Friday, August 12, 2016

Piano

Tajuk : Piano
Penulis : Ateen Khalid
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-0874-09-8

Sinopsis
Segalanya bermula apabila Fatih bercuti atas alasan mahu menenangkan fikiran dan meminta sahabatnya, Luthfi menemaninya. Lokasi yang dipilih adalah Cameron Highlands kerana Pak Cik Ehsan baru membeli sebuah banglo beberapa bulan lepas. Dialah yang mencadangkan Fatih ke situ.

Perkata pertama yang menarik perhatian Fatih adalah piano yang berada di satu sudut di dalam banglo itu. Perkara aneh bermula apabila belum sempat dia menyentuh mata piano, Luthfi yang berada di dapur mendengar melodi dari alat muzik itu.

“Eh, mana ada. Dahlah. Hang nak main piano ka, hang nak joget ka, tunggu lepas makan. Lagipun tak sedap la lagu yang hang main tadi. Macam hapa tah. Mendayu-dayu sangat! Hang ingat scene sedih ka apa?” Bebel Luthfi sambil melangkah keluar.

Mata Fatih membulat. Ah, sudah! Hatinya mula terasa ‘sesuatu’. Matanya tertumpu pada piano itu. Bila masa aku main piano? Aku tak sempat pun tekan mata piano tu!

Fatih kemudiannya bermimpi seorang wanita sedang bermain piano. Setelah terjaga, dia turun ke tingkat bawah dan ternampak kertas muzik di music stand. Tatkala dia mula memainkan lagu yang tertulis di atas kertas itu, ada ‘sesuatu’ mula mengganggunya.

Selain itu dia juga terjumpa kotak kayu, di mana di dalam kotak itu ada seutas rantai (rantai yang diberikan oleh Sulaiman kepada Hanim) dan juga kertas muzik yang telah direnyuk, kertas muzik yang not-not tidak dihabiskan dan kertas muzik yang tertulis: habiskan melodi terindah.

Tiga bulan berlalu setelah Fatih meninggalkan Cameron Highlands. Dia diganggu apabila kerap terdengar bunyi piano pada setiap malam. Rupa-rupanya Luthfi turut diganggu.

Akhirnya mereka buat keputusan untuk kembali ke Cameron Highlands dan selesaikan semuanya agar mereka tidak diganggu lagi.

Namun pelbagai cabaran terpaksa diharungi demi menenangkan roh Hanim dan Nazrin.

Berjayakah mereka merungkai rahsia banglo itu? Dapatkah mereka menenangkan roh-roh yang tidak aman itu?

“Kat sini kedai muzik tang mana?”

“Haaa… ada satu kedai yang aku tau, memang famous kedai tu weh sampai pemilik kedai tu pun aku kenal sangat.”

“Kedai siapa?”

“Kedai muzik Abdul Wahub, anak yang bongsu!”

Awak Jealous, Ye?

Tajuk : Awak Jealous, Ye?
Penulis : Piqah Yusof
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0874-11-1

Sinopsis
Hidup sebatang kara setelah menjadi anak yatim piatu membuatkan Balqis mengambil keputusan untuk tinggal bersama mak longnya yang merupakan pembantu rumah di Kuala Lumpur.

Pertemuan pertamanya dengan Faiz, anak sulung majikan mak longnya menanamkan rasa bencinya pada lelaki itu. Sikap ego, panas baran dan sombong Faiz benar-benar membuatkan dia naik menyampah dengan lelaki itu, tetapi sedaya upaya dia bersabar kerana mahu menjaga air muka mak longnya.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila dia terbuang kertas kerja Faiz ketika mengemas bilik bacaan lelaki itu. Dari situ bermulalah pelbagai insiden yang benar-benar menguji kesabarannya.

Faiz, lelaki yang tak pernah percaya pada cinta. Cinta sejati tak pernah muncul dalam kamus hidupnya kerana pangkat, wang, rupa dan kedudukannya menjadi sumpahan untuk dia kenal erti keikhlasan dalam perhubungan. Dia dahagakan cinta sejati. Munculnya Balqis melahirkan satu perasaan aneh dalam hidupnya. Untuk menghilangkan perasaan itu, dia ‘menyeksa’ Balqis. Sikap Balqis yang kelam-kabut, naif dan baik hati itu membuatkan dia semakin seronok mengenakan gadis yang secara diamdiam telah mencuri hatinya.

Luqman, adik kepada Faiz. Karakternya jauh berbeza daripada Faiz membuatkan Balqis senang berada bersamanya. Ditambah pula mereka berkongsi hobi yang sama. Perlahan-lahan Luqman rasakan keserasian lantas cintanya dihulurkan pada gadis idamannya itu.

Antara Faiz dan Luqman. Siapakah yang berjaya menakluki hati Balqis?

“Satu hari aku sedar, aku tersenyum tanpa sebab. Kemudian… barulah aku faham. Kau penyebabnya.”

Aku Simpan Cinta Dia

Tajuk : Aku Simpan Cinta Dia
Penulis : Nana Fiqree
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-0874-14-2

Sinopsis
Cinta Zarif kepada Nurul Iman, cinta dalam diam sejak di alam persekolahan lagi. Takdir menemukan mereka semula setelah bertahun-tahun terpisah apabila mereka bekerja di tempat yang sama.

Namun, jalan cinta mereka tidak mudah apabila Azman terlebih dahulu menyunting Nurul Iman sebagai tunangannya.

Malah, Hajar… si hitam manis yang tidak jemujemu menagih cinta Azman mengeruhkan lagi keadaan.

Menghadap Zarif yang sinis tapi mengambil berat dalam diam membuatkan hati Nurul Iman berada di persimpangan untuk memilih Azman yang kuat cemburu dan sering beralasan ataupun Zarif. Dan Hajar pula berterusan menggoda Azman.

Ya Allah, kecilnya dunia. Lelaki kurus tinggi itu dia? Dia yang menaruh hati pada aku sejak dulu? Rasa macam tak nak percaya.

“Kalau disebabkan perasaan saya, awak buat keputusan ini. Saya janji akan buang perasaan ini Iman. Saya takkan ganggu awak lagi, tapi tolonglah tarik balik surat perletakan jawatan awak tu.” ~ ZARIF

“Keputusan saya langsung tak ada kena-mengena dengan awak. Dan tentang perasaan awak, itu hak awak untuk terus menyimpannya. Tapi untuk saya, perasaan tu tak pernah wujud sejak dari mula kita bertemu lagi. Saya minta maaf.” ~ IMAN

“Kita kahwin. I sanggup bermadu, asalkan hubungan kita sah. Takkan kita nak macam ni sampai bila-bila,” ~ HAJAR

“Memang dia sayangkan I, tapi you ingat dia akan maafkan I kalau dia tahu hubungan kita? Lebih-lebih lagi di waktu sekarang ni. Nanti, tengok muka I pun dia tak ingin.” ~ AZMAN

“Andai seribu tahun lagi aku perlu menanti, waktu itu cukup singkat bagiku kerana aku mencintaimu tanpa pernah lelah.”

Signal Hati

Tajuk : Signal Hati
Penulis : Sha Ibrahim
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0874-13-5
Mukasurat : 712
Berat : 

Sinopsis
“Alamak! Signal hati dah nak kena servis gamaknya!”

Pantang berjumpa pasti Qaisara dan Naqib akan mencetuskan perang mulut yang tiada kesudahan.

“Kau ingat nikah kahwin ni macam gula-gula ke? Boleh rasa-rasa. Eh, kejap! Yang kau tiba-tiba tanya aku soalan ni kenapa? Kau nak kahwin ke? Dan yang paling penting… kenapa perlu tanya aku? Bukan ke kau dengan aku ni ibarat Israel dengan Palestin?” ~ Qaisara

“Yang pasti kau Israel!” ~ Naqib

“Kaulah Israel! Pembuli!”~ Qaisara.

“Eleh… macam kau tak pernah buli aku balik!”~Naqib

Perjalanan hidup Qaisara yang pada mulanya tenang dan aman bertukar menjadi hiruk piruk saat dia dituduh berkhalwat dengan sahabat baiknyaAnas dan terpaksa dikahwinkan. Puas dia merayu, puas dia meraung, namun tiada siapa yang mempercayainya. Saat dia melutut memegang kaki Naqib dan menuntut janji, Naqib pula berlalu pergi.

“Tapi percayalah cakap aku, Sara. Kalau ditakdirkan satu hari nanti, dah tak ada sesiapa untuk kau mengadu nasib, kau boleh datang pada aku. Aku tak akan tinggalkan kau. Aku akan tetap terima kau, walaupun ditakdirkan satu dunia buang dan membenci kau. Itu janji aku, Sara.” ~ Naqib

“Naqib… kau tak boleh buat aku macam ni? Kau tak boleh tinggalkan aku. Kau kena pujuk ma supaya percayakan aku. Kau kena yakinkan ayah yang aku tak salah dalam hal ni. Tolong aku, Naqib. Kau tak kesiankan aku ke? Naqib! Buka pintu! Tolong aku! Naqib!” ~ Qaisara

Tanpa disangka-sangka, Naqib sepupu merangkap musuh ketat Qaisara melamar Qaisara untuk menjadi isterinya. Lamaran yang pada mulanya ditolak oleh Qaisara terpaksa diterima disebababkan alasan yang tertentu.

Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh oleh Naqib sepanjang menjadi suami Qaisara. Dan bagi Qaisara, Naqib yang dulunya sepupu dia jauh sangat bezanya dengan Naqib yang sudah menjadi suaminya kini.

Akhiri Penantianku

Tajuk : Akhiri Penantianku 
Penulis : Anna Milia
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0874-16-6
Mukasurat : 496
Berat :

Sinopsis
Airin dan Ilhan Ruiz disatukan atas desakan Datin Yasmin. Perkahwinan ini tidak menghalang Ilhan Ruiz untuk terus bersama dengan Anita. Dan Ilhan Ruiz tersepit apabila Airin dan Anita hamil.

“Kau pukul dia tadi, kan? Sekarang kau pulak rasa sakitnya. Berani kau kata anak kami anak haram. Anak yang aku suruh gugur itulah anak haram. Anak yang aku tak nak tengok lahir berbinkan aku. Kau ingat satu perkara ni Airin. Tanamkan dalam otak kau. Talak pada kau akan jatuh sebaik saja aku bernikah dengan Anita.” ~ ILHAN RUIZ

Dalam satu pertengkaran di antara Airin dan Anita, Ilhan Ruiz memihak kepada Anita lalu Airin membawa diri apabila Ilhan Ruiz melafazkan cerai taklik.

Izinkan Airin pergi. Ampunkan dosa Airin dan halalkan semuanya. Airin harap encik tak lupa solat walaupun Airin dah tak ada untuk siapkan semua ni selepas ini.

Beberapa tahun kemudian, Airin kembali mencari Ilhan Ruiz demi menyelamatkan nyawa anak mereka, Aqil yang disembunyikan kelahirannya daripada Ilhan Ruiz.

Kehadiran Aqil memberi nafas baru dalam diri Ilhan Ruiz. Agenda diatur untuk memiliki Aqil. Untuk mendapatkan Aqil, dia perlu mendapatkan Airin terlebih dahulu.

Namun, Malik dan Sania mengganggu rancangan Ilhan Ruiz untuk menjernihkan semula hubungannya dengan Airin.

“Hati… sabarlah menanti luahan kata cinta daripada dirinya.”

Aku, Fall In Love!

Tajuk : Aku, Fall In Love! 
Penulis : Nozi Danisya
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-0874-15-9
Mukasurat : 856
Berat :

Sinopsis
Airin dan Ilhan Ruiz disatukan atas desakan Datin Yasmin. Perkahwinan ini tidak menghalang Ilhan Ruiz untuk terus bersama dengan Anita. Dan Ilhan Ruiz tersepit apabila Airin dan Anita hamil.

“Kau pukul dia tadi, kan? Sekarang kau pulak rasa sakitnya. Berani kau kata anak kami anak haram. Anak yang aku suruh gugur itulah anak haram. Anak yang aku tak nak tengok lahir berbinkan aku. Kau ingat satu perkara ni Airin. Tanamkan dalam otak kau. Talak pada kau akan jatuh sebaik saja aku bernikah dengan Anita.” ~ ILHAN RUIZ

Dalam satu pertengkaran di antara Airin dan Anita, Ilhan Ruiz memihak kepada Anita lalu Airin membawa diri apabila Ilhan Ruiz melafazkan cerai taklik.

Izinkan Airin pergi. Ampunkan dosa Airin dan halalkan semuanya. Airin harap encik tak lupa solat walaupun Airin dah tak ada untuk siapkan semua ni selepas ini.

Beberapa tahun kemudian, Airin kembali mencari Ilhan Ruiz demi menyelamatkan nyawa anak mereka, Aqil yang disembunyikan kelahirannya daripada Ilhan Ruiz.

Kehadiran Aqil memberi nafas baru dalam diri Ilhan Ruiz. Agenda diatur untuk memiliki Aqil. Untuk mendapatkan Aqil, dia perlu mendapatkan Airin terlebih dahulu.

Namun, Malik dan Sania mengganggu rancangan Ilhan Ruiz untuk menjernihkan semula hubungannya dengan Airin.

“Hati… sabarlah menanti luahan kata cinta daripada dirinya.”

Ego Langit Ketujuh

Tajuk : Ego Langit Ketujuh
Penulis : Aesya Azahar
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-0874-21-0
Mukasurat : 464
Berat : 

Sinopsis
Qiesya Qistina, gadis berusia dua puluh tahun yang tidak pernah serius dalam hidupnya dipaksa untuk menyambung pengajian di sebuah universiti atas pilihan orang tuanya sendiri. Di situ, dia mula tertarik dengan seorang pensyarah muda yang bijak dan berkarisma… Sir Hazran.

Namun, perangai Qiesya yang selalu bermain di dalam kelas sering kali mengundang kemarahan Sir Hazran dan Miss Alia. Qiesya mula tidak senang hati apabila mendapat tahu Miss Alia turut menaruh hati terhadap lelaki pujaan hatinya tu. Dan dia semakin resah apabila Sir Hazran meletakkan jawatan untuk mengambil alih syarikat ayahnya. Namun, kerana egonya yang tinggi melangit, Qiesya berpura-pura seolah-olah semua itu tidak terkesan di hatinya.

Dapatkah seorang gadis yang sentiasa bertuankan egonya kecapi bahagia? Bagaimana reaksi Qiesya apabila mengetahui siapa Sir Hazran yang sebenarnya? Sanggupkah Qiesya merendahkan egonya semata-mata kerana seorang lelaki?

Antara cinta di hati dan ego yang menguasai diri, yang mana dia turutkan?

“Bila ego itu kau pegang terlalu kuat… sampai satu saat kau akan lemas!”