Tajuk : Piano
Penulis : Ateen Khalid
Harga : RM20.00
ISBN : 978-967-0874-09-8
Sinopsis
Segalanya bermula apabila Fatih bercuti atas alasan mahu menenangkan fikiran dan meminta sahabatnya, Luthfi menemaninya. Lokasi yang dipilih adalah Cameron Highlands kerana Pak Cik Ehsan baru membeli sebuah banglo beberapa bulan lepas. Dialah yang mencadangkan Fatih ke situ.
Perkata pertama yang menarik perhatian Fatih adalah piano yang berada di satu sudut di dalam banglo itu. Perkara aneh bermula apabila belum sempat dia menyentuh mata piano, Luthfi yang berada di dapur mendengar melodi dari alat muzik itu.
“Eh, mana ada. Dahlah. Hang nak main piano ka, hang nak joget ka, tunggu lepas makan. Lagipun tak sedap la lagu yang hang main tadi. Macam hapa tah. Mendayu-dayu sangat! Hang ingat scene sedih ka apa?” Bebel Luthfi sambil melangkah keluar.
Mata Fatih membulat. Ah, sudah! Hatinya mula terasa ‘sesuatu’. Matanya tertumpu pada piano itu. Bila masa aku main piano? Aku tak sempat pun tekan mata piano tu!
Fatih kemudiannya bermimpi seorang wanita sedang bermain piano. Setelah terjaga, dia turun ke tingkat bawah dan ternampak kertas muzik di music stand. Tatkala dia mula memainkan lagu yang tertulis di atas kertas itu, ada ‘sesuatu’ mula mengganggunya.
Selain itu dia juga terjumpa kotak kayu, di mana di dalam kotak itu ada seutas rantai (rantai yang diberikan oleh Sulaiman kepada Hanim) dan juga kertas muzik yang telah direnyuk, kertas muzik yang not-not tidak dihabiskan dan kertas muzik yang tertulis: habiskan melodi terindah.
Tiga bulan berlalu setelah Fatih meninggalkan Cameron Highlands. Dia diganggu apabila kerap terdengar bunyi piano pada setiap malam. Rupa-rupanya Luthfi turut diganggu.
Akhirnya mereka buat keputusan untuk kembali ke Cameron Highlands dan selesaikan semuanya agar mereka tidak diganggu lagi.
Namun pelbagai cabaran terpaksa diharungi demi menenangkan roh Hanim dan Nazrin.
Berjayakah mereka merungkai rahsia banglo itu? Dapatkah mereka menenangkan roh-roh yang tidak aman itu?
“Kat sini kedai muzik tang mana?”
“Haaa… ada satu kedai yang aku tau, memang famous kedai tu weh sampai pemilik kedai tu pun aku kenal sangat.”
“Kedai siapa?”
“Kedai muzik Abdul Wahub, anak yang bongsu!”
No comments:
Post a Comment