Tajuk : Bila Papa Jatuh Cinta
Penulis : Cik D
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0718-47-7
Mukasurat :
Berat :
Sinopsis
Lebih empat tahun dia mengelak, pertemuan tanpa sengaja itu buat hati Adinie Syifa kembali dilanda gelombang. Rupanya, dia tak pernah mampu lupakan lelaki itu. Bagi duda kacak bernama Ahmad Dhani pula, ditemukan semula dengan Dinie buat hatinya kembali ‘hidup’. Memang cintanya pada anak bekas pekerjanya itu tak pernah pudar. Tapi, misi untuk meraih cinta si gadis bukan mudah. Dia yang sentiasa tenang dalam bicara dan tingkah, harus berubah watak menjadi lelaki yang menjengkelkan. "Macam mana encik tahu kereta Dinie pancit?" Pinggang Dinie cekak, di bawah sinaran mentari begini, tubuhnya cepat saja hangat nak bangkit marah. "Lelaki sekacak saya sentiasa bersiap bersedia dengan sebarang keadaan."
Dhani senyum. Ada sesuatu yang cuba diselindungkan. Kalau hati dah kata mahu, apa cara sekali pun dia sanggup. Walau harga yang mahal harus dia bayar untuk mengangkat Dinie menjadi isterinya. Pun begitu, kisah mereka tidak tamat setelah bergelar suami isteri. Rupanya, Dinie tak pernah belajar dari silapnya sendiri. Kerana satu perkataan curiga, semuanya berantakan. “Sayang, salah ke kalau abang dan Juliana..." "Tak salah?” Dinie memintas. “Tak salah abang kata?" Dinie ulang tanya. "Dinie rasa elok abang pergi sekarang. Tak perlu jelaskan apa-apa. Dinie dah tak nak dengar semua alasan abang!"
Suaranya meninggi. Dhani tergamam. Separuh jiwanya pergi bila dia diingatkan sekali lagi untuk pergi. Seperti biasa, dia mengalah. Kalah dengan air mata si isteri. "Sayang..." "Pergi! Dinie tak nak tengok muka abang lagi!" Apa sebenarnya kisah antara Dhani dan bestfriend forevernya yang bernama Juliana itu yang buatkan hati Dinie membara? Dan apa akan jadi jika Dhani benar-benar pergi meninggalkan si isteri?
No comments:
Post a Comment