Monday, January 25, 2016

Menggamit Kasih Teragung

Tajuk : Menggamit Kasih Teragung
Penulis : Qis Zakirah
Harga : RM27.00
ISBN : 9789675822308
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Apakah cinta dan rasa kasih itu hanya untuk orang kaya, orang cantik, berpangkat dan berharta? Apakah orang miskin, orang susah dan hodoh tidak layak untuk menyintai dan dicintai? Mengapa perasaan itu harus dibezakan?”

Air mata Widya semakin laju berhamburan di pipinya. Dia tidak pernah menyangka rupanya Rizky memandangnya sebegitu tinggi sedangkan selama ini tidak sudah-sudah dirinya dihina dengan bermacam gelaran dan celaan.

“Minta maaf? Mudahnya kau orang nak minta maaf setelah apa yang kau orang lakukan pada aku. Kau orang buat aku macam aku ni tak ada perasaan. Tak ada maruah! Kau orang buat aku tak ubah macam binatang!

Masa kau orang serang aku, ada kau orang fikir tentang hati dan perasaan aku? Maruah aku dipijak dengan begitu hina! Rayuan aku tak dipedulikan. Kau orang caci aku macam-macam. Sekarang senang-senang kau orang nak minta maaf?”

Widya telah jauh berubah. Saat ini Widya sangat kuat pegangan agamanya. Malah dia pernah berjanji untuk mengabdikan dirinya kepada Allah di sepanjang hayatnya.

Dia tidak mahu berpaling lagi daripada landasan taubat yang telah dipilihnya. Dia ingin terus meniti kehidupannya di atas jalan yang lurus bersama keredhaan Allah sehingga ke nafasnya yang terakhir.

Namun tidak semudah itu dia mampu melaluinya. Berkali-kali dia dihina, berkali-kali maruahnya dicalar. Dan yang paling menyedihkan apabila dirinya diaibkan sehingga satu dunia mencaci dan meludah kepadanya. Masjid Al-Insan meninggalkan sejarah suka dan duka di antara Widya dan Rizky hingga terpahat kuat di dalam ingatan mereka. Menggamit Kasih Teragung, hanya pada Yang Maha Esa mereka menyerahkan segalanya.

No comments:

Post a Comment