Sunday, September 4, 2016

Siapa Allah Di Hatimu?

Tajuk : Siapa Allah Di Hatimu?
Penulis : Ibnu Rijal
Harga : RM16.50
ISBN : 978-967-0392-39-4
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Andai dikau bertanya... Firman ALLAH SWT di dalam al-Quran, “Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu tentang-KU, maka AKU ini amat dekat...” (Al-Baqarah, 186) Dirimu adalah hamba ALLAH SWT. Sesungguhnnya dalam kegersangan hidup yang dikau alami tika ini, adalah kerana dikau tertinggal satu permata dalam hati untuk dikau kerdipkan ia bersama dendangan kehidupan ini. Apabila permata itu dikau persia, hidupmu akan jadi sia-sia. Dikau akan sering tercari-cari dalam realiti dunia yang terang, dikau akan sering termimpi-mimpi dalam fantasi malam yang suram. Hari demi hari hidupmu, setapak demi setapak dunia datang menghasut, lalu selangkah demi selangkah permata itu kian jauh daripada dirimu. Metafora kehidupan tidaklah sesukar ini andai dikau kenal permata itu. Andai dikau tahu dan sedar bahawa dirimu ini adalah hamba, dikau takkan tercari-cari lagi dalam realiti. Dikau takkan termimipi-mimpi lagi di dalam fantasi. Andai dikau mahu dan peduli untuk bertanya tentang-NYA, hidup dan hati yang dikau isi dengan rasa pengabdian untuk-NYA, akan terasa manis apabila dikau tahu nikmatnya hidup di samping tuhan.

No comments:

Post a Comment