Tajuk : Bukan Dua, Tapi Tiga?
Penulis : Azimah Lily
Harga : RM31.00
ISBN : 978-967-0567-44-0
Sinopsis
Setelah 26 tahun membawa diri ke kota London, Munirah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia bersama anak-anaknya Aleya,
Alisa dan Alina untuk berjumpa dengan suaminya, Dato Syed Mohd Kadir yang sebelum ini tidak mengetahui akan kelahiran tiga puteri
kembarnya selepas dia menghalau keluar Munirah dari rumahnya.
“For what? Kenapa kita nak jumpa dia? Kewujudan kita pun dia tak tahu. Tak ada faedah pun. Bukannya dia kenal kita. After all this time,
ibu yang besarkan kita. Dia tak mainkan apa-apa peranan pun.” – NUR ALEYA.
“Kenapa tiba-tiba saja kita perlu terima dia dalam hidup kita? Selama 25 tahun kita tinggal di London, ada tak dia cari ibu? Ada tak?
Tak! Tak berbaloi kita buat baik dengan orang seperti itu.” – NUR ALISA.
“Dia tu abah kita! Walau apapun kesalahan abah, dia tetap abah kita. Ayah kandung kita.” – NUR ALINA.
Akhirnya hanya Alina pulang bersama Munirah untuk berjumpa dengan Dato Syed Mohd Kadir. Kewujudan Alina diterima baik oleh
Dato Syed Mohd Kadir yang menyangka Alina ialah anak tunggalnya. Namun, kehadiran mereka berdua tidak disenangi oleh isteri
kedua Dato Syed Mohd Kadir, Kartika kerana bimbang kedudukannya tergugat. Yang pasti, harta dan syarikat milik Dato Syed Mohd
Kadir akan diwarisi oleh Alina kerana Alina satu-satunya zuriat kandungnya yang ada.
Keadaan bertambah rumit selepas permintaan Munirah untuk bercerai tidak dipersetujui oleh Dato Syed Mohd Kadir yang ingin
memulakan kisah hidupnya dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama wanita yang dahulunya dibenci dan kini dicintainya sepenuh
jiwa.
Kerana terlalu bimbang keselamatan Munirah dan Alina, Aleya dan Alisa menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Malaysia. Laut
yang tenang pasti akan bergelora dengan kehadiran Aleya dan Alisa. Ada saja cara mereka berdua lakukan agar Munirah dan Dato
Syed Mohd Kadir tidak bersatu semula. Kehadiran Tengku Iskandar, Dr. Nazri dan Zahari kononnya seperti The Three Musketeers
yang sentiasa berada di samping Dato Syed Mohd Kadir seringkali menggagalkan rancangan Aleya dan Alisa.
Lalu dapatkah Dato Syed Mohd Kadir mengetahui kewujudan dua lagi anaknya? Berjayakah Aleya dan Alisa memisahkan ibu bapa
mereka? Mampukah Dato Syed Mohd Kadir memiliki semula cinta wanita yang pernah disakiti dan dilukai selepas 26 tahun?
untuk tempahan: whatsapp/sms/telegram 0111 5004915
No comments:
Post a Comment