Tajuk : Di Atas Sayap-Sayap Malaikat
Penulis : Hana Ilhami
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-469-023-6
Mukasurat :
Berat :
Sinopsis
Madrasah Darul Uloom Al-Haniffa semakin terkenal di bumi Swiss. Ustaz Naim menggalas tanggungjawab memperluaskan syiar Islam di sana. Segalanya berjalan lancar sehinggalah penemuan nota-nota di tembok batu di hadapan madrasah, menimbulkan pelbagai tanda tanya. Tanpa Ustaz Naim sedari, perkembangan Darul Uloom tidak disenangi oleh pihak tertentu. Kemunculan Miriam dan Nadine, semakin menghuru-harakan hidup Ustaz Naim.
MIRIAM, seorang remaja berbangsa Yahudi sering berkunjung ke Darul Uloom kerana ingin mengetahui tentang Islam serta mempelajari seni khat dari Ustaz Naim. Meskipun ditentang keras oleh ibunya, Darul Uloom tetap dijejaki kerana Miriam sebenarnya sudah jatuh hati terhadap tenaga pengajar itu.
“Hampir setiap hari saya meneropong ustaz dari rumah saya. Sebab itulah saya dapat lukis wajah ustaz.” - Miriam.
Namun kedatangan Miriam telah menimbulkan pelbagai spekulasi. Beberapa orang penghuni Darul Uloom tidak menyukai kedatangannya. Ustaz Naim mulai dipandang serong.
NADINE, seorang penari kelab yang begitu agresif. Kemunculannya membuatkan ketenteraman hati Ustaz Naim sering terganggu. Wanita itu bukan sekadar menggoda, malah dia turut membuat provokasi terhadap Islam. Namun kerenah Nadine ditangani dengan penuh kesabaran meskipun adakalanya sangat menyesakkan jiwa.
Wanita yang menyembur pewangi dan menayang tubuhnya untuk memikat hati lelaki merupakan wanita yang tiada keyakinan diri. – Ustaz Naim.
Kau menghina aku? - Nadine.
Tidak. Saya sekadar mengingatkan. Sarungkan kembali jaket kamu. Kamu akan lebih dihormati jika kamu menghormati diri kamu sendiri – Ustaz Naim.
Hanya kerana sebuah lukisan wajah Ustaz Naim yang dilakar oleh Miriam ditemui pada mayat seorang remaja punk, Ustaz Naim menjadi suspek utama. Dia bukan sahaja disyaki membunuh, bahkan Darul Uloom turut dituduh sebagai markas militan Islam. Demi keselamatan Darul Uloom dan para pelajarnya, Ustaz Naim terpaksa bertindak.
“Kamu semua penuntut ilmu, jadi kenapa kamu mahu perlu berasa takut sedangkan para malaikat sentiasa bersama kamu?” – Ustaz Naim.
Mampukah Ustaz Naim membersihkan namanya sekali gus mempertahankan Darul Uloom? Siapakah sebenarnya dalang yang cuba menghancurkan Darul Uloom? Bagaimana pula dengan kedua-dua wanita ahli kitab yang muncul dalam hidup Ustaz Naim? Ikhlaskah cinta kedua-duanya atau sebenarnya mereka mempunyai agenda yang tersendiri?
No comments:
Post a Comment