Tuesday, June 21, 2016

Simulasi

Tajuk : Simulasi
Penulis : Lokman Hakim
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-369-339-9
Mukasurat : 376
Berat :

Sinopsis
Syukri mahukan kehidupannya kembali. Nora dengan penyakit autisme sedang bergelut dengan refleksi seorang lelaki aneh yang mahu masuk ke dalam hidupnya. Fateha pula berhempas-pulas untuk membantu Nora keluar dari kesukaran autisme itu.

Sebuah manuskrip telah mengubah hidup mereka. Mungkin sekadar penulisnya. Ataupun editornya. Tiada siapa yang pasti.

Bulan berbentuk kiub berapungan di langit menjadi enigma buat mereka yang menyedari. Namun begitu, tidak semua yang menyedari kejanggalan pada bulan tersebut.

Malaysia. Tahun 2032. Hidup agak sukar. Namun manusia sentiasa ada jalan keluar. Kadangkala jalan keluarnya tidak semestinya sama dengan apa yang pernah dibayangkan. Mungkin juga kehidupan itu hanya satu simulasi.

Isi Kandungan
Prolog 

Bab 1: Tabloid 
Bab 2: Mimpi 
Bab 3: Manuskrip
Bab 4: Kemurungan
Bab 5: Nostalgia
Bab 6: Normal
Bab 7: Kesepian
Bab 8: Terbang Merentas Laut
Bab 9: Kematian
Bab 10: Terapi
Bab 11: Ilusi atau Realiti
Bab 12: Memburu Bayang
Bab 13: Telepati
Bab 14: Terperangkap
Bab 15: Tawakal
Bab 16: Terbang/Mendarat
Bab 17: Dadu
Bab 18: Lompong Jiwa
Bab 19: Artifisial
Bab 20: Kembar Tiga
Bab 21: Landskap
Bab 22: Simulasi
Bab 23: Lari - Laduni
Bab 24: Pandemik
Bab 25: Huraikan Enigma
Bab 26: Hilang
Bab 27: Simbiosis
Bab 28: Halimunan
Bab 29: Helah
Bab 30: Serang Balas
Bab 31: Rahsia
Bab 32: Zulmat
Bab 33: Perundingan
Bab 34: Pemantauan
Bab 35: Perlawanan
Bab 36: Korban, Mereka itu Ramai
Bab 37: Tidur itu Satu Neraka
Bab 38: Penantian
Bab 39: Bulan Kiub di Langit Malam
Bab 40: Pandemonium
Bab 41: Simulasi Tamat
Bab 42: Ini Realiti
Bab 43: Pusara
Epilog
Biodata Lokman Hakim

Wednesday, June 15, 2016

Lelaki Untuk Zinn

Tajuk : Lelaki Untuk Zinn
Penulis : Ezza Mysara
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-0718-59-0
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Menangguhkan pengajian dan menjadi cikgu tuisyen dalam usia muda tak pernah ada dalam kamus hidup Zinn. Tapi, itulah yang terpaksa dia lakukan demi meneruskan legasi keluarga. Permulaannya hanyalah biasa-biasa. Tapi keadaan berubah jadi huru hara bila dia 'dipaksa' oleh Encik Tarmizi untuk menjadi personal tutor pada anaknya, si Ahmad Azan yang heartless ya ampun! "Saya akan bayar lima ribu sebulan dengan syarat, anak saya wajib perform!" Kepala Zinn jadi senak. Kalau si anak minta diazankan, si ayah pula minta dibacakan talkin. Namun, hubungan Zinn dan Encik Tarmizi mengundang salah faham si anak. “Saya memang dah tak ada mak tapi, itu tak bermakna saya nak mak tiri!”- Azan. “Hei! budak, awak jangan buat kelakar ya! Saya dengan papa awak tak ada apa-apa!” Zinn. “Kalau macam tu, jadi isteri saya!”- Azan. Dua beranak ni memang buat hidup Zinn tak tenteram. Tak cukup bapa, anak sekali tumpang sekaki. "Kalau susah sangat nak buat pilihan, apa kata kita baling syiling?" Syiling di tangan Azan terus lambung dan tangkap. “Kalau kepala apa? Kalau ekor apa?” “If heads, I’m yours. But if tails....” Azan tak sudahkan ayatnya. “If tails?” Zinn ingin tahu. Tapak tangan Azan buka. Ekor! “You’re mine!” putus Azan, pasti. “Huh!” Benarkah Zinn akan memilih untuk menjadi milik Azan? Beza umur mereka empat tahun. Tapi kenapa Zinn rasa bila bercakap tentang kehidupan, Azan lebih dewasa dari usianya? “Matlamat perkahwinan kita ni bukan untuk berfikir perkara yang sama tapi untuk berfikir bersama-sama. Will you, Zinn?”

Wednesday, June 8, 2016

Aku Dan 1B3K

Tajuk : Aku Dan 1B3K
Penulis : Isma Adeliya
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0907-25-3
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Dia bengkeng.
Tak ada masalah. Kata ibunya jangan takut dengan tengkingannya.
Dia kerek.
Tak ada masalah. Abaikan saja sikapnya, janji kerja aku siap.
Dia kurang ajar.
Tak ada masalah. Pekakkan telinga dari cemuhan, kutukan dan bebelannya.
Dia tidak suka perempuan berhijab.
Lantaklah. Sebulan saja tempohnya. Pejam, celik habislah sebulan. Selepas itu apa yang perlu dirisaukan tentang prejudisnya terhadap perempuan berhijab? Itu masalah dia, bukan aku.
Dia kacak.
Sayang, wajah kacaknya itu tidak selari dengan akhlaknya. Alangkah bagus kalau wajahnya yang kacak dipakejkan sekali dengan perangai yang molek.
Dia cintakan aku.
Tidak! Ini tak boleh jadi. Mana boleh aku terima dia. Dia 1B3K dan dia tak solat.

“Pandang aku Fina. Cakap dengan aku… kau tak cintakan aku… dan aku akan pergi, bukan sekadar dari sini tapi dari hidup kau… selama-lamanya.”

Kenapa cinta selalu datang pada waktu yang salah, di tempat yang salah dan pada orang yang salah?

“Saya tak cintakan bos. Saya minta maaf… malam tu saya keliru.”
Kenapa mulut dan hati selalu tidak selari?

“Love has become more meaningful when you came into my life.”

Tipulah! Kalau kau ikhlas mencintaiku, kenapa nama dia yang sering kau sebut?

Rafique's Girl

Tajuk : Rafique's Girl
Penulis : Lynn Safiya
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-0907-26-0
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Rafique Azwar... lelaki yang digelar ‘mamat sejuk beku’ oleh adik sendiri, memang tidak pandai bercinta. Riaknya yang sentiasa serius serta perwatakan yang kaku membuat semua gadis yang pernah mendampinginya angkat kaki kerana tidak tahan dengan sikapnya yang beku dan tidak pandai mengambil hati. Sehinggalah dia bertemu Dhamira.

Pertemuan pertama membuat Rafique gagal mengawal mata serta emosi. Namun, kemahuan hati yang sudah berbisik rasa, tidak mampu dituruti kerana percaya gadis itu sudah berpunya. Bukan pendiriannya merampas milik lelaki lain. Hati membengkak melihat kemesraan Dhamira bersama Danial dan bebas laku pasangan itu, sehinggakan dia mampu bertindak di luar jangkaan.
Dhamira... gadis selamba yang memendam seribu rahsia. Rahsia yang menyimpan selautan duka. Bertemu dengan Rafique membuat dia tidak selesa. Pandangan lelaki itu mendebarkan hati. Hati yang disangka telah mati. Sedar yang Rafique sering bersangka buruk akan hubungannya dengan Danial, Dhamira tetap mendiamkan diri. Namun, tatkala rahsia akhirnya tersingkap, Rafique terkedu sendiri.

“Korang tak malu ke?... Aku bukan sekadar sakit mata tengok korang dengan tak malunya bersentuh-sentuhan depan orang ramai, tapi aku pun dah terpalit dosa jugak sebab benarkan perkara mungkar berlaku depan mata aku!” – Rafique

Tidak sempat meminta maaf, Dhamira ditimpa kecelakaan. Kecelakaan yang menyerlahkan kesanggupan Rafique untuk berkorban harta dan nyawa demi Dhamira. Maka atas alasan ‘hutang nyawa’ serta desakan Danial, Dhamira bersetuju menerima lamaran Rafique. Sukarnya meniti kehidupan rumah tangga apabila dua jiwa yang jauh berbeza bersatu. Rafique yang beku, serta Dhamira yang terlalu halus hatinya. Azam untuk menerima Rafique seadanya rupa-rupanya hanya di bibir sedangkan hatinya masih mengharapkan suaminya itu meluahkan rasa hati.

Mampukah Dhamira menangani kecewa dalam hati? Mengapa kebahagiaan yang dicari Dhamira sering menjadi iri kakak sendiri? Betulkah Rafique tidak mencintai dia sedangkan setiap perlakuan lelaki itu mencerminkan sebaliknya?

Fugitif

Tajuk : Fugitif
Penulis : Maya Iris
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0724-7
Mukasurat : 544
Berat : 500g

Sinopsis
Menakluk dunia. Itu agenda mereka. Untuk dipersembahkan kepada ‘Raja Besar’ yang berkuasa menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup. Namun, rancangan mereka terencat akibat campur tangan dua rakyat Malaysia secara tidak sengaja. Arahan telah dikeluarkan. Pasangan suami isteri ini perlu dihapuskan. Walau dengan apa cara sekalipun.

Dr. Ehsan dan Nur Sayang tiada pilihan. Mereka menjadi pelarian tanpa rela demi kelangsungan hidup. Sehelai sepinggang, pasangan ini meninggalkan kehidupan dan keluarga demi menyelamatkan diri. Menyamar dan melakukan pelbagai kerja halal untuk sesuap nasi. Hidup perlu diteruskan.

Apabila Nur Sayang melahirkan anak pertama mereka, tragedi menimpa. Disebabkan sebuah video yang menjadi viral, mereka terpaksa melarikan diri lagi. Bersembunyi di tempat terpencil yang tidak boleh dikesan oleh teknologi moden Konsortium.

Namun, igauan ngeri itu belum berakhir. Serangan Konsortium terhadap ahli keluarga mereka membuatkan Dr. Ehsan kembali ke Mesir. Meminta pertolongan Arielle untuk menyelamatkan diri dan semua yang disayanginya daripada Konsortium. Namun, bayaran yang ditagih ialah perpisahan dari isteri tersayang. Dr. Ehsan menghilangkan diri.

Ke mana Dr. Ehsan menghilang?

Bagaimana Nur Sayang meneruskan hidup sebagai fugitif di benua yang berasingan?

Bertemukah mereka akhirnya?

Projek Seram : Airport

Tajuk : Projek Seram : Airport
Penulis : Helmi Effendy, Noorfadzillah, Aida Adia, Aziah Zainal
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-446-260-4
Mukasurat : 516
Berat :

Sinopsis
ZON HITAM – HELMI EFFENDY
~Tiada yang lebih gelap daripada sisi gelap seorang manusia~
Lapangan Terbang Hang Nadim di Eurasia dirampas oleh kumpulan pengganas. Dalam masa yang sama, sebuah pesawat yang telah hilang lima tahun lalu muncul secara tiba-tiba. Tidak lama kemudian, lapangan terbang itu diselubungi gelombang hitam yang tidak diketahui dari mana datangnya. Apa sebenarnya yang terjadi? Misteri apakah yang sedang melanda lapangan terbang itu? Bala tidak berhenti menyapa mereka yang berada di dalamnya.

LAPANGAN TERBANG BERPUAKA – NOORFADZILLAH
~ Bila sudah daftar masuk maka keluarnya dengan tiket kematian~
Di kala Pan Borneo Agensi mengalami masalah kewangan. Muncul insan misteri bersama tawaran setengah juta dengan syarat dokumentasikan Lapangan Terbang Akarak sebelum tempat itu dimusnahkan. Dayang Erdina bersama satu team dihantar ke sebuah lapangan terbang lama di Pulau Akarak, Sabah. Ini satu peluang yang sangat mengujakan. Ini juga satu rezeki datang tidak terduga. Ini adalah pengalaman yang tidak ternilai. Tetapi, mereka tidak tahu bahawa inilah jalan daftar masuk dan mati dialu-alukan oleh roh-roh kejam menantikan jiwa murni.

BLURB DESTINASI TERAKHIR - AZIAH ZAINAL
~jahat dibalas jahat~
Mengisahkan Hazrin seorang anak keluarga berada yang sangat sayangkan kekasihnya Nora. Pada suatu hari Nora ditugaskan untuk bertugas di Indonesia dan sesuatu yang aneh telah berlaku kepada Nora yang menyebabkan mereka berpisah. Kapal terbang yang dinaiki Nora hampir terhempas. Kehadiran Fara seorang pramugari cantik menyebabkan Hazrin leka dengan cintanya. Berjayakah Nora berjumpa kekasihnya semula dan siapakah yang bertanggungjawab di atas semua kejadian ini?

BANDARA ANGKER – AIDA ADIA
~Jangan dicabar keramatnya~
Akibat keceloparan dan sikap kurang beradabnya di tempat-tempat yang terkenal dengan keramatnya di Yogjakarta, Ali Imran ‘ditunjukkan’ sesuatu yang membuktikan bahawa segala yang mustahil baginya wujud atas keizinan ALLAH! Ali Imran ‘dibawa’ ke alam lain dan melalui perkara-perkara mistik dan menyeramkan di tempat-tempat keramat yang pernah dia persendakan sebelum ini.

Tuesday, June 7, 2016

Buat Duit dengan Mudah.My

Tajuk : Buat Duit dengan Mudah.My
Penulis : Umar Taib
Harga : RM9.90
ISBN : 978-967-411-852-5
Mukasurat : 120
Berat :

Sinopsis
Mudah.my sememangnya laman web yang begitu popular dalam kalangan peniaga dan pembeli khususnya yang meminati urusan jual beli secara online. Selain kepelbagaian produk dan servis yang ditawarkan. urusan jual belinya juga mudah dan tidak membebankan. 

Buku ini memberi peluang kepada kita bagi meneroka setiap ruang dan peluang bagi menjana pendapatan dan mengurangkan risiko kegagalan menerusi laman web ini.

Isi Kandungan

    Potensi Mudah.my untuk Bisnes
    Tajuk dan Kandungan Iklan yang Mampu Menjual
    Bagaimana Menarik Pelawat Internet
    Memberikan Khidmat Pelanggan yang Cemerlang
    Bagaimana Gambar Mampu menjual dengan sendiri
    Menjana Untung Lebih
    Produk dan Servis yang Laku