Wednesday, August 17, 2016

Seindahmu

Tajuk : Seindahmu
Penulis : Tina Derika
Harga : RM33.00
ISBN : 978-967-0246-67-3

Sinopsis
“Sama ada kau kena berubah sikap, atau kahwin dengan Zinnirah. Bila sebut pasal ubah sikap maknanya, kau tak bolehlah pergi kelab, berfoya-foya dengan Sofia.”

Malangnya Danial Zakhan, pewaris syarikat perkapalan yang suka bersosial dan berhibur itu tidak berjaya mengubah sikap buruknya. Dato Abdullah, papanya Danial menganggap hanya Zinnirah yang mampu mengubah Danial Zakhan.

Siapa Zinnirah? Pada Danial, perempuan itu hanya anak pemilik kedai runcit kampung. Memang tiada apa yang indah pada wanita kampung itu. Lainlah Sofea Eryna, kekasih hatinya selama bertahun-tahun, yang seksi bergaya dan tinggi darjatnya. Lantas perkahwinan dia dengan Zinnirah disembunyikan daripada khalayak, juga Sofia Eryna.

“Selama kau belajar kat U, kau tak ada boy-friend?”

“Belum pernah ada. Saya tak pernah terfikir lagi.”

“Huh! Tak pernah ada boy-friend, dah mengada-ada nak kahwin. Menggatal!”

Dan Zinnirah hanya terkedu. Dalam hati seorang Zinnirah, dia tertarik kepada keindahan alunan piano yang dimainkan oleh Danial Zakhan, juga tertarik kepada lelaki kacak yang sudah bergelar suaminya itu. Tetapi isteri mana yang tidak sakit apabila suaminya bertunang dengan perempuan lain?

“Zira... Kau tahu buat Cheese Cake?”

“Kek tu awak nak buat apa?”

“Untuk hantaran TUNANG. Aku nak bagi kek untuk Sofia… Kek tunang aku tu mesti sedap. Okey? ”

“Alright, Encik Danial. Saya akan buat yang paling sedap.”

Rupa-rupanya secara tidak sengaja Danial Zakhan telah berusaha membuat Zinnirah cemburu dan sakit hati. Namun tidak berjaya. Mengapa? Kerana perempuan itu Zinnirah!

Setelah membaca selembar surat usang itu, barulah Danial Zakhan menyedari indahnya Zinnirah yang dimilikinya. Namun, semuanya sudah terlambat apabila perkahwinannya dengan Sofea Eryna bakal berlangsung tidak lama lagi. Di tambah pula dengan Adam, majikan Zinnirah yang bersungguh-sungguh ikhlas mencintai isteri rahsianya itu. Mungkinkah mereka bersama? Kini… apa yang tercetus dalam hati, hanya mampu membuatkan sayup-sayup melodi jantung mereka degup menyebut… Seindahmu…

No comments:

Post a Comment