Tuesday, August 23, 2016

Bahasa Arab : Perbualan Harian

Tajuk : Bahasa Arab : Perbualan Harian
Penulis : Zain Y.S. 
Harga : RM9.00
ISBN :  9789830993706 
Mukasurat : 122
Berat : 365g

Sinopsis
Buku ini memuatkan pelbagai contoh dialog di dalam tiga bahasa iaitu bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Oleh itu, selain dari penguasaan bahasa Arab sebagai matlamat utamanya, para pembaca juga secara tidak langsung akan dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. 
Semua dialog dipilih berdasarkan kesesuaian dan keperluan pembaca tempatan sama ada semasa berada di Malaysia atau di negara-negara Arab. Susunan tajuk dibuat berdasarkan urutan asas dialog yang dimaklumi. Justeru, la dapat menarik hati pembaca untuk terus membaca sehingga halaman yang terakir. 
Selain itu, sebahagian dari dialognya sesuai untuk digunakan untuk urusan-urusan harian semasa berada di negara Arab seperti di Makkah dan Madinah. Antaranya dialog dengan pegawai kastam, dialog dengan pemandu bas dan teksi dialog dengan agensi perlancongan dan banyak lagi. 
Semoga ia akan dapat memberi manfaat yang banyak buat para pembaca budiman. 
Umar r.a. pernah berkata: "Pelajarilah bahasa Arab, ia dapat meningkatkan minda dan harga diri" (Kanz Al-Ummal)

No comments:

Post a Comment