Thursday, September 1, 2016

Latihan Pengukuhan Bahasa Arab (Tahap 5)

Tajuk : Latihan Pengukuhan Bahasa Arab (Tahap 5)
Penulis : Dr. Mohd. Puzhi Usop, Ust.Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid, Usth. Marzidah Hashim, Usth. Norasmazura Muhammad, Usth. Raja Munirah Raha Sulaiman  
Harga : RM17.00
ISBN : 9789670465333  
Mukasurat : 264
Berat : 790g

Sinopsis
Merangkumi Sukatan KSSR-JAWI-JAIS-KAFA-J-QAF 

Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa yang terpenting di dalam komunikasi di dunia ini. Lebih-lebih lagi untuk umat Islam, kerana bahasa ini merupakan Bahasa Al-Quran. Pengajian dan pembelajaran bahasa akan mudah dan menyeronokkan dengan adanya proses latihan, pengukuhan serta lisan atau percakapan. 

Buku ini merangkumkan latihan pengukuhan Bahasa Arab yang disusun secara sistematik dan bertahap. Amat sesuai digunakan oleh mereka yang ingin mengukuhkan lagi kemahiran berbahasa Arab sama ada dari segi percakapan atau penulisan. Selain itu pendekatan yang diambil di dalam penyusunan buku ini adalah bersesuaian dengan sukatan pelajaran KSSR, JAWI, JAIS, KAFA dan J-QAF. Ini akan memudahkan para pelajar dan mereka yang ingin mempelajari Bahasa Arab untuk mengikuti dan mempelajari bahasa ini dengan lebih sistematik dan melakukan banyak latihan yang telah disediakan. 

Buku ini terdapat di dalam 6 tahap (jilid). Kesemua tahap (jilid) dicetak dalam cetakan berwarna dan disertakan dengan ilustrasi, gambar dan grafik yang menarik bagi membuat suasana pembelajaran lebih santai dan seronok. Buku ini amat sesuai untuk semua peringkat umur.

No comments:

Post a Comment