Friday, August 12, 2016

Awak Jealous, Ye?

Tajuk : Awak Jealous, Ye?
Penulis : Piqah Yusof
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0874-11-1

Sinopsis
Hidup sebatang kara setelah menjadi anak yatim piatu membuatkan Balqis mengambil keputusan untuk tinggal bersama mak longnya yang merupakan pembantu rumah di Kuala Lumpur.

Pertemuan pertamanya dengan Faiz, anak sulung majikan mak longnya menanamkan rasa bencinya pada lelaki itu. Sikap ego, panas baran dan sombong Faiz benar-benar membuatkan dia naik menyampah dengan lelaki itu, tetapi sedaya upaya dia bersabar kerana mahu menjaga air muka mak longnya.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila dia terbuang kertas kerja Faiz ketika mengemas bilik bacaan lelaki itu. Dari situ bermulalah pelbagai insiden yang benar-benar menguji kesabarannya.

Faiz, lelaki yang tak pernah percaya pada cinta. Cinta sejati tak pernah muncul dalam kamus hidupnya kerana pangkat, wang, rupa dan kedudukannya menjadi sumpahan untuk dia kenal erti keikhlasan dalam perhubungan. Dia dahagakan cinta sejati. Munculnya Balqis melahirkan satu perasaan aneh dalam hidupnya. Untuk menghilangkan perasaan itu, dia ‘menyeksa’ Balqis. Sikap Balqis yang kelam-kabut, naif dan baik hati itu membuatkan dia semakin seronok mengenakan gadis yang secara diamdiam telah mencuri hatinya.

Luqman, adik kepada Faiz. Karakternya jauh berbeza daripada Faiz membuatkan Balqis senang berada bersamanya. Ditambah pula mereka berkongsi hobi yang sama. Perlahan-lahan Luqman rasakan keserasian lantas cintanya dihulurkan pada gadis idamannya itu.

Antara Faiz dan Luqman. Siapakah yang berjaya menakluki hati Balqis?

“Satu hari aku sedar, aku tersenyum tanpa sebab. Kemudian… barulah aku faham. Kau penyebabnya.”

No comments:

Post a Comment