Monday, September 26, 2016

Early Reading Series : ReadEasy Phonics (Beginner Level)

Tajuk : Early Reading Series : ReadEasy Phonics (Beginner Level)
Penulis : Read Network
Harga : RM44.90
ISBN : 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Kandungan Pakej:
8 Buah Buku dan 6 Keping Kad Imbas

Terbukti bahawa belajar membaca melalui kaedah fonetik adalah cara paling semulajadi bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas. Kajian saintifik juga telah mengesahkan bahawa otak manusia membaca dengan memecahkan perkataan kepada bunyi. Siri membaca berasaskan fonetik ini telah dirancang secara sistematik dengan pendekatan langkah-demi-langkah adalah kesemua yang anda perlukan untuk membantu anak anda membaca dalam Bahasa Inggeris. Ia juga dapat membantu bukan pengguna Bahasa Inggeris untuk memahami bahasa tersebut dengan mudah.

Keistimewaan Produk
    Sistem Fonetik
    Suku kata mudah
    Bermakna dan berulang
    Dua warna
    Berima
    Kurang Gambar


Set Siri Cepat Membaca : Bacalah Anakku (Edisi Baru)

Tajuk : Set Siri Cepat Membaca : Bacalah Anakku (Edisi Baru)
Penulis : Read Network
Harga : RM39.90
ISBN : 9789833901753
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Buku yang paling sesuai untuk mengajar anak kecil anda membaca dengan cepat dan lancar seawal usia 3 tahun dalam masa 2 minggu hingga 3 bulan sahaja.

Kandungan Pakej
8 Buah Buku, 1 Buku panduan, dan 12 Keping Kad Imbas

Mengenai Produk
Terbukti bahawa kanak-kanak yang dapat membaca awal sebelum bersekolah dan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang baik, dapat menguasai ilmu dengan mudah dan terkehadapan dalam pembelajaran.

Keistimewaan Produk
    Sistem Fonetik
    Suku kata mudah
    Bermakna dan berulang
    Dua warna
    Berima
    Kurang Gambar

ReadEasy Bestari Package

Tajuk : ReadEasy Bestari Package
Penulis : Read Network
Harga : RM100.00
ISBN : 9789833901265
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
The best reading series to teach your child read in English easily

Package contents :
1) Cory Cat Song Poster, 2) ReadEasy Activity Book 1 & 2, 3) ReadEasy Intermediate Level, 4) ReadEasy Beginner Level, 5) Cory Cat Phonics Song.

Pakej Bestari Bacalah Anakku

Tajuk : Pakej Bestari Bacalah Anakku
Penulis : Nik Eliani Nik Nawi
Harga : RM85.00
ISBN : 9789833901258
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Pakej Bestari Bacalah Anakku
Pakej lengkap untuk mengajar anak membaca dalam Bahasa Melayu. Mengandungi set lengkap untuk permulaan kanak-kanak membaca beserta buku latihan, permainan dan alat bantu belajar.

Keistimewaan Produk
•Meningkatkan kemahiran membaca
•Memperkukuh kekuatan ingatan

Kandungan Pakej:
1.Set Bacalah Anakku
2.Buku Fonetik Ekspress 1
3.Buku Fonetik Ekspress 2
4.VCD Lagu Abu Ada Ayam
5.Buku Permainan Kreatif
6.Poster Lagu Abu Ada Ayam

Isi Kandungan Pakej:
1. Set Bacalah Anakku - set yang mengandungi 8 Buah buku, 1 buku Panduan Mengajar, 1 VCD Panduan Mengajar dan 12 keping kad imbas.

Buku Fonetik Ekpress 1
Buku Aktiviti Bacalah Anakku - Fonetik Ekspres 1 merupakan sebahagian daripada aktiviti bahasa yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan murid-murid dalam usaha menguasai kemahiran membaca. Buku Aktiviti Fonetik Ekspres ini menekankan aspek pengamatan dan diskriminasi huruf-huruf serta kekuatan ingatan mental mereka. Aktiviti-aktiviti di dalam buku ini hendaklah dibuat semasa pengajaran kumpulan ataupun diselang-selikan dengan permainan bahasa.

Buku Fonetik Ekpress 2
Buku Aktiviti Bacalah Anakku - Fonetik Ekspres 2 merupakan sebahagian daripada aktiviti bahasa yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak dan murid-murid dalam usaha menguasai kemahiran membaca. Buku Aktiviti Fonetik Ekspres ini menekankan aspek pengamatan dan diskriminasi huruf-huruf serta kekuatan ingatan mental mereka. Aktiviti-aktiviti di dalam buku ini hendaklah dibuat semasa pengajaran kumpulan ataupun diselangselikan dengan permainan bahasa.

VCD ABU ADA AYAM

Buku Permainan Kreatif.
Buku ini mengandungi Panduan khas permainan kreatif untuk mengajar membaca menggunakan kaedah fonetik. Buku ini memudahkan pengajaran dan pembelajaran, dan menjadikannya lebih menyeronokkan dan berkesan.

Tuesday, September 20, 2016

Pakej Bestari Al-Furqan

Tajuk : Pakej Bestari Al-Furqan
Penulis : Kamal Mahyuddin @ Che Awang Harun
Harga : RM100.00
ISBN : 9789833901586
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Pakej Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan Untuk Ibu Bapa dan Guru. 

Mengenai Produk
Mengandungi set lengkap untuk permulaan kanak-kanak membaca al-Quran beserta buku latihan dan alat bantu belajar. Sesuai untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas



Kandungan Pakej
a. Set Al-Furqan : Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan disusun untuk membantu kanak-kanak membaca Al-Quran pada usia awal dengan cara yang mudah, cepat dan efektif. Set buku ini mengandungi 4 buah buku, satu set Kad imbasan dan satu VCD Panduan Mengajar. 

b. Buku Aktiviti Al-Furqan 1 & 2 : Adalah buku aktiviti Al-Furqan untuk pengukuhan dan latihan menulis yang dapat dilakukan oleh kanak-kanak untuk menguasai bunyi asas dalam Al-Quran di dalam buku Al-Furqan 1 dan 2

c. Kad Al-Furqan : Mengandungi 48 keping kad yang disusun secara sistematik sebagai alat bantu mengajar Al-Furqan 1-3

d. Tajwid Al-Furqan : Merupakan panduan mudah memahami dan menguasai hukum-hukum tajwid berdasarkan mushaf Uthmani

e. Panduan Amali Solat :  Merupakan panduan efektif bacaan dalam solat serta wirid dan doa selepas solat. Menggunakan Rasm Uthmani dengan terjemahan dalam bahasa Melayu. Memenuhi keperluan ujian KAFA dan PAFA

f. Muqaddam Al-Furqan : Merupakan teks pengukuhan dan latihan bacaan Muqaddam yang dilengkapi warna yang menunjukkan hukum tajwid

g. Buku Mewarna & VCD Lagu Al-Furqan : Mengandungi sebuah Buku Mewarna serta satu VCD yang mengandungi 4 lagu Al-Furqan sebagai alat bantu mengajar Al-Furqan 1-3

h. Poster Makhraj Al-Furqan : Merupakan rajah makhraj-makhraj atau tempat keluar huruf-huruf di dalam Al-Quran 

PERCUMA : LENCANA, BELON & PENANDA BUKU

Penulis : Kamal Mahyuddin @ Che Awang Harun berkelulusan BA dan MA dalam bidang Usuluddin daripada Universiti Malaya merupakan seorang pendidik yang berpengalaman dalam pendidikan Islam dan telah menulis lebih 100 buah buku dalam pelbagai biang. Beliau merupakan penyusun "Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan" yang telah digunakan secara meluas di tadika-tadika dan kelas-kelas Al-Quran seluruh Malaysia sejak 2011 

Semusim Di Barzakh

Tajuk : Semusim Di Barzakh
Penulis : Hadi Fayyadh
Harga : RM29.90
ISBN : 9789671427606
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Tiada siapa yang pernah menjengah ke Alam Barzakh, melainkan mereka yang telah pergi TIDAK akan kembali. Keadaannya yang sebenar hanya disampaikan melalui apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW, jadi apakah benar Novel ini ingin menyingkap sesuatu yang mustahil?

Adakah ia adalah BARZAKH yang diceritakan? Bacalah, dan terokailah hikmah yang sarat di dalam pelayaran bahtera sastera jiwa agama yang telahpun digarapkan. Ia bukan suatu FITNAH atau rekaan, tetapi berdasarkan pengalaman sebenar seseorang.

Anda akan memahami realitinya yang bakal menggugah jiwa untuk kembali mengingati Tuhan dan kematian..

Pengantin Lelaki Untuk Aku

Tajuk : Pengantin Lelaki Untuk Aku
Penulis : Norra Hassan
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-365-277-8 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Tahun ni, kalau ada lelaki masuk merisik kamu, mak nak terima.”

Kalau kena paksa kahwin, harimau pun boleh hilang semangat. Jadi, misi sebelum habis tahun ialah kena cari calon suami! Kena dapatkan cepat sebelum emak tiri carikan calon pengantin lelaki untuknya. Okey, mula-mula kena ada calon terlebih dahulu.

Jumpa. Orangnya ada di hadapan mata selama ini. Kawan baik sendiri. Jadi, kena jatuh cinta dahulu. Sudah jatuh cinta? Maka langkah seterusnya, mulakan misi memikat si dia.

Bagi Amana, misi ini macam makan kacang sambil petik jari. Mudah sangat. Ialah, Danial kan sudah lama menjadi bujang terlajak. Mesti lelaki itu ada keinginan untuk menjadi seorang suami.

Alih-alih, antara mereka ada Nazmil yang menjahanamkan segala strategi. Juga ada Nazra yang kononnya sepadan sangat dengan Danial. Danial pula blur sangat, tidak faham isyarat cintanya. Dan dia pula terlanjur berjanji hanya akan menjadi kawan baik lelaki itu sehingga ke mati.

“I love you, Danial.”

Adakah lafaz itu akan dapat diungkapkan di hadapan lelaki itu atau sekadar menjadi bicara mimpi?

Misi Tawan Hati Ex

Tajuk : Misi Tawan Hati Ex
Penulis : Emma Rusdi
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-365-279-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Tapi bos, manusia sentiasa buat silap, kan? Kesilapan tu boleh dibetulkan ke?” - Melati
“Ada kesilapan yang boleh dibetulkan. Dan, ada yang tidak.” - Arraz

Tujuh tahun berpisah dengan Arraz dan akhirnya mereka bertemu kembali. Pertemuan sekali ini sangat bererti buat Melati. Namun, sikap Arraz dan kehadiran Dayana membuatkan dia semakin menjauhkan diri.

Saat dia bertekad untuk pergi daripada hidup Arraz, suatu tragedi telah berlaku. Arraz koma dan hilang ingatan apabila dia sedar daripada koma, Arraz masih menganggap Melati adalah isterinya. Demi Dahlia, anak mereka yang Arraz tidak ketahui kewujudannya, Melati menerima permintaan Dayana dan keluarga Arraz. Dia berpura-pura masih menjadi isteri Arraz.

Namun, permintaan demi permintaan Arraz tentang haknya sebagai suami akhirnya memaksa Melati melukakan hati lelaki itu sekali lagi.

“Because your love is not for me anymore. Your love is for Dayana. She is your fiancée.”

Namun, Arraz menyedari bahawa cintanya masih utuh buat Melati. Dan, Arraz takkan lepaskan Melati untuk sekali lagi!

Signal Kiri Untuk Cinta

Tajuk : Signal Kiri Untuk Cinta
Penulis : Nia Qurratun'aini
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-365-278-5
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Gara-gara terlupa bagi signal kiri punya pasal semasa mahu menukar lorong, Nila Zulqadree bertentang mata dengan Irdina Wira. Bila bertentang mata, mulut jadi bisu, jantung pula berdegup laju. Irdina Wira yang tengah berangin segera memberi ceramah penggunaan signal kereta secara percuma. Namun, bagi Zulqadree, signal lain pula yang sampai ke hati.

“Signal nak ke kiri dan kanan awak dah beritahu. Tapi, ada satu lagi signal yang perlu saya tahu.”
Signal nak ke mana lagi? Signal kenderaan memang ada kiri dan kanan aje.”
“Signal nak ke hati awak macam mana pula?”

Situasi jadi parah bila sudah kasi ayat pick up line, lupa pula nak minta nombor telefon. Zulqadree terus jadi bingung. Celah bangunan mana dia nak cari Cik Signal Kiri ni?

Ternyata, pertemuan tempoh hari bukanlah yang terakhir. Pertemuan seterusnya Zulqadree yang menjadi wira. Dia ikhlas membantu sehingga Irdina Wira sendiri tertanya-tanya siapakah insan misteri yang berhati tulus itu? Pertemuan demi pertemuan terus terjadi. Zulqadree bijak berbicara dalam menerbitkan rasa cinta. Lalu, Irdina Wira angguk setuju bila Zulqadree melamar agar kedengaran bunyi kompang dipalu.

Bila sudah kahwin, lain pula yang jadi. Irdina Wira berjauh hati. Bila si isteri berjauh hati, mestilah Zulqadree bijak dalam teknik mencuri hati. Ada sahaja tingkah dan ayat yang membuatkan hati Irdina Wira jadi tidak menentu. Mahu merajuk lama-lama pun tak jadi. Namun, ada peristiwa yang menyebabkan mereka bertukar peranan. Ganti Irdina Wira pula yang bagi signal untuk memujuk.

Lalu, berjayakah misi itu? Bagaimana pula dengan wira misteri yang menjadi tanda tanya di hati Irdina Wira? Signal cinta siapa yang terlebih dahulu sampai ke hati?

Sunday, September 4, 2016

Abang Bomba, I Love You

Tajuk : Abang Bomba, I Love You
Penulis : Mia Kiff
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-469-025-0 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Takdir mempertemukan Lily dan Rayqal apabila  nyawa Lily pernah diselamatkan oleh Rayqal beberapa kali dalam operasi menyelamat membuatkan Lily menganggap lelaki itu adalah superhero dalam hidupnya. Kehadiran Rayqal banyak memberi inspirasi dan kekuatan buat Lily untuk bangkit demi masa depan namun hubungan mereka tidak lebih umpama adik dan abang. 

“Abang dah banyak berkorban tenaga, jiwa dan nyawa berbakti pada masyarakat. Kalau tak ada orang yang menghargai abang, tak salahkan kalau Lily jadi orang yang pertama?”- Lily

“Siapa pun ada di tempat Lily, abang akan selamatkan sebab dah jadi tugas abang. Tak perlulah rasa terhutang budi dengan abang.” - Rayqal

Lily sentiasa dicemburui dan didendami oleh Mawar, kakak kandungnya sendiri yang sanggup lakukan apa saja untuk merampas apa yang Lily ada. Akhirnya dia berjaya membuatkan Rayqal jatuh cinta padanya dan merosakkan hubungan baik antara Rayqal dan Lily kerana fitnahnya.  Memiliki Rayqal adalah satu kemenangan besar buat Mawar kerana dia tahu Lily mencintai lelaki itu.

“Akak akan berkahwin dengan Rayqal dan hidup bahagia sampai bila-bila. Dan itu yang akan Lily saksikan sampai akhir hayat Lily. Hahaha...” – Mawar

“Lily minta maaf,  Lily dah jatuh cinta dengan abang tanpa Lily sedar. Tapi Lily janji, sebaik saja Lily pulang nanti, perasaan cinta ni akan terkubur sampai bila-bila. Lily doakan abang bahagia bersama Kak Mawar. Buat kali terakhir Lily nak ucapkan, abang bomba, I love you!” - Lily 


Misi Terlajak Cinta

Tajuk : Misi Terlajak Cinta
Penulis : Mytun Abdullah
Harga : RM32.00
ISBN : 978-967-469-024-3 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Misi: Misi balas budi
Target: Cucu jiran sebelah a.k.a mamat Benggali karpet
Umur: 28 Tahun  
Jantina: Lelaki
Tempoh misi: Sehingga target mampu berjalan semula

Kronologi kes:
Kerana kemalangan yang tak diduga, dia menjadi ‘penghutang’ kepada seseorang. Hutang duit dia mampu bayar, tapi hutang budi dan nyawa? Memang dia kenang sampai mati.

“Kerana budi, bertukar nyawa pun saya sanggup...” - Teja Iman.

Tapi, misi yang dirancang tak semudah macam makan kuaci. Memang haru biru jadinya apabila interior designer seperti dia yang sah-sah buta ilmu perubatan nak jadi pembantu fisioterapi. Untuk berhadapan dengan Uqail Wasim, hati seorang Teja Iman kena kebal, kuat dan padu. Telinga kena kalis peluru setiap kali ‘ditembak’. Kena sentiasa positif walaupun ada ketika dia rasa macam nak cekik diri sendiri. Mental tak boleh calar. Jiwa kena 200% kental! Nak pula berhadapan dengan mummy Uqail yang kerek tahap jingga.

“Ni hah! Apa pasal kau tak bawa baldi aje? Kan senang! Boleh aku berenang terus!” - Uqail Wasim

Misinya mula goyang apabila adik si target tiba-tiba muncul pula. Kononnya nak menuntut cinta yang terputus di tengah jalan suatu ketika dulu. Serius buat Teja rasa nak sewel.

“Walau apa pun terjadi, I won’t let you go. Never! Teja! You adalah milik I selama-lamanya! Sekali I sayang, I akan sayang sampai mati!” - Uqasyah Wajdi

Top-up pula dengan cik tunang target yang perasan cantik dan tak sedar diri tu…

“Jangan harap kau nak rampas Uqail dari aku! Aku nak kau sematkan dalam kepala otak dan seluruh urat saraf kau yang Uqail tu adalah tunang aku! Kau sedar diri kau tu siapa!” - Amni Balqis

Apa yang berlaku apabila nak dibalas budi, tapi cinta pula yang terpancing? Matilanak…

Lebih parah pula apabila cinta yang baru berputik itu menuntut satu pengorbanan.

“Kalau betul awak sayang dan cintakan saya, saya nak awak kahwin dengan Uqasyah Wajdi. Dan totally hutang budi awak langsai... Kosong-kosong! Your mission accomplished!” – Uqail Wasim

Apa pilihan yang Teja ada?  Berjayakah misinya tu?

Pink Smile

Tajuk : Pink Smile
Penulis : Luna Adresia
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-0992-35-8
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis

Dengan Atau Tanpamu

Tajuk : Dengan Atau Tanpamu 
Penulis : Cik D
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0992-36-5
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Dian Fatihah kata Jeffry Azman, cucu jiran sebelah merangkap abang angkatnya itu gila kerana meminangnya tiba-tiba. Tambah gila bila lelaki itu terus mendesaknya untuk menjalin satu hubungan yang bagi Dian mustahil untuk dilaksana.

Alasan demi alasan Dian cipta demi menyelamatkan diri daripada jodoh tak diundangnya itu. Tak dijangka, hadir Adryan Umar, jejaka tampan yang merupakan anak kepada kenalan Dian dan mamanya sewaktu di Tanah Suci. Kehadirannya buat hati Dian tak tenteram di tempatnya. Tambah tak tenteram bila dengan tiba-tiba kunjungan mengejut Adryan bersama uminya, berubah menjadi sesi peminangan tidak rasmi buat dia.

“Dian nak ke kalau umi masuk meminang Dian untuk abang?” – Ryan

“Kita baru jumpa sekali kut!” –Dian

“Tapi abang rasa macam dah lama kenal Dian.” – Ryan

Antara jodoh tak dijangka dengan jodoh tak diundang, Dian lebih yakin untuk memilih jodoh tidak dijangkanya.Walaupun pertemuan singkatnya bersama Adryan Umar hanyalah satu kebetulan, pada Dian sudah cukup untuk dia meyakinkan hati yang sudah mula tertarik dengan peminangan ikhlas lelaki dari negeri Jelapang Padi itu.

Pinangan Adryan Umar, anak kepada Hajah Rashidah diterima tanpa prejudis, seterusnya menolak Jeffry dari meneruskan hasratnya mahu memiliki gadis itu. Cinta cuba disulam walaupun dalam hati masih belum terbit perasaan cinta.

“Kita mulakan semula apa yang Dian tak pernah buat pada abang sebelum ni? - Dian

“Macam mana tu?” - Ryan

“Kalau sebelum ni... Dian tak sayang abang, mulai saat ni, Dian nak sayang abang. Sayang sangat-sangat, boleh?”

Panduan Belajar Bahasa Arab Untuk Jemaah Haji & Umrah

Tajuk : Panduan Belajar Bahasa Arab Untuk Jemaah Haji & Umrah
Penulis : Ustaz Muhammad Sabri Sahrir
Harga : RM17.00
ISBN : 978-967-5102-65-3
Mukasurat : 224
Berat :

Sinopsis
Gabungan teori dan praktikal bagi membantu para jemaah haji dan umrah dalam berkomunikasi ba­hasa Arab di Tanah Suci dan tempat-tempat lain. 

Mencakupi tajuk-tajuk penting dalam perjalanan dan penggunaan seharian. 

Terdiri daripada bahasa arab baku (fushah) di samping frasa-frasa penting dalam dialek (lahjah) Arab Saudi yang agak berlainan dengan bahasa Arab baku bagi membantu para jemaah mem­bezakannya nanti.

Walaupun buku ini disusun khas untuk tujuan haji dan um­rah, namun ianya boleh juga digunakan untuk tujuan perjalanan dan pengembaraan di negara-negara arab yang lain, selain untuk tujuan pembe­lajaran bagi semua peringkat usia.


99 Cahaya Di Langit Eropah : Perjalanan Menapak Jejak Islam Di Eropah

Tajuk : 99 Cahaya Di Langit Eropah : Perjalanan Menapak Jejak Islam Di Eropah 
Penulis : Hanum Salsabiela Rais Rangga Almahendra
Harga : RM34.90
ISBN : 9789671257456
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Aku mengucek-ucek mata. Lukisan Bunda Maria dan Bayi Yesus itu terlihat biasa saja. Jika sedikit lagi saja hidungku menyentuh permukaan lukisan, alarm di Museum Louvre akan berdering-dering. Aku menyerah. Aku tidak bisa menemukan apa yang aneh pada lukisan itu. "Percaya atau tidak, pinggiran hijab Bunda Maria itu bertahtakan kalimat tauhid Laa Ilaaha Illallah, Hanum," ungkap Marion akhirnya.

Apa yang Anda bayangkan jika mendengar "Eropa"? Eiffel? Colosseum? San Siro? Atau Tembok Berlin?

Bagi saya, Eropa adalah sejuta misteri tentang sebuah peradaban yang sangat luhur, peradaban keyakinan saya, Islam.

Buku ini bercerita tentang perjalanan sebuah "pencarian". Pencarian 99 cahaya kesempurnaan yang pernah dipancarkan Islam di benua ini.

Dalam perjalanan itu saya bertemu dengan orang-orang yang mengajari saya, apa itu Islam rahmatan lil alamin. Perjalanan yang mempertemukan saya dengan para pahlawan Islam pada masa lalu. Perjalanan yang merengkuh dan mendamaikan kalbu dan keberadaan diri saya.

Pada akhirnya, di buku ini anda akan menemukan bahwa Eropa tak sekadar Eiffel atau Colosseum. Lebih... sungguh lebih daripada itu.

100 Sunnah Rasulullah Yang Dilupakan

Tajuk : 100 Sunnah Rasulullah Yang Dilupakan 
Penulis : Haifa Abdullah Ar-Rasyid 
Harga : RM20.00
ISBN : 9789673610655
Mukasurat : 352
Berat :

Sinopsis
Selain ikhlas, dalam beribadah kepada Allah swt kita diperintahkan untuk berittiba' (mengikuti) sunnah (ajaran) Rasulullah saw. Namun, bila melihat realitinya, umat Islam kini lebih banyak meninggalkannya.

Ada yang meninggalkannya kerana kurang perhatian dan cenderung melupakannya; ada pula mengolok-olokannya, bahkan menghina orang yang mengamalkan serta menghidupkan sunnah Rasulullah saw.
Menghidupkan sunnah Nabi saw ertinya memahami petunjuk beliau.

"...maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah al-Rasyidln al-Mahdiyyin (yang mengetahui ke­benaran serta mengikutinya, yang mendapat pimpinan ke jalan yang betul) dan gigitlah kamu dengan geraham gigi kamu." [HR Abu Daud & Tirmizi]
Buku istimewa ini menghuraikan pelbagai sunnah Nabi saw yang makin dilupakan oleh kebanyakkan kaum muslimin; diantaranya masalah taharah, solat, musafir, haji dan umrah serta berbagai adab mulia dan muamalah lainnya.

Siapa Allah Di Hatimu?

Tajuk : Siapa Allah Di Hatimu?
Penulis : Ibnu Rijal
Harga : RM16.50
ISBN : 978-967-0392-39-4
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Andai dikau bertanya... Firman ALLAH SWT di dalam al-Quran, “Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu tentang-KU, maka AKU ini amat dekat...” (Al-Baqarah, 186) Dirimu adalah hamba ALLAH SWT. Sesungguhnnya dalam kegersangan hidup yang dikau alami tika ini, adalah kerana dikau tertinggal satu permata dalam hati untuk dikau kerdipkan ia bersama dendangan kehidupan ini. Apabila permata itu dikau persia, hidupmu akan jadi sia-sia. Dikau akan sering tercari-cari dalam realiti dunia yang terang, dikau akan sering termimpi-mimpi dalam fantasi malam yang suram. Hari demi hari hidupmu, setapak demi setapak dunia datang menghasut, lalu selangkah demi selangkah permata itu kian jauh daripada dirimu. Metafora kehidupan tidaklah sesukar ini andai dikau kenal permata itu. Andai dikau tahu dan sedar bahawa dirimu ini adalah hamba, dikau takkan tercari-cari lagi dalam realiti. Dikau takkan termimipi-mimpi lagi di dalam fantasi. Andai dikau mahu dan peduli untuk bertanya tentang-NYA, hidup dan hati yang dikau isi dengan rasa pengabdian untuk-NYA, akan terasa manis apabila dikau tahu nikmatnya hidup di samping tuhan.

Kitab Ilmu Perubatan Kesufian

Tajuk : Kitab Ilmu Perubatan Kesufian 
Penulis : Sheikh Hakim Moinuddin Chishti
Harga : RM17.00
ISBN : 978-967-69-0135-4
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Rawatan Sufi adalah berdasarkan ajaran yang berhubungkait dengan kesihatan dan kesucian hati. Para kaum sufi seperti juga kaum Muslimin yang lain mereka sentiasa melibatkan serta berinteraksi dengan masyarakat umum, dan sangat prihatain tentang kesihatan fizik mahupun spiritual umat Nabi Muhammad S.A.W.

Di Atas Sayap-Sayap Malaikat

Tajuk : Di Atas Sayap-Sayap Malaikat
Penulis : Hana Ilhami
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-469-023-6 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Madrasah Darul Uloom Al-Haniffa semakin terkenal di bumi Swiss. Ustaz Naim menggalas tanggungjawab memperluaskan syiar Islam di sana. Segalanya berjalan lancar sehinggalah penemuan nota-nota di tembok batu di hadapan madrasah, menimbulkan pelbagai tanda tanya. Tanpa Ustaz Naim sedari, perkembangan Darul Uloom tidak disenangi oleh pihak tertentu. Kemunculan Miriam dan Nadine, semakin menghuru-harakan hidup Ustaz Naim.

MIRIAM, seorang remaja berbangsa Yahudi sering berkunjung ke Darul Uloom kerana ingin mengetahui tentang Islam serta mempelajari seni khat dari Ustaz Naim. Meskipun ditentang keras oleh ibunya, Darul Uloom tetap dijejaki kerana Miriam sebenarnya sudah jatuh hati terhadap tenaga pengajar itu.

“Hampir setiap hari saya meneropong ustaz dari rumah saya. Sebab itulah saya dapat lukis wajah ustaz.” - Miriam.

Namun kedatangan Miriam telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Beberapa orang penghuni Darul Uloom tidak menyukai kedatangannya. Ustaz Naim mulai dipandang serong.

NADINE, seorang penari kelab yang begitu agresif. Kemunculannya membuatkan ketenteraman hati Ustaz Naim sering terganggu. Wanita itu bukan sekadar menggoda, malah dia turut membuat provokasi terhadap Islam.  Namun kerenah Nadine ditangani dengan penuh kesabaran meskipun adakalanya sangat menyesakkan jiwa.

Wanita yang menyembur pewangi dan menayang tubuhnya untuk memikat hati lelaki merupakan wanita yang tiada keyakinan diri. – Ustaz Naim.

Kau menghina aku? - Nadine.

Tidak. Saya sekadar mengingatkan. Sarungkan kembali jaket kamu. Kamu akan lebih dihormati jika kamu menghormati diri kamu sendiri – Ustaz Naim.

Hanya kerana sebuah lukisan wajah Ustaz Naim yang dilakar oleh Miriam ditemui pada mayat seorang remaja punk, Ustaz Naim menjadi suspek utama. Dia bukan sahaja disyaki membunuh, bahkan Darul Uloom turut dituduh sebagai markas militan Islam. Demi keselamatan Darul Uloom dan para pelajarnya, Ustaz Naim terpaksa bertindak.

“Kamu semua penuntut ilmu, jadi kenapa kamu mahu perlu berasa takut sedangkan para malaikat sentiasa bersama kamu?” – Ustaz Naim.

Mampukah Ustaz Naim membersihkan namanya sekali gus mempertahankan Darul Uloom? Siapakah sebenarnya dalang yang cuba menghancurkan Darul Uloom? Bagaimana pula dengan kedua-dua wanita ahli kitab yang muncul dalam hidup Ustaz Naim? Ikhlaskah cinta kedua-duanya atau sebenarnya mereka mempunyai agenda yang tersendiri?

Friday, September 2, 2016

Memeluk Gerhana

Tajuk : Memeluk Gerhana
Penulis : Isa Kamari
Harga : RM21.90
ISBN : 9789833991082
Mukasurat : 480
Berat : 370g

Sinopsis
'Inilah kisahku, anak muda berumur dua puluh tahun. Ilham Sidek. Anak kampung Tawakal. Pelajar Raffles Institution. Tahanan jabatan Keselamatan Dalam Negeri... Aku utuskan doa kepada ayah dan ibu. Aku rindukan Syakila, kulitnya yang cerah, matanya yang jernih... tawanya yang riang serta hatinya yang teguh dan iklas. Kata-kata hikmah Syakila kepadaku menjelma lagi dalam ingatan. 'Hendaklah engkau jadi orang besar, yang sanggup memikul cinta yang besar. Kalau tak begitu, engkau akan beroleh cinta yang rendah dan murah, engkau menjadi pencium bumi, engkau akan jatuh ke bawah, tak jadi naik ke dalam benteng yang kuat dan teguh... yang sukar tertempuh oleh manusia biasa.

Lorong Wahyu

Tajuk : Lorong Wahyu
Penulis : Isa Kamari
Harga : RM25.00
ISBN : 9789832334798
Mukasurat : 80
Berat : 190g

Sinopsis
Ka'bah, Lorong wahyu dan Cinta Arafah merupakan kembara kerohanian Isa Kamari. Kehalusan tanggapan Isa Kamari terhadap realiti di tanah suci melewati dindingan alam nyata dan memasuki alam kerohanian yang penuh mistik. Bait-bait puisinya yang halus dan lembut memberi makna yang menyentuh jiwa. Tentu sekali puisi-puisi Isa Kamari ini akan memberi kesedaran yang lebih mendalam terhadap ibadah haji dan umrah.


Kiswah

Tajuk : Kiswah
Penulis : Isa Kamari
Harga : RM19.00
ISBN : 9789673620371
Mukasurat : 272
Berat : 220g

Sinopsis
Dari Delhi ke Agra, lalu ke Srinagar, kemudian ke Katmandu, dia berasakan akan menyinggah perbatasan syurga. Lawatan penuh nikmat dan agak mistikal itu akan diteruskan ke kota suci Makkah pula.
Sayangnya, kenikmatan yang dijangkakan, lain pula terjadi akhirnya.
"Macam mana kau ni? Baru pak cik serahkan Nazreen kepada kau, kau tak dapat menjaganya. Suami apa kau ni?"
Dia insaf.
Dalam Pertemuan,
Dia telah kehilangan.
Dalam kehilangan,
Dia telah menemukan dirinya sendiri.
Dia hanya meminjam hidup...
Daripada pencipta.

Ka'abah

Tajuk : Ka'abah
Penulis : Isa Kamari
Harga : RM19.00
ISBN : 9789832334781
Mukasurat : 80
Berat : 120g

Sinopsis
Ka'bah, Lorong wahyu dan Cinta Arafah merupakan kembara kerohanian Isa Kamari. Kehalusan tanggapan Isa Kamari terhadap realiti di tanah suci melewati dindingan alam nyata dan memasuki alam kerohanian yang penuh mistik. Bait-bait puisinya  yang halus dan lembut memberi makna yang menyentuh jiwa. Tentu sekali puisi-puisi

Isa Kamari ini akan memberi kesedaran yang lebih mendalam terhadap ibadah haji dan umrah.


Duka Tuan Bertakhta

Tajuk : Duka Tuan Bertakhta
Penulis : Isa Kamari
Harga : RM24.90
ISBN : 9789673620784
Mukasurat : 568
Berat : 440g

Sinopsis
Batu Bersurat Singapura bersepai. Serpihannya mendarat di atas kepala pembesar istana. Tanjak di kepalanya terlucut dan dipijak oleh Gabenor dalam suasana yang membingungkan itu. Dia terpaku. Tiba-tiba dia merasakan sejarah tidak akan melupakan dan mengampunkannya.

"Masyghul sangat hatiku melihat manusia ini. Hidup di dunia tidak, akhirat pun tidak, duduk dengan mengeraskan hawa nafsu sendiri sahaja. Seperti kata Arab: jahil murakab, ertinya jahil bersusun dua kali, bodoh sekali, bodoh tiada tahu, dua kali bodoh, orang memberitahu pun dia tiada mahu turut." - kata-kata Munsyi Abdullah terhadap orang Melayu Singapura.


Thursday, September 1, 2016

Cinta Arafah

Tajuk : Cinta Arafah 
Penulis : Isa Kamari
Harga : RM25.00
ISBN : 9789832334811
Mukasurat : 80
Berat : 120g

Sinopsis
Ka'bah, Lorong wahyu dan Cinta Arafah merupakan kembara kerohanian Isa Kamari. Kehalusan tanggapan Isa Kamari terhadap realiti di tanah suci melewati dindingan alam nyata dan memasuki alam kerohanian yang penuh mistik. Bait-bait puisinya yang halus dan lembut memberi makna yang menyentuh jiwa. Tentu sekali puisi-puisi Isa Kamari ini akan memberi kesedaran yang lebih mendalam terhadap ibadah haji dan umrah.

Atas Nama Cinta

Tajuk : Atas Nama Cinta
Penulis : Isa Kamari
Harga : RM29.00
ISBN : 9789832334774
Mukasurat : 284
Berat : 410g

Sinopsis
Singapura, Malaya dan Hindia Timur (Indonesia) 1942-1950.
Nusantara Melayu sedang bergolak. Bahang kebangkitan bangsa yang sekian lama dijajah mula dirasai oleh Inggeris dan Balanda.

Muncul Maria Hertogh dengan nama Islamnya Nadra binte Ma'arof. Tanpa dimintanya, gadis manis ini mejadi rebutan dua dunia - dunia islam dan dunia Barat. Nadra telah mengecapi iman dengan keluarga angkatnya, telah dituntut untuk kembali menjadi Maria oleh ibu kandungnya sendiri. Cinra Nadra yang mula berputik dengan pemuda yang baru dikahwininya dirampas oleh mahkamah penjajah. Nadra dipaksa  untuk kembali ke Belanda.

Atas nama cinta Nadra mengecap iman. Atas nama cinta dua ibu berebut kasih. Atas nama cinta ikatan perkahwinan Nadra terjalin. Atas nama cinta, kuasa dan percaturan politik penjajah merampas Nadra. Atas nama cinta, kesucian agama Islam dan maruah bangsa harus dibela... Bangsa yang dijajah sudah tidak takut lagi...ATAS NAMA CINTA


Celupan

Tajuk : Celupan 
Penulis : Isa Kamari
Harga : RM17.00
ISBN : 9789673620210
Mukasurat : 128
Berat : 190g

Sinopsis
16 Cerita Jiwa Resah memaparkan cerita-cerita pendek yang kritis, unik, lucu, dan sedih. Setiap cerita terdapat di dalamnya unsur keresahan yang tertentu.

Dalam Celupan, misalnya, Isa Kamari menjadikan ulat sutera sebagai protagonis; yang memperjuangkan hak kebebasannya. Jika ulat sutera lain selesa hidup dalam jaringan dan rela di'celup' untuk mendapatkan benang sutera, 'ulat' itu pula mahu keluar dan menjadi rama-rama.

Suriati

Tajuk : Suriati
Penulis : Azizi Abdullah
Harga : RM19.00
ISBN : 9789833991884
Mukasurat : 272
Berat : 250g

Sinopsis
Suriati dan Anuar, kedua-duanya menyangka diri anak tunggal dalam keluarga serta ketandusan kasih sayang ibu bapa kandung.

Anuar meluahkan perasaan 'geram' kepada bapanya menerusi karangan sekolah. Suriati menjadikan catatan ibu sebagai panduan karangannya. Cikgu Saiful meminta mereka menyatukan dua karangan itu menjadi sebuah novel.

Bisakah mereka menyatukan dua kepala untuk menjayakan novel itu?

Apakah penemuan-penemuan memreanjatkan yang mereka temui?

Badai Cinta

Tajuk : Badai Cinta
Penulis : Azizi Abdullah
Harga : RM19.00
ISBN : 9789673621002
Mukasurat : 320
Berat : 260g

Sinopsis
Aku ingin hidup bersendirian. Aku ingin bergerak seperti awan - gemawan - yang bisa menangis - mencurah air mata sehingga dunia tahun bahawa aku hanya pernah bersamamu, tapi tidak mungkin bertemu lagi.

Demi cinta murni, dia sanggup membelah laut berdepan badai. Kini perlukah cinta yang diikat dengan ijab kabul dirungkai untuk jiwa kembali tenang?

Anak Belantara

Tajuk : Anak Belantara
Penulis : Azizi Abdullah
Harga : RM19.00
ISBN : 9789673620722
Mukasurat : 264
Berat : 210g

Sinopsis
Batang-batang balak yang bergelimpangan berculang-caling - dirasanya seperti satu petaka menimpa penduduk Uma Bawang - umpama mayat-mayat mereka yang bergelimpangan. Jeritan gergaji yang memotong pokok, dirasanya seperti memotong kaki penduduk Uma Bawang.

"Anak aku sudah mati. Semua orang kata dia ditimpa balak kerana tidak berhati-hati memasang jerat. Tapi adakah pokok itu yang tumbang atau ditumbangkan? Dalam sejarah Uma Bawang, tidak ada yang mati kerana ditimpa pokok!"


Latihan Pengukuhan Bahasa Arab (Tahap 6)

Tajuk : Latihan Pengukuhan Bahasa Arab (Tahap 6)
Penulis : Dr. Mohd. Puzhi Usop, Ust.Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid, Usth. Marzidah Hashim, Usth. Norasmazura Muhammad, Usth. Raja Munirah Raha Sulaiman  
Harga : RM17.00
ISBN : 9789670465340
Mukasurat : 216
Berat : 695g

Sinopsis
Merangkumi Sukatan KSSR-JAWI-JAIS-KAFA-J-QAF 

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang terpenting di dalam komunikasi di dunia ini. Lebih-lebih lagi untuk umat Islam, kerana bahasa ini merupakan Bahasa Al-Quran. Pengajian dan pembelajaran bahasa akan mudah dan menyeronokkan dengan adanya proses latihan, pengukuhan serta lisan atau percakapan. 

Buku ini merangkumkan latihan pengukuhan Bahasa Arab yang disusun secara sistematik dan bertahap. Amat sesuai digunakan oleh mereka yang ingin mengukuhkan lagi kemahiran berbahasa Arab sama ada dari segi percakapan atau penulisan. Selain itu pendekatan yang diambil di dalam penyusunan buku ini adalah bersesuaian dengan sukatan pelajaran KSSR, JAWI, JAIS, KAFA dan J-QAF. Ini akan memudahkan para pelajar dan mereka yang ingin mempelajari Bahasa Arab untuk mengikuti dan mempelajari bahasa ini dengan lebih sistematik dan melakukan banyak latihan yang telah disediakan. 

Buku ini terdapat di dalam 6 tahap (jilid). Kesemua tahap (jilid) dicetak dalam cetakan berwarna dan disertakan dengan ilustrasi, gambar dan grafik yang menarik bagi membuat suasana pembelajaran lebih santai dan seronok. Buku ini amat sesuai untuk semua peringkat umur.

Latihan Pengukuhan Bahasa Arab (Tahap 5)

Tajuk : Latihan Pengukuhan Bahasa Arab (Tahap 5)
Penulis : Dr. Mohd. Puzhi Usop, Ust.Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid, Usth. Marzidah Hashim, Usth. Norasmazura Muhammad, Usth. Raja Munirah Raha Sulaiman  
Harga : RM17.00
ISBN : 9789670465333  
Mukasurat : 264
Berat : 790g

Sinopsis
Merangkumi Sukatan KSSR-JAWI-JAIS-KAFA-J-QAF 

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang terpenting di dalam komunikasi di dunia ini. Lebih-lebih lagi untuk umat Islam, kerana bahasa ini merupakan Bahasa Al-Quran. Pengajian dan pembelajaran bahasa akan mudah dan menyeronokkan dengan adanya proses latihan, pengukuhan serta lisan atau percakapan. 

Buku ini merangkumkan latihan pengukuhan Bahasa Arab yang disusun secara sistematik dan bertahap. Amat sesuai digunakan oleh mereka yang ingin mengukuhkan lagi kemahiran berbahasa Arab sama ada dari segi percakapan atau penulisan. Selain itu pendekatan yang diambil di dalam penyusunan buku ini adalah bersesuaian dengan sukatan pelajaran KSSR, JAWI, JAIS, KAFA dan J-QAF. Ini akan memudahkan para pelajar dan mereka yang ingin mempelajari Bahasa Arab untuk mengikuti dan mempelajari bahasa ini dengan lebih sistematik dan melakukan banyak latihan yang telah disediakan. 

Buku ini terdapat di dalam 6 tahap (jilid). Kesemua tahap (jilid) dicetak dalam cetakan berwarna dan disertakan dengan ilustrasi, gambar dan grafik yang menarik bagi membuat suasana pembelajaran lebih santai dan seronok. Buku ini amat sesuai untuk semua peringkat umur.

Latihan Pengukuhan Bahasa Arab (Tahap 4)

Tajuk : Latihan Pengukuhan Bahasa Arab (Tahap 4)
Penulis : Dr. Mohd. Puzhi Usop, Ust.Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid, Usth. Marzidah Hashim, Usth. Norasmazura Muhammad, Usth. Raja Munirah Raha Sulaiman  
Harga : RM17.00
ISBN : 9789670465326  
Mukasurat : 233
Berat : 740g

Sinopsis
Merangkumi Sukatan KSSR-JAWI-JAIS-KAFA-J-QAF 

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang terpenting di dalam komunikasi di dunia ini. Lebih-lebih lagi untuk umat Islam, kerana bahasa ini merupakan Bahasa Al-Quran. Pengajian dan pembelajaran bahasa akan mudah dan menyeronokkan dengan adanya proses latihan, pengukuhan serta lisan atau percakapan. 

Buku ini merangkumkan latihan pengukuhan Bahasa Arab yang disusun secara sistematik dan bertahap. Amat sesuai digunakan oleh mereka yang ingin mengukuhkan lagi kemahiran berbahasa Arab sama ada dari segi percakapan atau penulisan. Selain itu pendekatan yang diambil di dalam penyusunan buku ini adalah bersesuaian dengan sukatan pelajaran KSSR, JAWI, JAIS, KAFA dan J-QAF. Ini akan memudahkan para pelajar dan mereka yang ingin mempelajari Bahasa Arab untuk mengikuti dan mempelajari bahasa ini dengan lebih sistematik dan melakukan banyak latihan yang telah disediakan. 

Buku ini terdapat di dalam 6 tahap (jilid). Kesemua tahap (jilid) dicetak dalam cetakan berwarna dan disertakan dengan ilustrasi, gambar dan grafik yang menarik bagi membuat suasana pembelajaran lebih santai dan seronok. Buku ini amat sesuai untuk semua peringkat umur.

Latihan Pengukuhan Bahasa Arab (Tahap 2)

Tajuk : Latihan Pengukuhan Bahasa Arab (Tahap 2)
Penulis : Dr. Mohd. Puzhi Usop, Ust.Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid, Usth. Marzidah Hashim, Usth. Norasmazura Muhammad, Usth. Raja Munirah Raha Sulaiman  
Harga : RM15.00
ISBN : 9789670465302  
Mukasurat : 169
Berat : 595g

Sinopsis
Merangkumi Sukatan KSSR-JAWI-JAIS-KAFA-J-QAF 

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang terpenting di dalam komunikasi di dunia ini. Lebih-lebih lagi untuk umat Islam, kerana bahasa ini merupakan Bahasa Al-Quran. Pengajian dan pembelajaran bahasa akan mudah dan menyeronokkan dengan adanya proses latihan, pengukuhan serta lisan atau percakapan. 

Buku ini merangkumkan latihan pengukuhan Bahasa Arab yang disusun secara sistematik dan bertahap. Amat sesuai digunakan oleh mereka yang ingin mengukuhkan lagi kemahiran berbahasa Arab sama ada dari segi percakapan atau penulisan. Selain itu pendekatan yang diambil di dalam penyusunan buku ini adalah bersesuaian dengan sukatan pelajaran KSSR, JAWI, JAIS, KAFA dan J-QAF. Ini akan memudahkan para pelajar dan mereka yang ingin mempelajari Bahasa Arab untuk mengikuti dan mempelajari bahasa ini dengan lebih sistematik dan melakukan banyak latihan yang telah disediakan. 

Buku ini terdapat di dalam 6 tahap (jilid). Kesemua tahap (jilid) dicetak dalam cetakan berwarna dan disertakan dengan ilustrasi, gambar dan grafik yang menarik bagi membuat suasana pembelajaran lebih santai dan seronok. Buku ini amat sesuai untuk semua peringkat umur.