Thursday, March 24, 2016

Biar Hati Berbisik Rindu

Tajuk : Biar Hati Berbisik Rindu  
Penulis : Zuri Yanie
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0870-14-4 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Mulai saat ini, Raof gantung Nina tanpa tali. Nina bebas ke mana saja Nina pergi tetapi bukan untuk mendampingi lelaki lain. Mungkin ini harga yang perlu Nina bayar kerana menidakkan Raof sebagai suami Nina yang sah.” – Raof

Kata orang putih, “If you love someone, set him free.” Ya, kerana Nina mencintai Raof Nina terpaksa bertindak gila. Berkahwin hanya satu malam kemudian meminta perpisahan keesokkan harinya. Kalaulah Raof tahu sebab tindakan Nina ni…

Lima tahun mereka berpisah, musim bunga menemukan mereka kembali di tanah England. Kali ini Raof merayu minta Nina kembali ke sisi tetapi malangnya perasaan Nina terhadap Raof sudah lama mati.

“Raof cintakan Nina. Raof tak boleh hidup tanpa Nina. Balik ke pangkuan Raof semula, ya?”- Raof
“Nina dah tak cintakan Raof. Perasaan Nina dah lama mati untuk Raof. Raof berhak untuk dapatkan orang yang lebih baik dari Nina untuk dijadikan isteri.” - Nina
“Raof cuma nak berada di sisi Nina. Raof nak hidup dengan Nina. Kita belum pun lagi mencuba. Raof tak nak mengalah awal.” – Raof

Adakala hidup ini terlalu sukar untuk dilakarkan. Perkahwinan Raof dan Nina sepatutnya menyatukan dua hati. Tapi hakikatnya, ia sangat memeritkan.

Nina masih Nina yang sama. Cuma yang membezakannya adalah kisah hidupnya yang sarat duka. Bagi Nina, rindunya hanya untuk Raof, walaupun hanya hati yang berbisik. Tapi, akan setiakah Raof bersamanya jika lelaki itu tahu sejarah hitam miliknya? Atau, Raof akan pergi membawa hati yang kecewa?


Bercinta Selepas Nikah

Tajuk : Bercinta Selepas Nikah
Penulis : Aiman Azlan
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-86-0628-8
Mukasurat : 184
Berat : 250g

Sinopsis
Buku ini diangkat penulisannya dari page FB BERCINTA SELEPAS NIKAH dan dipersembahkan dalam bentuk buku. Ia membahaskan isu-isu yang kerap berbangkit, yang melibatkan persiapan rohani dan jasmani sebelum melangkah ke alam rumah tangga. Buku ini sesuai untuk dijadikan panduan kepada anak muda dalam memperhalus tanggapan mereka terhadap diri sendiri, calon pasangan dan perkahwinan.

Wednesday, March 23, 2016

Cerita Dari Langit

Tajuk : Cerita Dari Langit
Penulis : Ibnu Rijal
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-86-0609-7
Mukasurat : 232
Berat : 300g

Sinopsis
Mengapa Nabi dibawa ke Masjidil Aqsa sebelum dimikrajkan ke langit?
Kenapa baginda menunggang Buraq dan diiringi Jibril sepanjang perjalanan itu?
Golongan apakah yang Nabi lihat sedang memotong lidah dan memecahkan kepala mereka sendiri?

CERITA DARI LANGIT merungkai hikmah setiap peristiwa yang dilihat dan dilalui oleh Rasulullah SAW sepanjang perjalanan pada malam Israk dan Mikraj. Penceritaan secara lengkap serta berturutan berdasarkan sumber yang muktabar lagi sahih. Lalu, dianalisa antara logik iman dan akal bagi dijadikan sebagai pengajaran untuk kita meneruskan kehidupan.

Ingat… Israk dan Mikraj bukan kisah pengajaran sebelum tidur, tetapi ia kisah iktibar sebelum mati! Malah bukan sekadar naratif kepada umum kerana ia adalah sirah baginda yang dibuktikan kesahihannya di dalam al-Quran.


Antara kandungan menarik:

    Bahana Riba
    Empat Jahanam!
    Penzina Muhksan
    Hisab Yang Lesap
    Kotakan Setiap Kata
    Zuhud: Kawal Duniamu!
    Luasnya Keampunan ILAHI
    Pemurah ALLAH Tiada Had
    Terpadamnya Obor Sang Ifrit
    Status Duniawi VS Darjat Ukhrawi


Tuesday, March 22, 2016

Ceritera Haji Wartawan Al-Quran : Tuhan, Kami Datang…

Tajuk : Ceritera Haji Wartawan Al-Quran : Tuhan, Kami Datang…
Penulis : Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz, Dr. Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-411-841-9
Mukasurat : 296
Berat :

Sinopsis
Ceritera Haji Wartawan Al-Quran - Tuhan, Kami Datang... adalah sebuah catatan travelog haji. Ia mengandungi kisah-kisah pendek yang menarik, dan dikaitkan dengan tafsir Al-Quran.

Isi Kandungan
Prakata 1
Prakata 2
Tip Mudah Mendapat Haji Mabrur
Rahsia dan Hikmah Haji



BAB 1: KISAH SEBELUM HAJI 1436H
Empat Hari Berbaki
Terkena Mukjizat Nabi Ibrahim a.s.
Doa supaya Mendapat Jemputan Istimewa daripada Allah s.w.t.
20 Visa Ihsan dan Rahsia Doa
Lembut Hati Encik Polis Trafik
Perlu Berangkat Pagi Ini!
Tragedi Visa KT65
Pulang Kembali ke Rumah
Kisah Pasport dan Hari Khamis yang Tragis
Ujian Kecil di UTC Keramat
Keajaiban Doa Musibah
Insya Allah, Belanja Haji akan Berganti
Haji Berlari-Lari pada Hari Jumaat


BAB 2: KISAH DALAM DAN SELEPAS HAJI 1436H (PENGALAMAN YANG TIADA GANTI)
Isytihar Pemergian Haji, Adakah Relevan?
Tadabbur Ayat Haji pada Hari Tarwiyah
Sesi 'Kultuj' dengan Isu Dua Akhirat Bernisbah Satu Dunia
Tazkirah Tafsir di dalam Khemah Arafah
Doa yang Disimpan Allah s.w.t. Sebagai Bekal Menghadapi Ujian Haji
Bisikan Syaitan di Tanah Suci
Sujud adalah Nikmat yang Begitu Besar
Keajaiban Sang Angin dalam Sesi Taaruf Jemaah Haji
Ceramah Muhasabah selepas Haji: Haji Bukan Sekadar Gambar dalam Bingkai Gambar
Muhasabah selepas Haji: Rinduilah Rumah Ini
Nasihat Ustaz Pahrol dari Atas Bumbung Masjidil Haram
Keajaiban Doa di Tanah Suci: Bertemu Khadijah dan Melihat Kren Runtuh?
Pakej VVIP Tidak Mendapat Nikmat Ibadat Haji?
Tauhid adalah Visa ke Syurga
Ekspedisi Gua Hira': Bukit dan Wahyu
Bonda Rahimah Binti Mat Esa Dijemput oleh Allah s.w.t.
Contohi Ahli Al-Quran dari Algeria Ini jikalau Mahu Hafazan Kamu Mantap
Al-Quran adalah Cahaya dan Gerbang Utama Mengenal Allah s.w.t.
Pahala Mudah dengan Memberi Air
Tanah Suci yang Memurahkan Tangisan
Kebangsaan Menjadi Lebur di Tanah Suci Makkah
Bahaya Kesesatan dan Kegelapan Jiwa Disuluh Terang oleh Syeikh As-Sudais
Apabila Muslim Askole, Shigar Baltistan Bertemu Muslim Malaysia
Ayat yang Lazat tentang Kasih Ibu Bapa, Usia 40, dan Kesederhanaan Hidup
Keadilan dan Kekuasaan Allah s.w.t. dalam Gambaran Biji Kurma


BAB 3 – NOTA HAJI DI MADINAH
Kisah Kewafatan Rasulullah s.a.w.
Kubur Nabi Isa a.s. di Madinah?
Ahli Masjid Quba' Dipuji kerana Kebersihan Mereka yang Luar Biasa
Tukar Perigi dan Nikmat Kebun Kurma dengan Syurga
Postmorterm Uhud: Dunia adalah Ujian untuk Semua Manusia
Si Tempang yang Kekal Utuh Jasadnya selepas 46 Tahun
Kisah Orang Mengantuk dalam Perang Badar dan Uhud
Kisah Mubahalah Nasrani dan Yahudi di Madinah
Cerita Bawang dan Rokok di Masjid Nabawi


BAB 4 – SELEPAS HAJI DAN PENUTUP
Saf Solat dan Penutup Haji yang Manis
Sayap Kapal Terbang dan Sayap Malaikat
Terima Kasih Allah s.w.t. kerana Menyelamatkan Kami
Penutup dan Istiqamah selepas Haji

Thursday, March 17, 2016

Karma

Tajuk : Karma
Penulis : Resmanshah
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0700-1
Mukasurat : 528
Berat : 400g

Sinopsis
Di sebalik semua golongan manusia di Bumi, wujud satu golongan yang dipanggil sebagai ‘Penyeru’. Mereka ini mempunyai kebolehan untuk menyeru makhluk yang mempunyai kekuatan yang luar biasa. Mampu membunuh manusia dalam sekelip mata. Namun di antara semua Penyeru, wujud lima Penyeru yang dipanggil sebagai ‘Penyeru Agung’. Makhluk yang diseru oleh Penyeru Agung ini adalah yang paling kuat dan ganas. Tidak terlawan oleh mana-mana makhluk seruan biasa.

Pada kurun ke-14, kesemua lima Penyeru Agung wujud di Tanah Melayu. Menjadikan Tanah Melayu kuasa yang digeruni. Namun menjelang kurun ke-17, kuasa barat datang dan telah merampas kuasa Penyeru Agung. Kini, tiga kuasa Penyeru Agung dikesan berada di Israel, Iran dan Amerika. Menjadikan tiga negara itu antara kuasa besar di dunia. Namun dua lagi kuasa Penyeru Agung tidak ketahui akan lokasinya.

Sehinggalah Amerika akhirnya berjaya mengesan lokasi salah satu daripada dua kuasa yang telah hilang. Ianya berada di Malaysia. Perdana Menteri Amerika telah melancarkan satu misi sulit untuk menjejak dan merampas kuasa itu. Dia mahu menjadi kuasa paling besar di dunia.  Di luar pengetahuan semua Penyeru, kuasa yang diburu Amerika itu dipegang oleh seorang gadis bernama Zara. Namun gadis itu tidak tahu yang dia mewarisi kuasa yang sangat besar dari arwah ibunya. Julianshah cuba melindungi Zara. Namun dia hanyalah seorang editor novel.

Mampukah Zara menghadapi semua ancaman? Siapa yang benar-benar boleh melindunginya? Di manakah satu lagi kuasa berada?  Semuanya jawapan terkandung di dalam novel ini.

Tuesday, March 15, 2016

Awekku Kembar

Tajuk :  Awekku Kembar
Penulis : Rosa Nur Imani, Siti Rozilah
Harga : RM25.90
ISBN : 978-967-0535-97-5

Sinopsis
ANNESSA dan Adeela bertuah kerana dilahirkan dari rahim yang sama. Sebagai pasangan kembar seiras, hubungan mereka berdua terlalu akrab bagai tidak dapat dipisahkan lagi. Namun takdir sentiasa muncul untuk menguji. Apabila Adeela tiba-tiba hilang kerana diculik maka bermulalah sebuah pencarian.

Hidup Annessa sudah tidak lagi berjumpa tenang. Dia sering diganggu oleh visi dan mimpi yang seolah-olah hadir sebagai petunjuk untuk memberitahu siapakah penculik dan di manakah adiknya disembunyikan. Ketika itulah dia bertemu dengan Tengku Najib. Lalu hati saling terpaut.

Namun cinta mereka adalah cinta yang dilatari tragedi. Tanpa disedari jejaka itu, Annessa ada agendanya sendiri. Dirinya dipergunakan Annessa dalam usaha untuk menjejaki kembarnya yang hilang.

Firasatnya selama ini benar belaka. Maka terbongkarlah sebuah rahsia. Yang menculik dan memperkosa adik kembarnya tidak lain dan tidak bukan ialah Tengku Amirul, bapa saudara Tengku Najib sendiri. Lantas terkulailah bibit-bibit cinta yang baru hendak berputik. Bagaimanakah akhirnya kisah cinta mereka? Apakah terputus di tengah jalan atau ada bahagia di penghujung cerita?

Petikan Dialog:

“Aku ni dah rosak, Anne. Dah rosak! Siapa yang nak kawan dengan aku?” – Adeela.

“Kita ni sedarah sedaging, Deela. Kau tu adik kembar aku. Takkan aku sanggup mengguris hati kau? Najib tu orang luar. Dia tak penting pun dalam hidup aku. Tapi kau... kau penting dalam hidup aku, Deela!” – Annessa.

“Memang betul dulu aku ada ramai perempuan tapi mereka tu semuanya tak penting. Sekadar teman untuk bersuka-ria. Anne lain. Anne amat bermakna pada diriku.” – Tengku Najib.

Tuesday, March 8, 2016

Barongan

Tajuk : Barongan
Penulis : Naim Tamdjis
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-446-252-9
Mukasurat : 512
Berat : 400g

Sinopsis
Kyra, seorang anak yatim yang dijaga oleh keluarga pak ciknya selepas kematian ayah dan ibunya. Kyra seorang yang lurus dan nerd serta tidak dilayan dengan baik oleh mak ciknya.

Kyra menyambung pelajaran di Universiti Malaysia yang terletak di Sepang. Dari hari pertama, pelbagai perkara pelik dan gangguan yang berlaku sehinggalah Kyra dan kumpulannya ditugaskan untuk membuat penyelidikan mengenai barongan. Berlaku satu peristiwa sehingga Krya berubah menjadi lebih kejam dan pendendam. Seorang demi seorang yang pernah mengusik Krya termasuk yang membunuh kawan baiknya, Ezah tidak akan terlepas daripada dendamnya.

Cif Inspektor Arisya telah ditugaskan untuk menyiasat pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku. Manakala Ekmal pula telah kembali selepas melarikan diri ke luar negara dan cuba mendekati Cif Inspektor Arisya semula. Apakah yang merasuk Kyra sehingga dia menjadi pendendam dan kejam? Siapakah yang akan dibunuh seterusnya?

“Hutang darah dibalas dengan darah!” ~ Ezah.

“Kamu dah dirasuk syaitan. Ni semua tipu daya syaitan!” ~ Sally

“Hati dia ni busuk dan kotor. Ni bukan hati manusia! Aku akan cincang hati dia ni!” ~ Kyra

“Dia belum kenal aku siapa. Aku akan buat dia merana!” ~ Amera

Friday, March 4, 2016

Janji Tak Buat Lagi

Tajuk : Janji Tak Buat Lagi
Penulis : Izma Qahiera
Harga : RM25.00
ISBN : 9789671289235

Sinopsis
"Aduh alamak! Habis basah baju. Macam mana awak jalan ni?" ~ Fatin
"Maafkan saya, awak yang langgar saya dulu. Nah, ambil tisu ni." ~ Kamal

Lantai takdir telah menemukan Kamal Akasyah seorang peguam muda dan gadis 19 tahun, Fatin Syuhada. Perlanggaran tanpa sengaja telah menjentik rasa aneh di hati kamal, namun tidak bagi Fatin.

Dalam usaha menembusi benteng hati Fatin, ada sahaja halangan yang perlu ditempuhi oleh Kamal. Lina, seorang gadis yang terlalu obses untuk memiliki Kamal. Sentiasa hadir mengganggu gugat keharmonian cinta mereka yang sedang berputik.

"Kamal, Lina nak pergi sekolah ni. You duduk rumah diam-diam tau. Jangan nakal-nakal. I love you...ummmuuah!" ~ Lina

Di saat cinta suci mereka direstui keluarga, ujian datang lagi mengetuk tangkai hati. Ika, sepupu dan juga bekas tunangan Kamal, muncul dan lantas merentap kebahagiaan yang mula dirasai. Ika menagih semula kasih yang pernah terputus. Mendesak Kamal agar mereka disatukan.

"Aku dan Kamal akan berkahwin tak lama lagi." ~ Ika
"Umi dan abah dah bersetuju untuk menyambung semula pertunangan Kamal dan Ika. Umi harap Fatin faham. Dia orang pernah bertunang dulu." ~ Umi

Demi sebuah tanggungjawab dan membayar semula budi yang pernah diterima, Kamal terpaksa melupakan janji yang diikat bersama Fatin. Tanpa bicara, tanpa kata, Fatin ditinggalkan. Hati yang lara dibawa jauh.

"Ya Allah, bantulah hamba mu yang lemah ini melupakan dia. Dia sudah bahagia dengan jalan yang dia pilih. Izinkanlah aku bahagia dengan pilihan yang telah ku buat ini Ya Allah." ~ Fatin

Meleraikan cinta hati adalah tidak bagi Kamal. Namun, untuk menerima semula janji yang pernah dibuat oleh lelaki itu juga adalah sukar bagi Fatin Syuhada. Perjalanannya masih jauh kerana langkah nya pernah terhernti. Adakah lagi ruang untuk Kamal menetap di hati Fatin? Dan, mampukah Ika merebut cinta Kamal agar tidak beralih darinya? Apakah Kamal mampu membuat pilihan sekali lagi?

Agungnya Cinta

Tajuk : Agungnya Cinta
Penulis : Dalila Sofea
Harga : RM35.00
ISBN : 9789671289228

Sinopsis
Mengatakan tidak kepada mama tersayang, adalah mustahil bagi Zara Sofea. Demi itu, kewujudan cinta yang baru berputik di hatinya terpaksa dikuburkan. Cinta agung mama tersayang kepada bekas kekasih yang tidak kesampaian itu perlu diteruskan. Zara Sofea mengorbankan cintanya terhadap Amirul demi melihat kelangsungan percintaan mama dan Datuk Iskandar Hisham di dalam bentuk yang berbeza. Mereka mahu menjadi besan. Demi mama, Zara Sofea belajar mencintai anak bekas kekasih mamanya itu.

"So, jadilah ni, RM30,000? RM15,000 sorang?”~Dato Iskandar
"Yalah, kita kongsi hantaran. Harapkan depa, susahlah.” ~Baizura

Benarlah kata orang, restu ibu bapa itu membawa berkat. Cinta akhirnya muncul juga di hati Zara Sofea terhadap Iqram.
"Iqram sayang Fea banyak mana?” ~ Zara Sofea

"Banyaklah. Mana boleh hitung benda tu. Ni asyik tanya sayang Iqram, sayang Fea macam mana pula?”~Iqram

Namun, apakah ertinya cinta jika tiada derita? Tiada ujian dan airmata? Datin Ira muncul meranapkan mahligai yang hampir digapai oleh Zara Sofea bersama Iqram Haris. Cinta mereka jatuh menyembah bumi.
"Tinggalkan keluarga itu. Tinggalkan Iqram!”~Baizura

"Mama! Fea cintakan Iqram. Tergamak mama tengok Iqram dalam keadaan begitu tanpa Fea? Mama tak sayangkan Iqram? Bukankah mama yang mahu melihat cinta kami bersatu?”~Zara Sofea

Cinta agung yang diharapkan oleh Zara Sofea terlalu sukar dimiliki. Bahagia yang dicipta untuknya hanya sekadar mimpi indah. Dalam kesamaran, dia mencari kebahagian. Mampukan bahagia menjadi miliknya? Dalam kekalutan, dia mencari kembali jalan pulang. Adakah rindu lama kembali merubah jalan derita? Atau pun tetap mempertahankan cinta barunya? Antara cinta, rindu dan impian keluarga, di manakah akhirnya gadis melabuhkan cinta agungnya?

Thursday, March 3, 2016

Cinta Maniak

Tajuk : Cinta Maniak
Penulis : Ct Azhar
Harga : RM25.00
ISBN : 9789671289211

Sinopsis
Khayla Zahra, gadis naïf yang begitu mendambakan kasih sayang kedua orang tuanya. Walaudia masih mentah, dia sanggup menahan getir kehidupan bersama mak cik Jenab. Renyah sebenarnya, namun dia harus lalui jua onak duri serta liku-liku hidup yang sebatang kara di bumi ALLAH.

Dalam kalut dia menongkah arus dunia yang serba rakus, muncul seseorang yang dia boleh bergantung harap. Sungguh, dia terpesona pada Weizhe yang segak sasa itu. Laksana, bulan jatuh ke riba, dia mula terasa yang dia telah dilindungi oleh jejaka Cina itu. Mungkin anugerah ALLAH SWT telah diturunkan kepadanya.

“Jangan! Jangan usik saya, ambillah duit lima ringgit tu! Tapi, jangan ambil basikal saya,” ~Khayla Zahra
“Saya bukan seperti yang awak sangkakan. Saya manusia biasa, saya nak tolong awak. Dari jauh saya tengok awak macam dalam kesusahan. Jadi, saya singgah nak bantu awak. Tak ada niat saya nak ragut awak pun” ~ Weizhe

Pertemuan yang tidak diduga memberi sinar kebahagian kepada Khayla sehingga dia menerima kehadiran lelaki peragut itu sebagai pelindungnya. Ternyata keikhlasan lelaki itu membuatkan Khayla terasa dunia ini mulai berlaku adil kepadanya. Dia mula bahagia.

“Cepatlah! Nanti mata saya buta” ~ Khayla Zahra
“Sayang kena tahan sakit sikit. Cuba sayang tahan sekejap aje. Abang nak tiup, sayang buka kelopak mata sayang tu, eh. Sayang nak ke mata tu buta sampai bila-bila? Abang... Abang tak kesah. Abang boleh cari orang lain. Yang celik, yang boleh lihat abang. Ni, dah buta macam ni, macam mana eh?”~ Weizhe

Namun, hubungan sebuah ikatan yang suci sebagai suami isteri juga getir baginya. Cinta dan kepercayaannya diduga. Mampukah Khayla Zahra mengecapi kebahagiaan yang hakiki disaat gelora mula meragut kasihnya? Bolehkah dia bergantung harapan setinggi gunung Kinabalu terhadap suaminya? Masihkah ada ruang untuknya berlabuh di pelabuhan hati sang suami setelah cinta lama kembali menyapa?
Hidupnya sentiasa malang, maka dia acap kali dikejar bayang. Betapa susahnya menjadi insan bernama Khayla Zahra Alisha. Apakah ada sinar untuknya yang kian suram?

Pelita Di Bawah Purnama

Tajuk : Pelita Di Bawah Purnama
Penulis : Adnil Zaff
Harga : RM29.00
ISBN : 9789671289266

Sinopsis
"Lepas kau tinggalkan aku, aku tak pernah harap apa-apa lagi daripada kau. Aku tak pernah termimpi kau akan kembali untuk tunaikan segala janji kau dulu. Apatah lagi kahwin dengan kau. Ini semua mengarut!"

"Kahwin dengan Rynn itu adalah pilihan abang. Bukan paksaan sesiapa. Keputusan yang abang buat datang daripada pemikiran abang sendiri. Ini bukan mengarut. Ini kenyataan. Abang tak mahu kita berdua lari dari kenyataan lagi. Lapan tahun dah terlalu lama untuk abang melarikan diri, Rynn."

Lapan tahun berlalu. Lapan tahun melakar cerita mereka sendiri. Apa yang ada sebelum lapan tahun ini indah. Namun akhirnya atas kekhilafan Aryan, lapan tahun itu mencatat duka yang amat panjang.

Qairynn dan Aryan semenjak kecil mereka hidup berjiran dan bersahabat. Keakraban mereka seperti adik dan abang. Apa sahaja mereka tempuhi bersama. Namun, entah bagaimana cerita duka merempuhi mereka.

Semuanya bermula apabila Maya rakan sebaya Aryan tiba-tiba mencelah peluang di antara Aryan dan Qairynn. Dalam diam, Maya rupanya sudah lama menyimpan rasa kepada Aryan. Setelah mendekati lelaki itu, cintanya mula bersambut. Terjalinnya hubungan Maya dan Aryan bermakna rebahlah keakraban Aryan dan Qairynn. Dek kerana cemburu dan tamak, Maya mencucuk jarum hubungan Aryan dan Qairynn. Sehingga akhirnya, Aryan melakukan satu kesilapan yang memberi natijah yang amat besar kepada Qairynn. 

Kehilangan orang-orang yang disayangi tidak mudah untuk dilalui Qairynn, Jiwanya terbang ke angkasa mencari semula apa yang hilang. Namun kehilangan kekal abadi itu tidak mungkin akan berganti. Qairynn nanar meneruskan hidup dalam kepahitan. Kesakitan yang dialaminya semakin tepu. Sehingga akhirnya, dendamnya mula bangkit kepada Aryan.

Lapan tahun mereka berdua berpisah. Cerita demi cerita terlakar. Aryan pulang juga ke tanah air. Namun mudahkah untuk dia mendapatkan maruahnya semula? Sudah tentulah tidak. Kebencian Qairynn bagaikan tidak bertebing kepada lelaki itu. Tiada maaf yang mampu dihulurkan. Namun Aryan tidak pernah berputus asa untuk meraih Qairynn semula. Biarpun dia sedar terlalu besar khilafnya sehingga membuatkan Qairynn hilang jiwa. Dia sudah berjanji untuk mengembalikan Qairynn kepada yang asal.

Penghujung kisah ini sudah pastinya bahagia. Namun antara Maya dan Qairynn, mereka ibarat pelita dan purnama kepada Aryan. Yang mana purnama itu indah namun cahayanya susah untuk digapai. Manakala pelita itu, walaupun tidak seindah purnama, namun cahayanya hanya buat Aryan seorang. Hakikat itulah yang membuatkan Aryan tega biarpun Qairynn sekadar pelita itu. 

Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis

Tajuk : Pengantin Lelaki Untuk Cik Gadis
Penulis : Aulia Iman
Harga : RM27.00
ISBN : 9789671289273

Sinopsis
Cinta? Dia datang tanpa diundang, dan perginya juga tanpa dipinta. Di mana sahaja cinta itu hadir, waktu dan ketikanya tidak pernah menjadi halangan. Begitu juga dengan cinta pandang pertama Kris Al-Hadi. Cintanya berputik saat terpandang gadis berpakaian penjara. Comel dan anggun. Tapi sayang, cik gadis yang diminati sedang menanti hari perbicaraan.

“Saya nak awak tahu, dari hari pertama saya lihat awak dengan pakaian penjara, hati saya sudah terdetik untuk ambil awak sebagai isteri. Saya sayangkan awak.”~ Kris Al-Hadi
“Kalau awak betul-betul sayangkan saya, buktikan rasa sayang awak tu pada saya.”~ Salsabila

Yang menjadi masalah, gadis tersebut terhumban ke penjara kerana perbuatan manusia yang iri hati. Mujur ada dia yang sudi menjadi hero dan penyelamat. Dan kerana sikap gentleman tersebut, ada cinta lain datang dan mendekat. Tapi sayang, cinta itu cinta terlarang. Mana mungkin untuk dia menyambut cinta dari kekasih abang sendiri. Kerja gila namanya!

“Kalau you tak sihat.. biar I temankan you! I jaga you, dan you pula jaga I.” ~ Yasmin
“I cari pekerja untuk jaga akaun syarikat, bukan jaga I. Please, jauh sikit! I tak selesa, I panas.”~Kris Al-Hadi

Kerana cinta terlarang, ada yang menjadi korban. Hendak tak hendak, majlis perkahwinan yang diatur harus diteruskan dan hanya pengantinnya sahaja yang terpaksa ditukar ganti tanpa pengetahuan sesiapa.

“Jantan tak guna! Dengan tunang aku jugak kau nak buat perangai tak senonoh!”~Khairyl
“Sumpah demi Allah, aku tak buat semua tu!”~Kris

Kris mencintai si gadis bernama Salsabila, apa pun terjadi Yasmin bukan pilihan hatinya. Sudahnya, pengantin lelaki terpaksa membuat pilihan yang dirasakan terlalu payah untuk diputuskan. Antara dua gadis, Salsabila dan juga Yasmin, siapakan yang bakal dipilih? Dan antara dua pengantin lelaki, Khairyl dan juga Kris, yang mana satukah menjadi pilihan cik gadis yang indah dengan busana pengantinnya.a

Wednesday, March 2, 2016

Kau Yang Tak Diundang

Tajuk : Kau Yang Tak Diundang
Penulis : Nuril Bahanudin
Harga : RM25.00
ISBN : 9789671289204

Sinopsis
Gara-gara adik, dirinya tersepit! Dia terpaksa mencari suami segera dek kerana syarat yang digariskan oleh ibu dan ayahnya. Lantaran itu, hidupnya yang aman sentosa menjadi huru-hara!

Leila Suria, gadis yang akhirnya menuruti syarat kedua ibu bapanya demi kebahagian adiknya. Memilih untuk menerima lelaki yang tak diundang untuk menjadi suaminya, membuatkan hidupnya berubah. Keindahan cinta mula dirasai. Namun, di kala bahagia mula berbunga, duka menjengah di hati.

“Menangislah kalau you rasa itu boleh buat you rasa tenang” ~ Rio

Kesedihan hati ditutupi dengan cinta yang diberi. Beban yang sarat kian hilang kerana berpaut pada bahu lelaki yang cukup mencintai dirinya.

“You tak pernah abaikan I malah sentiasa memberi sokongan kepada I untuk menghadapi segala ujian yang berat ini”~Leila Suria

Namun, kehadiran sahabat lama mengundang rasa curiga. Hadirnya untuk terus bersahabat, merentap bahagia yang mula meresap.

“You cemburu ke apa Rio?~ Leila Suria

“I cemburu? Tolong sikit! Cermin muka you tu dulu sebelum nak cakap I macam tu!”~Rio

Mampukan Leila Suria melatih hati untuk setia menerima cinta yang tak diundang agar kekal selamanya dihati? Adakah masih ada ruang untuk dia menyemai kasih seorang lelaki di jiwa sedangkan hatinya remuk kerana satu kesilapan? Atau, kehadiran sahabat lama bakal mengubah keteguhan cinta itu? 

Tuesday, March 1, 2016

Duda Terlajak Laris


Tajuk : Duda Terlajak Laris
Penulis : Aifa Batrisya
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0567-51-8

Sinopsis
Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.

“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.

“Pehah, Pehah... Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing- pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii...” – Zack.

Adakah dia bad luck? Lapan tahun pun berlalu, tapi jangankan Siti Nurhaliza atau Izara Aishah, yang ala- ala itu pun Zack tak pernah jumpa. Phewww! Takkan dia dah terkena sumpahan Pehah? Atau mungkin menjadi duda yang terlajak laris itu menjadi satu batu penghalang untuk Zack bertemu dengan pemilik tulang rusuknya yang sebelah lagi itu apabila hubungannya tak pernah kekal sehingga ke jenjang pelamin?

“Nope. I am okay with that. Saya tak kesah pun sama ada awak ni duda atau teruna sebab saya tak pernah letak syarat apa-apa pada calon suami saya. Dan kalau ada pun syaratnya cuma satu. Orangnya mesti awak. Tak ada orang lain. Hanya Zafran Aldrin!” – Idayu.

Apa kesudahannya kisah duda terlajak yang agak laris ini? Akan diturutkan jugakah untuk menikahi Idayu atau sebaliknya?

Kata orang-orang tua, cakap tu biar berpijak di bumi yang nyata. Jangan bongkak sangat nanti terpaksa telan kata-kata sendiri. Kata-kata sendiri, boleh diterima lagi kalau terpaksa dia telan, tapi kalau terpaksa jilat ludah sendiri? Memang taklah!

Dia Segalanya

Tajuk : Dia Segalanya 
Penulis : Sha Ibrahim
Harga : RM37.00
ISBN : 978-967-5067-97-6

Sinopsis
Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.

Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.

Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.

Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.

Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?

Kala hati begitu mencintai… semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki. Semakin kuingin terus menghampiri… semakin jauh dia melangkah pergi….


Dia Semanis Honey

Tajuk : Dia Semanis Honey
Penulis : Dila Dyana
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0874-01-2

Sinopsis
Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan....

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka.

“Buat apa pulak I nak terhegeh-hegeh berbaik dengan you sedangkan you dah ada Bella, dan I dah ada Adam!” ~ Hani.

“You tak perlu ingatkan I pasal Adam. Sebab I dah jelas dengan kedudukan kita sekarang!” ~Ahnaf.

“Baguslah kalau you dah tau. Lepas ni, tolong jangan tanya soalan yang berkaitan dengan ‘kita’. Sebab perkataan ‘kita’ tu dah lama tak wujud antara you dengan I.” ~Hani.

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau... akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?”

“Kita bertemu, kita berpisah dan kemudian bertemu semula....” 

Suami Tanpa Cinta

Tajuk : Suami Tanpa Cinta
Penulis : Syamnuriezmil
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-0707-10-5

Sinopsis
“Cinta yang sempurna, bila kita dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintai bahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo... bila dia cintakan aku, dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta.”

Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Dia memang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepada Zaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, syarikat keluarganya boleh diselamatkan.

Kata Ain Syifa, “Cinta itu hanyalah emosi dan dia tiada emosi!”

Kata papa, “A successful marriage will make a successful business. So, in order to get both, make sure your marriage is successful.”

Kata mama, “Ingat, Aid tu bakal suami Ain, syurga Ain. Jangan buat kahwin macam business.”

Kata Ustaz Abdul Rahim, “Dilarang untuk main-main atau bergurau tentang tiga perkara iaitu cerai, nikah dan rujuk. Talak atau penceraian itu adalah sesuatu yang halal tapi yang paling dibenci Allah SWT.”

Kata Zaidan Iman, “Belajar cemburu sama tau... cemburu tu tanda pengukur cinta pada suami atau isteri. Macam ustaz cakap tadi tu, tak ada orang nak bagi syurga dia pada orang lain.”

Apakah perlu ada cabaran untuk menyintai Zaidan Iman? Atau perlu hadir cinta kedua, untuk membuktikan cinta pertama? Tidak sempurna cinta, tanpa dia...

“Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, tapi kalau KITA bersama, ia lebih dari sempurna.”

Encik Fayed My Man Penulis : Dilla Ahmad

Tajuk : Encik Fayed My Man
Penulis : Dilla Ahmad
Harga : RM26.00
ISBN : 9789670870021

Sinopsis
Jatuh cinta dengan bos? Mustahil bagi Cik Nur Azah Amira untuk mengidamkan lelaki seperti Encik Fayed Arya. Apatah lagi, lelaki kacak ini menjadi idaman Cik Liyana Datuk Manan yang sentiasaa vogue dan seksi.

Fayed Arya, bukan seperti lelaki lain yang memandang kecantikan luaran wanita. Hatinya sudah pun dimiliki. Tiga tahun hatinya dihuni cinta. Hari pertama terpandang gadis polos itu, hati terus mengangguk suka. Suka tapi tak terluah. Namun, satu kejadian menyebabkan gadis pujaan hati terlepas satu ayat yang menjadi pengikat janji.

“Jom kita couple!”~ Nur Azah Amira
“Daripada kita jadi couple, baik saya pinang awak terus! Dah sure awak tu akan jadi milik saya!” ~ Encik Fayed Arya

Menjadi pasangan bercinta, digertak dan dihalang, sedikit pun tidak memberi luka kepada Fayed Arya. Baginya, hanya Nur Azah Amira sahaja yang layak berdamping dengannya. Hanya Cik Nur kesayangannya yang mampu membahagiakannya. Walaupun jauh Nur melarikan diri, dia tetap akan menjejaki.

“No matter what happens, you will never leave me. Understand? Sebab saya akan cari awak walau ke lubang cacing sekalipun!”~Fayed Arya

Akhirnya, mereka satukan dengan satu lafaz yang sah. Paling indah apabila perkahwinan mendapat restu keluarga. Bagi Fayed Arya, sudah lengkap hidupnya dengan adanya Nur Azah Amira di sisi. Namun, di hari pernikahannya itu, dia menerima tetamu yang tak diundang. Cik Liyana muncul menagih cinta Fayed. Bagai melukut di tepi gantang! Namun, Fayed Arya teguh dengan cinta hatinya. Cik Nur tiada tandingan.

“Ada tak saya cakap kat awak, hari ni yang awak nampak cantik, Nur Azah Amira,” ~ Fayed Arya

“Ada, Encik Fayed Arya,” ~ Nur Azah Amira

“Awak selalu nampak cantik di depan mata saya, sayang. Tak payah make up tebal pun, hati saya dah tertarik dan sayang,” ~ Fayed Arya

Amarah Liyana semakin memuncak. Melihat Fayed dan Nur bahagia. Bagi Nur, kepercayaan adalah penting. Bukan dia tidak tahu, Cik Liyana selalu mencari peluang untuk mendekati Fayed. Tapi rasa cinta Fayed kepada dia terlalu tinggi. Fayed memang tidak sukakan Liyana. Bagi Fayed, datang lah seribu Liyana pun, hatinya tetap pada Nur Azah Amira.

“Saya tak mahu lukakan hati awak, Nur. Walau datang seribu Liyana pun, Nur Azah Amira tetap menjadi keutamaan saya. Awak kena ingat tu” ~Fayed Arya

Kata orang, dari mata turun ke hati. Namun, mampukah hati bertahan daripada dugaan dan desakan? Pasti ada yang kecewa dan terluka. Sanggupkah Nur Azah Amira menjadi seoarang isteri yang sentiasa berdiri di sisi suaminya? Menuruti setiap permintaan dan berhadapan dengan pelbagai ancaman? Setiakan Fayed dengan janjinya untuk melindungi cinta hatinya? Seperti kata Nur Azah Amira, Encik Fayed, My Man.

Mr. Boss, Miss Stalker

Tajuk : Mr. Boss, Miss Stalker
Penulis : Aesya Azahar
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-0448-75-6

Sinopsis
Sara Azreen diberikan tugasan untuk menyelidik latar belakang suspek pembunuhan Tan Sri Jalil, bernama Hariz Zhafran. Disuruh untuk memohon kerja di Mentari Angkasa Sdn Bhd, syarikat milik Hariz Zhafran membuatkan mereka berdua mula saling tertarik.

Namun, tugasan baru Sara Azreen untuk membuat Hariz Zhafran jatuh cinta kepadanya demi memudahkan siasatan meresahkan Sara Azreen apabila dia terpaksa melibatkan hati dan perasaan dalam siasatannya.

Apa yang merumitkan lagi keadaan ialah Hariz Zhafran melamarnya. Perlukah dia beritahu Hariz Zhafran perkara yang sebenar atau terus mengikut arahan Encik Hamzah untuk memerangkap Hariz Zhafran?

“Antara nyata dan mimpi...
Ada hati yang ingin kutawan...
Tapi, dalam lain dimensi...
Hatiku kau jadikan tawanan….”

Akadku Yang Terakhir

Tajuk : Akadku Yang Terakhir
Penulis : Acik Lana
Harga : RM37.00
ISBN : 978-967-0448-65-7

Sinopsis
Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”