? I bukan budak kecil.”

“Betul you bukan budak kecil, tapi mama amanahkan I untuk jaga you. Your safety is my responsibility.”

Tiba-tiba, aku dapat lamaran daripada sebuah keluarga yang tanpa aku sangka. Macam mana benda ni boleh berlaku kat aku?! Dan…

How could I possibly expecting HIM to be my so-called fiancée and future husband. Heh... Husband? Urgh...

Adakah aku bersedia untuk menjadikannya suamiku, sepertimana yang diharapkan oleh keluargaku sendiri terutamanya nenek? Padahal aku sudah ada ‘kekasih’ yang aku cintai, namun aku sedar, takkan direstui sesiapapun.

“I don’t have any choice. Can I say no?”

“You can always say no. It’s your life and your decision. You’re the one who’s going to live every single day with the choice you made.”


Lilin

Tajuk : Lilin
Penulis : Ainul Farihah 
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-0851-15-0
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Zuhair mengakui, dia bukan seperti Zuhair yang dulu. Jika dulu, dia sering menjadi harapan guru-guru dan para sahabat. Namun kini, segala-galanya berubah. Dia dikenali sebagai pembawa masalah di sekolah sehingga terpaksa digantung persekolahan. Kemalangan yang menimpa Zuhair, membuatkannya hilang ingatan buat sementara waktu. Bertitik tolak daripada itu, Zuhair mula mencari-cari sesuatu yang hilang dalam dirinya. 

Lalu, setelah lebih empat tahun, dia mengambil keputusan untuk menjejakkan kaki semula ke bandar Kuantan. Bandar yang penuh kenangan itu. Harapannya satu, semoga dia dapat menemui kembali sisa-sisa ingatan yang hilang. Rupa-rupanya, kehadirannya ke sana bukan sekadar menyelak kenangan, tetapi dia menjumpai lebih daripada itu.

Ini sebuah kisah tentang harapan yang hilang. Kisah tentang pencarian diri. Kisah tentang kerinduan yang terpendam. Dan mungkinkah kenangan lalu mampu membawa Zuhair kembali semula mencari dirinya yang hilang? 

***

AINUL FARIHAH, penulis berbakat yang berasal dari Bangi, Selangor ini merupakan pelajar asasi Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Lilin merupakan karya keduanya selepas Vehaen: Satu Cerita. Beliau aktif di Facebook, https://www.facebook.com/ainul.farihah danboleh juga dihubungi melalui e-mel, osem_production@yahoo.com

Dona Karan Penang

Tajuk : Dona Karan Penang
Penulis : Fatihah Pauzihal 
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0851-16-7
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
jodoh itu rahsia Allah...

E-mel dan hadiah misteri daripada Man in Black mewarnai hari-hari Farah sewaktu di universiti. Dengan nama Dona Karan Penang, mereka menjalin rasa di maya. Kehadiran lelaki itu menjadi penyeri hidupnya.

Dona Karan Penang,

Jika semua bahagia dalam dunia ini meninggalkanmu...

Jika semua jiwa dalam dunia ini berlari pergi...

Jika semua rasa dalam dunia ini hilang...

Ingatlah bahawa awak masih ada Dia Yang Maha Esa.

Sahabat di maya,

Man in Black.

ps: Ingatlah yang awak juga ada saya!

Namun entah kenapa, lelaki itu pergi tatkala dia mula merasai ada sesuatu antara mereka. Apakah rahsia di sebalik kepergian lelaki itu? Apakah Dona Karan Penang masih lagi menyimpan rasa sebagaimana dulu apabila mereka ditemukan kembali oleh takdir?

Izinkan hati mereka bersatu. Sudah terlalu lama ia menyendiri...

Mampukah hati mereka bersatu lagi?

Balang Cinta

Tajuk : Balang Cinta
Penulis : Wizana Emilia
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0851-37-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Firas itu… kacak orangnya. Baik budaknya. Elok pekerjaannya. Cuma satu kekurangannya; tak romantik.

Khyra, si gadis comel yang pemalu. Hanya satu impiannya, punya pujaan hati yang penyayang dan romantik.

Kedua-duanya dipertemukan oleh kakak dan abang yang prihatin. Namun, di tengah-tengah perhubungan, muncul pula putera kacak yang mengocak hati si gadis. Tanpa Khyra sedar, sang putera punya sejarah gelap yang menghantui diri.

Lalu, Balang Cinta menjadi penyelamat. Tiga puluh satu nota cinta pengikat hati menjadi penyubur kasih antara Firas dan Khyra. Setiap satunya perlu dilakukan tanpa ada kompromi.

Berjayakah mereka melaksanakan tugasan yang diberi? Dan mampukah Balang Cinta itu mengubah mereka untuk saling menerima sesama mereka?

Love is joy, love is jealousy, love is suffering, love is tenderness. Love is you…

***

WIZANA EMILIA menulis Balang Cinta dengan bahasa yang romantis dan membuai rasa. Untuk pembaca yang perlu tip untuk menjadi romantik dan suka akan adegan kelakar, pastinya ini bacaan anda! 

Today I Married My Bestfriend

Tajuk : Today I Married My Bestfriend
Penulis : Syamnuriezmil
Harga : RM20.00
ISBN : 9789670707365
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Berdua dengan aku lebih baik kan?”

“Tapi ada syaitan kalau berdua.”

“Tu sebab aku nak ajak kau kahwin cepat-cepat. Boleh ke?”

Menganga mulut aku bila my best friend ajak aku kahwin. Yang aku risaukan… aku akan kehilangan kawan baik aku! Bayangkan, lelaki yang selama ini biasa aku melepak sama, merepek sama-sama, tiba-tiba… nak jadi kekasih aku? Uuuu… Tak ke janggal?

Lagi haru aku nak menolak, bila mak kata, dari dulu lagi dia dah dapat agak jodoh aku akan dengan Usyair tu. Nak mengadu kat Umairah pun tak ada guna sebab dia lagi buat aku terfikir yang abang dia tu memang ditakdirkan berjodoh dengan aku. Argh! Tak ada ke siapa-siapa boleh cakap yang aku dengan Usyair tu takkan boleh jadi kekasih, apatah lagi suami isteri?

Kenapa perjanjian kami dulu yang berjanji nak kawan sampai mati tapi tak boleh sampai kahwin tu terbubar pula? Dan dengan senang-senangnya Usyair buat perjanjian baru dan batalkan perjanjian lama, iaitu;

“Kita kawan sampai mati, tapi tak boleh sampai kahwin kecuali...”

“Kecuali apa?”

“Pada penghujung umur kita 27 tahun, kita tak ada sesiapa, yang ada hanya kau dan aku saja dalam hubungan kita ni, kita boleh kahwin sesama kita.”

“Errr…”

Aduhai... Perlu ke aku bersetuju? Lamaran Usyair itu tak salah sebab aku memang tak ada sebab untuk tolak dia. Tapi… sanggup ke aku kehilangan kawan baik aku sendiri? Nampaknya aku harus bertindak untuk membuktikan pada diri aku sendiri sama ada aku harus menerima Usyair ataupun menolaknya bulat-bulat.

“Aku ajak kau kahwin... sebab aku cintakan kau. Kalau kau cintakan aku, kau accept my proposal. Simple, Qis. Esok hari... tak ada siapa yang tahu. Hanya Tuhan yang tahu. So, kalau kau tanya, boleh ke tak boleh ke... aku tak ada jawapan untuk itu sebab itu Tuhan punya kerja. But I have faith on us. I trust us. Do you?”

Khairizal : A Love Story

Tajuk : Khairizal : A Love Story
Penulis : Nuraqilah Syuhaida
Harga : RM22.00
ISBN : 9789670707457
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
KHAIRIZAL : A LOVE STORY - NURAQILAH SYUHAIDA

“Abang, mana abang pergi selama ni? Rina rindu abang... Rindu sangat-sangat...”

Selepas  kehilangan insan yang tersayang, Khai berubah menjadi dirinya yang dulu, iaitu seorang tomboi. Baginya, lebih baik dia mencari punca kehilangan suaminya meskipun terpaksa bertindak sendirian! Ya, Khai berani melakukannya. Demi menuntut kebenaran yang tiada siapa dapat merungkaikannya.

Namun, tak mungkin Khairul dan Azman akan membiarkan Khai bertindak sendirian. Dengan bantuan mereka, Khai semakin menghampiri kepada kebenaran. Sehinggalah, mereka terjumpa ‘seseorang’ yang menyebabkan agenda mereka terkendala. Kehadiran Alif menyebabkan mereka musykil. Agenda mereka terutamanya Khai jadi terpesong semenjak hadirnya lelaki itu.

“Aku perasan sesuatulah, Khai.”

“Apa dia?”

“Muka kau macam perempuan. Kalau rambut kau panjang sikit mesti kau dah jadi perempuan.”

Kehadiran Alif membuatkan hati Khai yang sedang berduka, terubat sedikit rasa kerinduan terhadap suaminya. Adakah Alif mampu menggantikan Rizal dalam hatinya? Atau kehadiran Alif harus disembunyikan daripada pengetahuan sesiapapun agar lelaki itu tidak menjadi mangsa sepertimana Rizal menjadi mangsa?

“Aku cintakan kau! Hati aku jadi tak keruan sejak pertama kali aku pandang kau dekat kampung. Walaupun masa tu aku belum tahu kau perempuan. Aku tak pernah ada perasaan macam ni pada sesiapa pun.”

Erti Sebuah Janji

Tajuk : Erti Sebuah Janji
Penulis : Alisya Shafina
Harga : RM22.00
ISBN : 9789670707389
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Peristiwa lalu menyebabkan sehelai sapu tangan menjadi saksi sekaligus menjadi janji kepada hati Auni. Dan tanpa Auni ketahui, ia juga menjadi sebuah janji kepada diri empunya sapu tangan itu.

Namun Auni kecewa apabila mengetahui pemilik sapu tangan itu sudah berpunya lalu membawa hati yang lara dengan meninggalkan Malaysia.

“Auni dapat bunga lagi?”

“Auni takut. Yalah, Auni tak tahu siapa yang hadiahkan bunga ni.”

Auni runsing. Sejak pulang dari luar negara, dia sering menerima tiga kuntum bunga ros berserta kad ucapan. Namun tiada pula nama pengirim yang tertulis pada kad tersebut. Dia tidak dapat mengagak gerangan yang selalu mengirimkan bunga-bunga itu kerana hatinya tidak pernah terbuka untuk mana-mana lelaki selain ‘dia’ yang kekal bertakhta dalam hati.

“Awak??? Apa awak buat kat sini?”

“Cantik kan baju ni, saya nak belilah.”

“Tapi saya yang tengok dulu baju ni.”

Muncul pula lelaki bernama Aeryl. Auni naik rimas dengan lelaki yang bernama Aeryl itu. Ke mana saja dia pergi, pasti mereka akan bertembung. Dan apabila bertembung pasti ada sahaja perkara yang akan membuatkan mereka bertekak.

Bagaimanakah pengakhiran kisah ini? Sebuah janji telah membuatkan Auni nekad untuk tidak menghiraukan lelaki yang silih berganti datang mengetuk pintu hatinya. Lantas, jalan manakah yang perlu Auni pilih supaya hatinya yang terluka dapat diubati?

“Saya suka, sayang dan cinta awak. Sudi tak awak jadi special girlfriend saya?”

Kau Bunga Syurga

Tajuk : Kau Bunga Syurga
Penulis : Dhiya Shiha
Harga : RM22.00
ISBN : 9789675822322
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Khairina nekad, dia perlu melarikan diri. Apa guna seorang lelaki bergelar bapa kalau sanggup menggadai maruah anaknya? Pertemuan dengan Qasim membawa episod baru dalam hidupnnya. Diharapkan kasih berpanjangan namun dugaan datang melanda.

Khairina sedih. Hatinya hiba. Dia dapat merasakan ini bukan perpisahan sementara tetapi perpisahan yang menjarakkan terus hubungan mereka. Namun, jauh di sudut hati dia mendoakan suaminya akan kembali.

"Apa lagi yang boleh Rina katakan selain daripada akur dengan keputusan yang telah abang buat? Mak abang pun tak menghalang? Siapa Rina untuk mengatakan jangan?"

Qasim memujuk isterinya. Walau dia nampak, tiada lagi sinar keceriaan di matanya seperti saat mereka menunggu terbenamnya matahari di Tanah Lot.

"Rina, maafkan abang. Abang tahu abang bersalah. Abang sekadar minta pandangan mak saja. Abang tak bermaksud Rina tak penting. Percayalah... abang janji akan selalu menghubungi Rina."

Khairina terus diduga. Ibu mentuanya, Hajah Ramlah tidak menyukainya. Berbagai kata nista dilemparkan. Dia didera! Jiwanya terseksa. Ya Allah! Hatinya merintih pilu.

"Hei! Perempuan kabaret, kau tanya aku apa dosa kau? Dosa kau menipu aku! Dosa kau bergelumang dengan jantan-jantan di kelab malam, kau faham? Dah banyak jantan yang kau kepit ke sana sini! Kau boleh tanya apa dosa kau lagi?"

"Qasim tu anak aku! Aku punya sukalah nak buat apa pun! Apa kau peduli? Perempuan tak sedar diri! Lebih baik kau pergi! Sini bukan tempat kau lagi! Dasar perempuan tak tahu malu!"

Ya Allah! Tiada lagi ke walau setitis sinar kebahagiaan buat dirinya? Perlukah dia meratap? Menangis? Menyesali nasib? Tidak! Jika itu takdirnya! Khairina redha. Dia akan bangkit! Tabah dan sabar berhadapan dengan semua dugaannya!

Menggamit Kasih Teragung

Tajuk : Menggamit Kasih Teragung
Penulis : Qis Zakirah
Harga : RM27.00
ISBN : 9789675822308
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Apakah cinta dan rasa kasih itu hanya untuk orang kaya, orang cantik, berpangkat dan berharta? Apakah orang miskin, orang susah dan hodoh tidak layak untuk menyintai dan dicintai? Mengapa perasaan itu harus dibezakan?”

Air mata Widya semakin laju berhamburan di pipinya. Dia tidak pernah menyangka rupanya Rizky memandangnya sebegitu tinggi sedangkan selama ini tidak sudah-sudah dirinya dihina dengan bermacam gelaran dan celaan.

“Minta maaf? Mudahnya kau orang nak minta maaf setelah apa yang kau orang lakukan pada aku. Kau orang buat aku macam aku ni tak ada perasaan. Tak ada maruah! Kau orang buat aku tak ubah macam binatang!

Masa kau orang serang aku, ada kau orang fikir tentang hati dan perasaan aku? Maruah aku dipijak dengan begitu hina! Rayuan aku tak dipedulikan. Kau orang caci aku macam-macam. Sekarang senang-senang kau orang nak minta maaf?”

Widya telah jauh berubah. Saat ini Widya sangat kuat pegangan agamanya. Malah dia pernah berjanji untuk mengabdikan dirinya kepada Allah di sepanjang hayatnya.

Dia tidak mahu berpaling lagi daripada landasan taubat yang telah dipilihnya. Dia ingin terus meniti kehidupannya di atas jalan yang lurus bersama keredhaan Allah sehingga ke nafasnya yang terakhir.

Namun tidak semudah itu dia mampu melaluinya. Berkali-kali dia dihina, berkali-kali maruahnya dicalar. Dan yang paling menyedihkan apabila dirinya diaibkan sehingga satu dunia mencaci dan meludah kepadanya. Masjid Al-Insan meninggalkan sejarah suka dan duka di antara Widya dan Rizky hingga terpahat kuat di dalam ingatan mereka. Menggamit Kasih Teragung, hanya pada Yang Maha Esa mereka menyerahkan segalanya.

Curahan Cinta Niagara

Tajuk : Curahan Cinta Niagara
Penulis : Maya Iris
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-0870-11-3 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Dia, gadis yang mendapat tempat di hati Faris. Kehadirannya merubah hidup lelaki ini. Namun, sukarnya dia untuk menghuni hati seorang yang bernama Mira Zahila.

“Aku sayangkan dia, Amir. Tapi dia tolak aku  mentah-mentah.”-  Faris

“Siapa? Mira?” - Amir“

“Mungkin dia bukan jodoh kau, Faris”-Dina

Impian Mira hanyalah untuk mendapat segulung ijazah. Demi keluarganya. Satu kejadian telah menyebabkan Mira bersetuju mengahwini Faris. Reda dengan kententuanNYA,

Mira berusaha menjadi isteri yang sempurna.  Namun, cinta Faris hanya sementara. Perginya dia meninggalkan cinta yang tersemat di hati.

Dek kerana sebuah wasiat, Mira berganti tikar.  Abang ipar menjadi suami.

“Kalau Mira nak batalkan permintaan Faris tadi, beri satu alasan kukuh. Kalau alasan Mira masuk akal, kita sama-sama boleh batalkan,” - Farhan.

Bagi Farhan, wasiat itu sekadar pemudah cerita. Cintanya pada Mira berputik sejak pertemuan pertama di air terjun Niagara. Setelah Faris pergi, dia mula sangsi sejarah hidup Mira.  Malah, kekuatan cintanya pada Mira juga tidak mampu menghapuskan gundah di hati.  Mira berdiri demi Farhan. Walaupun hatinya didera dan diuji.

Aku dekat. Kau dekat! Mentera cinta yang menjadi penguat hatinya.

Mira ketepikan segala perasaan demi menangkis tuduhan buruk suami dan sekaligus menamatkan ribut di hati suaminya. Ketika bibit-bibit cinta mula subur, sekali lagi Mira diuji dengan kehadiran Azrin.  Dalam sekelip mata, Azrin meragut cinta Farhan. 

Niagara menyaksikan pertemuan mereka. Di situlah terdetik isyarat cinta pertama Farhan. Apakah cintanya juga tidak akan kering sepertimana curahan air terjun Niagara? 

Atau adakah ia akan membeku seperti bekunya air terjun Niagara di musim dingin? Curahan cinta Niagara menyaksikan segalanya.

Thursday, January 21, 2016

Isteri Tuan Ihsan

Tajuk : Isteri Tuan Ihsan
Penulis : Sara Kyoko
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0657-74-5

Sinopsis
Cinta tak kenal siapa... Kalau cinta itu kenal siapa mangsanya, tidak mungkin diva sengal ini jatuh cinta dengan si pakcik tua!

Seroja Irdina, si gadis peminat K Pop. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti. Malam... dialah diva berkasut tumit tinggi 6 inci. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, YA. Hitam untuk, TIDAK. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza...

“Sentuh sikit pun nak marah... atau, you takut tergoda?” – Seroja Irdina
“Excuse me? You called that godaan? Don’t flatter yourself missy!” – Tuan Ihsan

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua?

“You ingat I tak berani nak lawan cakap you, eh? Oh! You silap besar!” – Seroja Irdina
“We’ll see. You lawanlah cakap I. Kita tengok apa akan jadi. Mungkin you benar–benar nak tahu apa yang I boleh buat, kan?” – Tuan Ihsan

Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela?

“Seroja, dengar sini. You lebih dari semua itu. You’re very special and dear to me, but...” – Tuan Ihsan
“Tapi? Tapi, apa? Jujur dengan I... You sayang I, tak? You cinta I, tak? You nak kahwin dengan I, tak?” - Seroja Irdina

Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?

Wednesday, January 20, 2016

Misi Menantu Mr Bad Guy

Tajuk : Misi Menantu Mr Bad Guy
Penulis : Ailah Diela
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0870-09-0 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
BIBIR bawah digigit perlahan. Pandangan mata si suami Anggerik balas. Mata hazel itu memandangnya atas bawah. Riak muka itu adalah riak orang terkejut.
“Seriously?”
Baru saja mulutnya ingin mengajukan soalan. Suaminya terlebih dahulu sudah mengeluarkan kata-kata. Kini pandangannya tertumpu pula ke arah Doktor yang sedang duduk di hadapan mereka.
Doktor itu mengangguk dengan senyuman. “Yes! Dah tiga minggu pun.”
Ahqaf pandang siling hospital. Terkebil-kebil matanya cuba mencerna sekali lagi berita yang baru diterimanya itu. Dia datang ke klinik tersebut sebab dia yang rasa lemah-lemah badan. Doktor Maira pula tak ada, sibuk pergi honerymoon dengan papa. Kononnya!
Tapi sekarang ni, kenapa berita yang dia terima macam susah sangat nak masuk dalam otak dia. Yang lemah badan dia, tapi takkanlah sampai ke otak kut lemah.
“Baby. Kau yang subur sangat ke atau aku?” Kini pandangannya beralih pula ke arah isteri yang diam tak berkutik di sebelah.
Anggerik bulatkan mata. Ahqaf! Boleh pulak tanya soalan macam tu dalam keadaan sekarang ni. Berbisik lah kononnya. Tapi apabila melihat doktor lelaki tu dah mula senyum. Dia dah tahu yang suara Ahqaf memang tak layak digelar berbisik.
“Eh! Mestilah aku kan.”
Sendiri tanya, sendiri yang jawab. Itulah yang Ahqaf lakukan sekarang. Anggerik julingkan mata. Geramnya! Lebih lagi bila suami dia tu boleh pula buat perangai ketawa terbahak-bahak.
“Yahoo! Thanks, Doktor. Saya rasa macam mimpi lagi ni.” Ucap Ahqaf dalam ketawanya. Sekarang ni dia rasa macam nak peluk Anggerik ketat-ketat. Bukan tu je. Dengan doktor tu sekali kalau boleh dia nak peluk.
Yes! Akhirnya sudah terserlah yang dia memang lelaki sejati.

Cupcakes By Ivy

Tajuk : Cupcakes By Ivy 
Penulis : Ivy
Harga : RM24.00

Sinopsis
As a home baker, Ivy has personally adapted, tried and tested the collection of recipes in this book. Included too are easy-to-follow decorating and design ideas such as pull-away cupcakes. The recipes in this book are based on the freshest and best ingredients making the cupcakes distinctly homemade in look and taste.

With 22 recipes. decorating ideas and baking tips, Cupcakes by Ivy will surely awaken the home baker in you.

Tuesday, January 19, 2016

Milik Engkau Saja

Tajuk : Milik Engkau Saja 
Penulis : Acik Lana
Harga : RM38.00
ISBN : 9789671286012
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Darlina si gadis 'forever alone' sudah bertahun-tahun hidup terasing di bumi sendiri. Kenapa? Sebab dulu dia pernah buat gempar satu Malaysia dengan perangai tak senonoh yang sangat memalukan. Kesannya? Dia dibuang keluarga, dipinggir ramai kawan, hilang privasi, dan masa depannya dah confirmed gelap!

Namun pertemuan tak sengaja bersama seorang pemuda bernama Izz Ariff di pet shop tempatnya bekerja membuatkan Darlina terpegun. Lelaki handsome, maco, gagah perkasa tapi boleh menangis sebab seekor kucing? Oh my, lembutnya hati!

"Please, please do something untuk selamatkan dia..." ~ Izz Ariff
"Encik, I bukan veterinarian. I memang tak boleh tolong you..." ~ Darlina

Dalam pada tak boleh tolong, akhirnya Darlina tertolong juga. Dan permulaan itu memutikkan keintiman yang ternyata berjaya mengubah jalan hidupnya. Sedikit demi sedikit sinar kebahagiaan mula menjengah ke hati. Tapi dari gelaran best friend, kini Iz Ariff menuntut sesuatu yang lebih istimewa. Nak jadi boyfriend pula! Alahai, apa dia nak buat kalau Iz Ariff si 'putera' tampan yang super caring sudah sekian lama menjadi milik si puteri kayangan? Layak ke dia yang serba hina ini nak bersaing merebut kasih?

Walaupun bahagia dengan kehadiran Iz Ariff, jiwa Darlina masih bergolak hebat. Selagi mama dan papa tak mengampunkan dosa-dosanya, selagi itulah dada sesak mengatur nafas. Takkanlah sampai ke akhir hayat dia nak hidup dengan award 'Anak Paling Memalukan'? Dia tak nak! Tapi macam mana dia ingin memohon ampun dan maaf kalau muka dia pun mama dan papa tak sudi nak pandang?

Pening kepala dengan masalah keluarga satu hal, kesabaran Darlina diuji pula dengan dengan perangai si 'madu tak jadi' yang asyik mencari fasal. Gadis bernama Irina itu memegang dendam dan sering mencari peluang untuk menyakiti perasaannya. Penat sungguh apabila diuji dari satu ujian ke satu ujian.

Dan di akhir cerita, mampukah Darlina yang popular dengan jolokan 'Darlina Newcastle' hidup bahagia semula? Atau dia perlu kembali bersembunyi dan meratap kesal sampai ke hari tua?

Jodoh Aku Cuma Kau Saja

Tajuk : Jodoh Aku Cuma Kau Saja
Penulis : Domi Nisa
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-5289-43-9
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
IRDINA bernikah dengan Rayyan saat kekasih hatinya, Dani memandang sayu kepadanya. Dia akur kalau keputusan yang diperlukan sangat singkat. Bukan mudah sebenarnya kalau Rayyan itu abang Dani.

RAYYAN, seorang pelukis dan pemilik galeri lukisan yang mengetahui hubungan Dani dan Irdina, bermati-matian menghalang perhubungan mereka, tanpa menyangka dialah jodoh Irdina. Saat hati gusar dan enggan, Rayyan yang digelar ‘Singa Period’ oleh Irdina bertukar jadi ‘Singa Miang’ gara-gara wujudnya sebuah diari hitam.
“Ab….”
Terkejut beruk aku dibuatnya. Sebaik saja aku berpaling ke belakang, terasa satu kehangatan di pipi. Abang Rayyan, entah bila dia menghampiri dan lepaskan kucupan lembut di pipiku.
“Kau nak goda aku kan? Okey…untuk pengetahuan kau, aku tak dapat tahan lagi walaupun aku masih marah dekat kau. Apa lagi, jomlah tidur! Lain kali tak payah rujuk buku nak pikat suami. Allah bagi akal fikirlah sendiri.”
Mataku membulat terus pandang novel di meja sebelah. Spontan aku menekup muka. Malu teramat! Alamak, dia tahu ke aku sedang goda dia sekarang? Malunyaa…

DALAM mereka meningkatkan peratusan cinta masing-masing, taufan datang mengucar-ngacirkan keluarga Rayyan. Semuanya berlaku serentak! Lalu Irdina dihukum…
“Dina!”
“Kenapa Encik Rayyan nak marah? Salah ke saya cuba tegakkan keadilan untuk diri sendiri? Sepanjang saya kerja di sini, Kak Ra selalu dengan saya. Lelaki ini langsung saya tak kenal sehingga hari ini dia datang menuduh saya yang bukan-bukan.”
“Irdinaa...cukup!”
“Saya cu…”
“Cukup aku kata!” Jerkah Abang Rayyan.
“Abang tak percayakan Dina macam mana Dina nak diam! Buat apa nak bincang lagi. Dina tak salah!”
“Irdina jangan cabar kesabaran aku. Walaupun kau isteri aku tapi, di sini kau pekerja aku.”

BAGI Irdina, setiap yang berlaku pasti ada puncanya. Dia masih mempertahankan perkahwinannya demi amanat arwah granny untuk merungkaikan sebuah rahsia keluarga. Mampukah Irdina melayan kerenah Bella,bekas kekasih Rayyan? Dan adakah sinar kebahagiaan untuk Irdina dan Rayyan?

Kedua

Tajuk : Kedua
Penulis : Reen Syazreena
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-5289-42-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
DUA minggu bergelar isteri, Zara Amani mendapati suaminya kembali kepada kekasih pertamanya dahulu. Menjadi isteri solehah, taat dan setia kepada suami, Zara bukan orangnya. Menggoda, bermanja dan sengaja menyerah diri kepada suami juga, dia bukan orangnya. Cemburu pula bagaikan jauh panggang dari api.

MASALAHNYA, setia kepada yang dicintai adalah sikap Amir Haikal. Pantang baginya orang lain memburukkan Tania, kekasih hati yang dicintai sekian lama.

MENYEDARI diri pilihan kedua dan tidak suka dilabel perampas, Zara tidak pernah kisah kewujudan Tania. Amir pulang atau tidak, dia meneruskan kehidupan dengan nada kebiasaannya ke kelab. Masalahnya Tania selalu bikin gawat dalam hidupnya…

Tania memandang Zara dengan sinis. Dia dapat mendengar jeritan Amir yang memanggil namanya dari luar.
“Kau akan kalah kali ini,” ujar Tania dengan senyuman sinis.
Zara memandang Tania dengan hairan. Dia dapat dengar jeritan Amir yang makin lama makin dekat. Dia bertambah hairan apabila melihat Tania menjatuhkan dirinya ke lantai. Apa yang Tania sedang lakukan ini?
Saat Amir tiba, dia lihat Zara sedang berdiri memandang Tania yang kini berada di lantai. Zara menolak Tania! Pantas dia meluru ke arah Zara dan… satu tamparan hinggap di pipi Zara.
Zara terkesima. Terus dia membalas balik tamparan itu. Nafasnya turun naik. Dia memandang Amir. Amir menelan air liur. Dia tergamam. Diusap pipinya. Perit juga tamparan Zara.

BERBULAN mereka membawa haluan masing-masing, malah sudah membuat keputusan untuk bercerai. Namun perancangan keluarga meminta bercuti sempena ulang tahun pertama perkahwinan buat Amir dan Zara serba tak kena!

Amir geleng. “I takkan lepaskan you lagi, princess.”
Zara telan air liur. Wajah Amir begitu dekat dengannya sehingga dia dapat rasakan hembusan nafas lelaki itu.
“I love you. You should know that,” ucap Amir. Zara kaku.
“You love me too, right?” Tanya Amir sebaik dia merenung dalam ke mata Zara.
Kepala digeleng. Zara masih sedaya upaya menidakkan apa yang dirasainya malam ini.
Amir senyum. Dia menjauhkan diri dari Zara. “Well then, good night, princess.” Amir bersiap sedia untuk mengundurkan diri sebelum tiba-tiba saja bajunya direntap kasar oleh Zara. Tubuhnya kembali menghadap Zara Amani.
“If I said I love you, what would you do?” Soal Zara tiba-tiba. Tangannya masih lagi memegang erat bahagian hadapan baju Amir.
Amir senyum. “Then I’m yours, for now and forever.”
“Be mine only,” bisik Zara di telinga Amir.

MAMPUKAH bahagia seminggu di Melbourne berkekalan atau musibah apakah lagi yang akan menimpa pasangan ‘liar’ ini?

Monday, January 18, 2016

Cara Mudah Membuat Roti

Tajuk : Cara Mudah Membuat Roti
Penulis : Hanirah Mohamad Nur, Azyati Mohd Agos, Julia Abd Manaf
Harga : RM32.00
ISBN : 978-967-612-475-3

Sinopsis
Pelbagai jenis roti dipilih dan dikumpulkan dalam buku ini. Cara membuat dan memasak diterangkan dengan terperinci dan mudah dilakukan. Berserta dengan gambar bewarna, kompilasi resipi ini sesuai untuk mereka yang ingin menyediakan roti sama ada untuk diri sendiri dan keluarga atau mungkin juga untuk memulakan perniagaan. Ia bukan sahaja enak untuk dinikmati tetapi lebih menjimatkan.

Saturday, January 16, 2016

Suamiku Pembuli Cinta

Tajuk : Suamiku Pembuli Cinta
Penulis : Iman Kyuhee
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-365-254-9
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Wafiyyah Iman, hidup cerianya dilengkapi dengan mak, abah dan adik lelakinya. Tapi, siapa sangka di sebalik sikap happy go luckynya, dia mempunyai kisah silam yang memeritkan. Sejak pertemuannya dengan seorang lelaki yang dia kira agak misteri, jantungnya mula berdegup tidak tentu hala. Petanda apakah ini? Dia sendiri tidak pasti!

Irsyad Rykarl, kehadiran lelaki misteri ini sungguh tidak terduga. Kenapa semua perkara tentang dia lelaki ini boleh tahu? Namun, siapa akan menjangka bahawa Irsyad Rykarl sebenarnya mahu dia menjadi teman hidupnya!

“Awak kenal saya tak sampai pun setahun…”

“Hmm... Dah terlebih kenal pun sebenarnya.”

“Apa dia?”

Tapi kalau dah namanya jodoh, lari ke hujung dunia pun akan bertemu juga. Irsyad yang caring, Irsyad yang menawan, Irsyad yang menggoda, perempuan mana saja yang tidak cair? Mungkin jantung dan hati boleh tercabut dari tangkainya.

Akhirnya, Wafiyyah Iman akur dan menerima ketentuan daripada Tuhan. Irsyad akan menjadi suami pertama dan terakhir buatnya, tak ada yang lain. Sungguh, Irsyad pandai melayan dirinya. Membuatkan dia terasa di awang-awangan. Membuatkan dia terasa seperti puteri raja. Dan apa yang pasti, dia tidak menyesal memilih lelaki itu sebagai soulmatenya.

Tetapi, lumrah kehidupan tidak pernah terlepas daripada masalah. Alam rumah tangga yang pada awalnya bahagia mula bergoncang akibat satu rahsia yang tersimpan kemas oleh Irsyad. Sungguh, dia tidak pernah menyangka bahawa Irsyad sanggup mengkhianatinya! Tapi rahsia apa yang Irsyad sorokkan daripada Wafiyyah Iman sehingga menyebabkan isterinya itu bertindak menjauhkan diri?

Friday, January 15, 2016

Sesal Separuh Nyawa (Edisi Khas)

Tajuk : Sesal Separuh Nyawa (Edisi Khas) 
Penulis : Myra Ameer
Harga : RM37.00
ISBN : 978-967-0890-87-6
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Awak rasa kita takkan jumpa lagi lepas ni?”- Fara “Kita dah janji kan kita akan jadi kawan sampai bila-bila?” - Razlan  

Pertemuan pertama di padang sekolah ketika berusia 12 tahun telah mengikat Fara dan Razlan dalam satu hubungan dan janji. Malangnya perhubungan baik tersebut tidak disenangi oleh Datin Mona dan Datin Liza disebabkan dendam lama yang disimpan.

Sengaja memisahkan mereka, Datin Liza telah menghantar Fara ke Melaka untuk terus menetap di sana dan ketika itulah bermulanya persahabatan baik antara Fara dan Fendi.    

Setelah sembilan tahun berlalu, Fara dan Razlan dipertemukan semula apabila mereka belajar di satu universiti yang sama di Dublin. Pertemuan yang langsung tidak Razlan sedari sehingga Fara dijadikan sebagai mangsa bulinya.

Fara yang kecewa dengan penerimaan Razlan, membuat keputusan untuk menukar pengajiannya ke Amsterdam dan belajar di sebuah universiti bersama-sama Fendi.  

“Kau masih tak nampak, eh? Kau ni buta sangat ke?”- Fara “Dah malam, gelap. Memanglah susah nak nampak.” - Razlan

“Kau memang dah lupa!” - Fara “Weiii… Ingat kau nangis-nangis ni aku kesah?” - Fara

“Aku kesah sebab ada benda yang tak boleh diganti!” - Fara  

Setelah menyedari siapa Fara sebenarnya, Razlan terus mencari. Bermula dari situ, hubungan mereka kembali bertaut sehingga membibitkan rasa cinta dan menyebabkan Melissa, adik angkat Razlan dan Fendi cemburu.

Dalam diam, berbagai-bagai usaha yang mereka lakukan untuk memastikan Fara dan Razlan berpisah.

Datin Mona dan Datin Liza yang mengetahui tentang perhubungan tersebut tetap menentang keras dan turut melakukan berbagai-bagai usaha untuk memisahkan mereka. Nekad, Fara dan Razlan membuat keputusan untuk berkahwin walaupun keluarga masing-masing membantah.  

Ketika persiapan sedang giat dilakukan dan hanya tinggal tiga hari sahaja lagi majlis pernikahan berlangsung, Razlan menghilangkan diri. Fara kecewa dan lebih mengecewakan lagi apabila dia mengetahui hilangnya Razlan adalah kerana menikahi Melissa, adik angkatnya sendiri.

Akibat luka yang Razlan tinggalkan, Fara terus hanyut dengan dunianya sendiri. Berbagai-bagai perkara yang dilakukan olehnya semakin menghancurkan diri sendiri.

Bimbang dengan keadaan Fara yang sudah tidak mampu dikawal, sekali lagi Datin Liza menghantarnya ke Melaka untuk menguruskan perniagaannya di sana.Setelah dua tahun berlalu, Razlan kembali menuntut janji.

Mampukah Fara menerima huluran tangan Razlan setelah dilukai dan disakiti? Atau dia terus menerima huluran cinta Fendi yang sentiasa ada di sisinya kala susah dan senang?