Thursday, June 30, 2016

Pelukis Jalanan

Tajuk : Pelukis Jalanan
Penulis : Teme Abdullah
Harga : RM25.00
ISBN : 978-983-2423-29-4
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Kisah Si Pelukis Jalanan
Dapat biasiswa ke luar negara
Terkandas di A-Level
Sambung belajar di UK dengan biaya sendiri
Kerja di fast food restaurant untuk survive
Bank account balance = £0
Ditikam belakang oleh rakan sekelas
Sebulan makan nasi + telur + garam
Mula melukis di jalanan
Lukisan mula menempah nama di Instagram
Dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan

"Jika diberi peluang berpatah balik masa, perbetulkan semuanya, mengelak kegagalan berlaku, dan hidup dengan selesa, aku akan memilih untuk tidak lakukannya. Kerana pengalaman inilah anugerah bernilai Allah kepada aku" - Teme Abdullah

Biar Tak Glamor Di Dunia, Asal Popular Di Langit Sana

Tajuk : Biar Tak Glamor Di Dunia, Asal Popular Di Langit Sana
Penulis : Inche Gabbana
Harga : RM25.00
ISBN : 9789671277959
Mukasurat : 314
Berat :

Sinopsis
“Sesungguhnya tabi'in yang terbaik ialah seorang pemuda bernama Uwais.” 

Uwais al-Qarni. Suatu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kita mengenalinya sebagai seorang selebriti langit; tidak dikenali di dunia sewaktu hayatnya tapi dipuja di langit dan seluruh alam buana. 

Ironinya, hari ini kita hidup di dalam zaman yang penuh dengan kegilaan; antaranya kegilaan mencari populariti dan kemahsyuran dunia. Trend Mukabuku, Insta dan Pengicau yang mendominasi kehidupan masyarakat hari ini, menjadikan kita tidak lagi dapat memaknai keikhlasan dalam erti katanya yang sebenar. 

Buku ‘Biar Tak Glamor Di Dunia, Asal Popular Di Langit Sana' adalah suatu usaha kecil untuk mengajak kita semua untuk kembali menghayati betapa besarnya makna sebuah keikhlasan. Dan betapa manis dan lazatnya buah-buahan ranum yang tumbuh dari benih-benih keikhlasan ini.

Agar kita semua dapat menjadi selebriti langit seperti Uwais. Senyum.

Love You Forever

Tajuk : Love You Forever
Penulis : Nia Reiya
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-86-0726-1
Mukasurat : 544
Berat : 500g

Sinopsis
Aku tak pernah rasa bahagia dalam hidupku. Aku berharap ibu dapat menerimaku sebagai anaknya. Aku juga berharap dapat meraih cinta suamiku. Tetapi... sanggup abang? Kenapa selalu buat Farah begini? Abang pentingkan perempuan lain daripada isteri abang sendiri. Farah cintakan abang dan akan tunggu abang sampai bila-bila. – FARAH ALWANI

Perempuan tak guna. Kalau ibu kau sendiri tak terima kau sebagai anak, jangan haraplah aku nak terima kau sebagai isteri aku. Aku hanya cintakan Amalina. Aku tak boleh hidup dengan perempuan yang aku tak cinta. Berambus kau dari hidup aku! – QALIFF FAKHRUL

Akhirnya aku berjaya juga menghapuskan perempuan itu dalam hidup Rul. Rul hanya untuk aku. Harta dia kepunyaan aku. Aku sanggup buat apa sahaja untuk menghapuskan orang yang jadi penghalang cintaku. Aku tak sanggup kehilangan Rul. – WAN AMALINA

Hidup aku musnah. Masa depan aku menjadi gelap. Aku benci kau, Farah. Aku benci kau! Sampai bila-bila pun aku tak akan terima kau sebagai darah daging aku. Disebabkan kaulah maruah aku tercalar. Aku benci kau! – KALSOM

Siapakah Farah sebenarnya? Apakah yang terjadi pada Kalsom hingga dia membenci anak kandungnya sendiri? Dapatkah Fakhrul menyelamatkan rumah tangga mereka? Apakah kesudahan percintaan Fakhrul dan Amalina? Berjayakah Farah meraih cinta Fakhrul. Apakah kesudahan rumah tangga mereka?

Tunang Tak Guna

Tajuk : Tunang Tak Guna
Penulis : Murni Aqila
Harga : RM32.00
ISBN : 978-967-86-0723-0
Mukasurat : 720
Berat : 700g

Sinopsis
Shila tunang Ezzat. Suka sama suka. Satu tempat kerja. Si Shila ni perangainya pelik sikit. Cepat menggelabah. Kalut tak tentu pasal. Kuat melatah. Lurus bendul. Tapi baik hati. Ezzat ni kononnya cinta sepenuh hati pada Shila. Namun pada hari majlis mereka bakal disatukan, Ezzat lari dari kampung! Tak tahulah sebab apa. Sakit otak agaknya. Tak guna!

Shila punyalah kecewa... menangis tak berhenti. Dahlah satu keluarga dapat malu. Menanggung hutang lagi. Kena kutuk pulak tu. Siapa yang tak sedih? Tanpa disangka, rumah Shila terbakar. Semua tak dapat diselamatkan. Berita duka itu sampai ke pengetahuan Ezzat. Menyesal tak sudah Ezzat dibuatnya. Walau dah bertahun-tahun, dia masih dihantui dengan tindakan bodoh kerana tinggalkan Shila.

Ditakdirkan dia jumpa gadis berwajah seiras Shila. Tapi gadis tu bergaya moden. Perangai pula garang gila. Muka Ezzat selamba dia lempang. Padan muka Ezzat! Barulah bertemu buku dengan ruas. Apa sebenarnya yang terjadi antara Ezzat dengan awek rimau?

Nyawa

Tajuk : Nyawa
Penulis : Eqbal Mohaydeen
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-446-255-0
Mukasurat : 544
Berat :

Sinopsis
Satu kematian sadis terjadi. Inspektor Amiruddin cuba menyelesaikan kes. Saksi menyatakan sesuatu yang bersifat paranormal tetapi sukar untuk diterima logik akal Inspektor Amiruddin. Kekeliruan mula tercetus. Lima nama watak lagi tersenarai.

Masing-masing mengalami gangguan menyeramkan yang serupa. Seorang perempuan berwajah hodoh dan mengerikan sering muncul memberikan amaran nyawa mereka menjadi buruannya. Kejadian-kejadian menggerunkan merasuk diri. Mimpi-mimpi ngeri menghantui di antara lena dan jaga. Kematian terasa berlegar-legar di sekeliling mereka. Jiwa sentiasa diamuk ketakutan. Berjayakah mereka menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa kerakusan syaitan itu? Dan mampukah Inspektor Amiruddin membantu menyelesaikan kes kematian yang berlaku?

"Mana mungkin seorang manusia dibunuh dengan begitu kejam oleh sesuatu yang tak dapat dilihat oleh mata kasar." - Inspektor Amiruddin

"Saya nampak sendiri Azazil tarik bayi dalam kandungan ni hidup-hidup. Mimpi ni ada makna abang. Iblis tu masih hidup. Dia nak ambil anak kita" - Izara

“Rumah kau tu macam mengusik. Maksud aku macam ada sesuatu selain manusia yang menumpang kat rumah kau. Kau faham kan maksud aku?" – Arman

Kalau Ada Jodoh 2

Tajuk : Kalau Ada Jodoh 2
Penulis : Mimie Afinie
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0718-61-3
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Hidup bersama Pyan, tak ada apa yang kurang buat Rini. Pyan yang sentiasa menghiburkan, Pyan yang kekal penyayang. Hidup mereka makin berseri bila dikurniakan cahaya mata. Tapi yang Rini peningnya, si kecil baru empat bulan, Pyan dah minta anak lagi. "Masa kita muda nilah nak tambah anak pun."-Pyan "Memanglah. Tapi bagilah can umi kurus dulu." "Badan umi dah kurus dah." "Tapi belum betul-betul kurus lagi." "Umiiii...." Pyan dah mula merengek Rini pula memang tak boleh kalau si suami merengek. Hati terus jadi lemah. Hidup mereka penuh rencah bahagia. Rini tak pernah sangka, Pyan yang dia tak sukai sebelum ni, boleh menjadi lelaki yang paling dia sayang. Bersama Pyan, dia jadi lupa tentang kelukaan lalu bersama Faris. Tapi, siapa sangka, lakaran hidupnya masih ada ujian. Dalam asyik menyulam bahagia, satu insiden telah membuatkan Pyan berubah. Pyan buat dia macam tak ada perasaan. "Yang malam tadi tu, saya tak sengaja..." Pyan pintas sebelum sempat Rini bersuara. "Tak sengaja atau sengaja nak puaskan nafsu awak tu?" Berombak dada Rini akibat marah. Suara yang tadinya perlahan dah jadi tinggi. "Awak buat saya macam perempuan murahan. Macam perempuan yang tak ada harga diri. Kalau betul dah jijik dengan saya, kenapa masih nak simpan? Kenapa tak lepaskan saja?" Memang Pyan tak halau dia. Tapi, kalau diri sudah tidak dipedulikan lagi, buat apa dia jadi tunggul dalam rumah sendiri? Dia ambil keputusan untuk pergi. Dan saat dia menangisi nasib diri, Faris datang menghulur bahu. "Susah Rini, susah abang juga. Abang tak akan biarkan Rini tanggung sendirian. Abang akan sentiasa ada bersama Rini." - Faris Memanglah Faris tak pernah jauh darinya. Tapi, hatinya tak mahu yang lain. Dia cuma mahu Pyan. Apa akan jadi dengan rumah tangga mereka bila masing-masing hanya memendam rasa dalam dada? Apakah jodoh kedua Rini ini akan musnah seperti musnahnya ikatan dia bersama Faris dulu? 

Jodoh Sebumbung

Tajuk : Jodoh Sebumbung
Penulis : Siti Nur Dhuha
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-446-259-8
Mukasurat : 672
Berat :

Sinopsis
Kematian ibu dan ayah angkatnya memaksa Amsyar memikul tanggungjawab yang berat. Dia terpaksa membesarkan Elisha, anak yatim piatu. Sepanjang membesarkan Elisha, Amsyar merahsiakan bahawa mereka berdua sebenarnya bukan adik-beradik kandung. Amsyar bimbang, Elisha tidak mahu tinggal bersamanya lagi. Kerana Amsyar begitu menyayangi Elisha dan tidak sanggup untuk berpisah dengan Elisha.

Umar, iaitu sahabat Amsyar sering menasihati Amsyar agar menghalalkan hubungan mereka dengan perkahwinan. Sukar untuk Amsyar menerima Elisha sebagai isteri kerana memikirkan dendam ayahnya, Syed Mansor terhadap Elisha dan arwah ibu dan ayah angkatnya. Atas arahan Syed Mansor, Amsyar mula bersikap kasar dan menjadi kaki pukul. Dia sering menyakiti tubuh Elisha. Amsyar diugut, jika dia tidak membuatkan hidup Elisha merana, maka Syed Mansor sendiri yang akan menamatkan nyawa Elisha. Namun, dalam diam, Amsyar menyimpan perasaan cinta terhadap Elisha.

Adakah Elisha akan menjadi mangsa korban angkara dendam lama? Dapatkah Amsyar memiliki sekeping hati milik Elisha? Masih adakah kebahagiaan untuk Elisha?

“Dah banyak kali aku pesan pada kau, kalau aku ada, kau kena pakai tudung, pakai baju besar! Faham?” - Amsyar

“Sampai akhirat sekalipun, kau dan dia bukan adik-beradik kandung. Haram kau tinggal berdua-duaan dengan dia dalam satu rumah.” ~ Umar

“Abang Am pukul Elis sebab Elis minta untuk keluar dari rumah ni. Ni bukan kali pertama Abang Am pukul Elis.” ~ Elisha. 

Projek Seram : Highway

Tajuk : Projek Seram : Highway
Penulis : Saidee Nor Azam, Sufi Abqari, Akma Saidon, Ninie Othman
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-446-256-7
Mukasurat : 502
Berat : 400g

Sinopsis
“Aku takut… aku masih belum mahu mati!” / JALAN TERAKHIR
Perjalanan Razak sebagai penghantar barang ke Pantai Timur telah diganggu. Rakannya yang juga penemannya, Azhar telah hilang secara misteri. Siapakah Fatin yang sentiasa setia menemani Razak? Siapakah lelaki tua misteri yang dijumpai Razak di pinggir lebuh raya? Adakah nyawa Razak bakal terancam dengan gangguan makhluk halus sepanjang perjalanannya?

Yang mati yang semestinya pergi. / GANGGUAN
Tarmizi dan Nazrin, dua orang pemandu van jenazah perlu menghantar satu jenazah ke sebuah perkampungan di Kedah. Satu susuk wanita berjubah putih kerap kali mengganggu dan menghantui perjalanan malam mereka sebaik sahaja mereka keluar dari tanah perkuburan itu. Setiap kali munculnya wanita itu, pasti dengan wajah yang menakutkan, mata yang bersinar merah menyala dan seakan-akan marah. Siapakah wanita itu? Mengapa wanita itu terus-terusan mengekori perjalanan malam Tarmizi dan Nazrin? Apa yang wanita itu mahukan?

“Kujejak langkahmu kasih, kerana nafasmu adalah nyawaku.” / DESTINASI
Sebuah bungkusan berisi patung porselin sebesar tapak tangan telah mengubah hidup sepasang kembar, Yana dan Syasya. Beberapa kematian yang berlaku membuatkan Mamat, seorang anggota polis mengesyaki Yana sebagai suspek memandangkan dia pernah menghidap paranoid skizofrenia. Manakala Yana dan Xie De telah ke Perasing menjejak Syasya. Adakah Syasya benar-benar telah ke Perasing? Adakah Yana adalah pembunuh yang sebenar?

“Kerana dosa mereka binasa…” / DOSA SEMALAM
Rancangan empat sekawan untuk pergi berseronok di satu tempat tidak kesampaian apabila mereka mengalami kemalangan di Lebuh Raya Karak yang hampir meragut nyawa mereka. Setelah tersedar daripada pengsan, mereka menyedari yang mereka bukan berada di Lebuh Raya Karak. Mereka bagaikan berada di satu dunia aneh yang penuh dengan misteri.

Part Time Maid

Tajuk : Part Time Maid 
Penulis : Adriana Amani Hakimi
Harga : RM28.00
ISBN : 9789671401002
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
SETIAP manusia pasti punya cita-cita demi mengubah hidupnya dan mendapat apa yang dihajati. Namun, cita-cita Wawa untuk memperoleh kerjaya yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Dia dibungkus oleh impian yang kini hanya menjadi angan-angan semata-mata.

“Cita-citaku bukan terlalu besar. Hanya sekelumit dalam hidupku agar menjadi manusia berjaya. Ternyata, ianya tidak dapat kugapai secara sempurna.” WAWA

Wawa terpaksa menghadam kerjaya sebagai pembantu kepada seorang kaya yang berhati durja. Setiap hari, makanan dan minuman Wawa ialah makian dan kata-kata nista.

“Aku berkuasa kerana wang yang kumiliki. Jadilah abdiku apabila aku berkehendakkan kau berbuat begitu.” DATUK SERI MAJID

Walaupun hati Wawa terlalu sinu, dia terpaksa rela biarpun Datuk Seri Majid berbuat bajingan terhadapnya. Wawa tahu, dirinya kini tidak ubah seperti haiwan berkurap.

Dalam kepayahan Wawa meniti kerja di bawah telunjuk lelaki tidak berhati perut itu, kenangan lalu mula bergentayangan di sanubarinya. Setiap hari, wajah pemuda tampan yang pernah dikasihi, acap kali menghimpit dirinya.

“Bahasa klisenya, aku sayang kepadamu. Kalau boleh, aku mahu menjadi suramu. Itu pun, kalau kau sanggup memaafkanku.” AIMAN

Wawa berbelah bahagi. Adakah dia tegar bekerja di bawah Datuk Seri Majid yang keparat itu dengan cara menjadi tuli dan membodohkan diri? Atau, mengambil keputusan untuk melepaskan amarah dengan cara mengeluarkan kata-kata kesat demi memperlihatkan bahawa dirinya punya harga diri? Wawa harus memilih terbaik demi kelangsungan hidupnya...   

1st Class Mistress

Tajuk : 1st Class Mistress
Penulis : Sara Kyoko
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-0907-28-4
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Mereka kata perangkap cinta itu boleh menyatukan dua insan yang berlainan jantina. Tapi, ini kisah lain. Kisah cinta antara Yusuf Dzulkarnain dan Jasmine Hannah. Bagaimanakah perangkap cinta itu boleh menyatukan mereka yang datang dari dua dunia berbeza?

“Entahlah... Jasmine mengingatkan aku kepada diri sendiri. Dia bagaikan biasan masa silam aku. Tiap kali aku pandang Jasmine, wajahnya itu, seolah-olah meminta aku untuk selamatkannya. Sekelip mata sahaja ada rasa dalam diri ini, rasa yang lahir untuk mempertahankan dan melindungi dia.” - Yusuf Dzulkarnain

“Perempuan baik untuk lelaki yang baik? Aku ni perempuan macam mana, Yusuf? Perempuan yang tak baik, kan? Bukankah itu maknanya aku cuma sesuai dengan lelaki yang tak baik? Macam Adam?” - Jasmine Hannah

Apabila dendam sebelas tahun yang lalu berjaya membelah waktu, dan akhirnya tampil menjadi penghalang kepada bahagia mereka yang baru dirasa, apabila ada manusia yang tampil hanya untuk mengingatkan tentang sejarah silam mereka yang penuh noda, benarkah cinta sahaja boleh mengatasinya? Atau mungkinkah hubungan yang baru terjalin itu bakal menemui titik noktahnya?

“Apa beza dunia kita dengan dunia Jasmine? Dongak ke atas, langit yang sama. Tunduk ke bawah, bumi yang sama. Manusia di tengah-tengah ini yang membeza-bezakan  antara satu sama lain. Insya-Allah, semua itu akan mampu kami tempuhi dengan kematangan.” - Yusuf Dzulkarnain

“Hasbunallahu wa ni’mal wakil. Cukuplah Allah sebagai penolong kami, dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.” - Jasmine Hannah

Sengal Punya Mamat

Tajuk : Sengal Punya Mamat
Penulis : Ummu Wafa
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-86-0699-8
Mukasurat : 736
Berat : 700g

Sinopsis
Obes, tapi manis. Itulah Siti Ajira. Ada yang memanggil beliau Siti dan ada juga yang memanggilnya Ajira. Berjaya di desa dan juga cemerlang di kota. Namun, ujian yang melanda di usia remaja, berterusan hingga ke alam rumah tangga.

Farhan seorang yang kaya, handsome, bergaya dan merupakan usahawan aksesori dan servis kenderaan mewah di suburb KL metropolis. Namun, kedua-duanya anti cinta. Siti Ajira benci pada lelaki kerana baginya lelaki banyak yang jahat dari yang baik. Farhan pula fobia perempuan kerana apa telah yang diperlakukan oleh tunang terhadapnya meremuk-rendamkan hatinya.

Takdir ALLAH mengatasi segala-galanya, mereka diisytihar husband & wife dengan klausa perjanjian yang dirangka ikut suka. Maka apabila diterjemah ke realiti alam rumah tangga, ternyata ia mengharu-birukan keduanya.

Pelbagai rintangan dan dugaan yang dihadapi dalam rumah tangga yang akhirnya menyatukan mereka bersama.

Darlingku Minah Angau

Tajuk : Darlingku Minah Angau
Penulis : Rabihah Nur Ridhuan
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-446-253-6
Mukasurat : 608
Berat : 400g

Sinopsis
Kehadiran Anggun Danisha di rumah atuknya telah menyebabkan hidup Harith Mishka menjadi porak- peranda. Dia bencikan gadis itu yang merupakan anak musuhnya. Dia merasakan Anggun Danisha seperti minah angau yang terlalu mengejar cinta. Sehingga sanggup menyambung master di universiti tempatnya bekerja demi mengejar cinta seorang lelaki.

Siapa sangka hubungan yang pada mulanya dingin semakin rapat dari hari ke hari. Tanpa sedar bunga-bunga cinta semakin membenih dalam diri masing-masing.

Tanpa mempedulikan dengan setiap cabaran yang mendatang. Harith Mishka nekad membawa Anggun Danisha kahwin lari di luar negara.

Namun baru sahaja mereka menyulam bahagia, rumah tangga mereka mula diuji. Anggun Danisha semakin keliru. Apatah lagi Harith Mishka sudah mula menunjukkan sikap bengisnya membuatkan cintanya semakin pudar. Wajarkah dia mempertahankan rumah tangganya? Perlukah dia meneruskan cintanya yang kian pudar?

“I mintak maaf sebab dah pancitkan tayar kereta you! I pun tak tahu sebab apa I boleh buat kerja bodoh begitu!” - ANGGUN DANISHA

“Kalau selalu nak tengok aku tidur jadilah isteri aku. Hari-hari kau boleh tengok aku tidur. Macam-macam gaya kau boleh tengok.” - HARITH MISHKA

“Bolehkah dia berkahwin? Ayah tak belajar agama ke? Mana boleh manusia berkahwin dengan binatang! Lebih-lebih lagi binatang haram!” – BADRI
Kenapa harus Kau titipkan rasa cinta di hati ini kepada anak musuhku sendiri?

Akad Kedua

Tajuk : Akad Kedua
Penulis : Ana Eimaya
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-0907-27-7
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Ini keputusan muktamad abi dan ingat… Khuz tak boleh kata tidak.”- Tan Sri Junaidi.

Mampus! Memang sah-sahlah Hasbi Khuzairy tiada pilihan. Baginya, tidak perlu lagi dia pertaruhkan kebahagiaan untuk sebuah perkahwinan. Namun, alasan serik dan takut mendirikan rumah tangga untuk kali kedua, awal-awal lagi dipangkah oleh abi.

Nak tak nak, ‘ya’ jugalah jawabnya.

“Kerek! Ego! Membosankan!”- Dhia

Belum sampai sehari bergelar isteri, Dhia Irdina dengan yakin melabelkan suaminya begitu. Nampaknya, dia perlu bikin sesuatu.

Biarpun ego setinggi langit, Hasbi Khuzairy tidak pernah mengabaikan keperluan Dhia Irdina. Cuma cinta... itu yang sukar diberikan. Hari berganti hari, hatinya yang sunyi mula terpikat dengan sikap ceria, penyayang, manja, menggoda dan kuat mengusik isterinya.

“Dengan awak pun saya tak tercinta lagi, nak kahwin lagi satu? Hati saya ni ada satu ajelah.”- Khuz.

“Jadi, hati tu untuk Dhia la kan? Kan? Kan?”- Dhia

“Tolonglah, jangan nak terlajak perasan!”- Khuz.

Layanan acuh tidak acuh Hasbi Khuzairy terhadap Dhia Irdina membuatkan Irsyad mula mencuri peluang yang ada. Hasbi Khuzairy gelisah. Dia mula rasa tergugat.

“Kalau kau rasa tak dapat nak berikan itu semua kepada Dhia, aku cadangkan
supaya lepaskan ajelah dia daripada hidup kau.”- Irsyad

Datanglah seribu langau mahupun pendendam sekalipun, Dhia Irdina dan Hasbi Khuzairy masing-masing lebih suka memilih untuk mendiamkan diri. Namun, tanpa sedar ia membuatkan mereka makan hati berulamkan jantung.

“Saja. Aku nak Khuz, Tan Sri Junaidi, Rayna, Syad dan semua orang tahu perempuan yang dikatakan sepuluh kali ganda lebih baik tu sebenarnya lebih kurang sama aje dengan aku. Murah. Kau tahu tak erti mu-rah?”- Daliya

Murah? Apa maksud Daliya, bekas isteri Hasbi Khuzairy? Apa yang Dhia Irdina telah lakukan? Dan berhasilkah Hasbi Khuzairy menjadikan perkahwinan kali ini yang terakhir?

Cinta Cash & Carry

Tajuk : Cinta Cash & Carry
Penulis : Liza Nur
Harga : RM24.00
ISBN : 978-967-446-258-1
Mukasurat : 480
Berat : 380g

Sinopsis
Pabila cinta dilabel dengan tag harga, mampukah hati memberi seikhlasnya?
PABILA Nadiya disunting menjadi suri dalam hidup Azhar, dia menyangka itulah cinta sejatinya. Namun, rupa-rupanya cinta yang disangka sejati itu sebenarnya cinta hendak mati. Demi kontrak perniagaan, Sharkawi menawarkan RM1 juta untuk membeli seorang perempuan yang berstatus janda dan sudah memiliki anak.

Azhar yang menurut nafsu tamak emaknya, menceraikan Nadiya demi cek satu juta Shark. Nadiya rela dalam terpaksa menjadi isteri si jerung yang gilakan kerja dan harta. Suami barunya adalah seorang manusia yang manipulatif dan egois. Tiga tahun menguji perasaannya. Kehadiran teman sekampusnya, Zakir membuatkan keadaan bertambah kacau.

Mampukah Nadiya terus mempertahankan kesetiaannya terhadap Azhar? Dapatkah dia menundukkan ego si jerung yang bergelar suami sementaranya? Cukup kuatkah penangan cinta Zakir untuk membuatkan Nadiya berpaling?

“Berkahwin, ada anak, semua tu bukan untuk aku, Diya. Nilai cinta akan susut dengan masa dan aku manusia yang tak suka tanggung kerugian.”-Sharkawi

“Sekarang, saya mula rasa, kahwin, ada suami, bukan untuk saya jugak. Nasib baik jadi bini sementara aje. Kontrak ada expiry date pulak tu. Lepas saya chow, bolehlah kalau Tuan Sharkawi nak pasang banyak-banyak.” - Nadiya

“Aku nak kau tahu, perasaan aku pada kau tak berubah. Tak kisahlah kau gemuk, kurus. Ada gigi, tak ada gigi. Ada anak atau tak. Aku sayang kau seadanya.”-Zakir

Monday, June 27, 2016

Rindu Awak Separuh Nyawa

Tajuk : Rindu Awak Separuh Nyawa
Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM40.00
ISBN : 9789675822490
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Kasih Maisara!!!”

Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia menyalahkan papanya atas kematian arwah mamanya.

Pertemuan tanpa di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!

“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”

Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!

“Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”

Manusia itu tak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam dirinya. Namun di kala kasih berputik, cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja.

Maisara akur kesilapannya tapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!

“Mulai hari ini, awak tutup pintu hati awak serapat-rapat untuk saya sebab Nazril Nazim tak akan terima awak sampai awak mati!”

Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.

“Awak jangan risau, saya tak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdirkan saya mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak ada sedikit ehsan, buat terakhir kali imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan saya dan kata Kasih Maisara saya dah buktikan saya tak akan terima awak sampai awak mati!” Jelas kelukaannya.

Kini, Kasih Maisara telah pergi. Keluar air mata darah sekali pun dah tak berguna lagi!

“Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang.”

Dalam hati dihimpit kekesalan, Nazril mendongak ke langit memandang bintang yang bertaburan.

“Kasih Maisara, rindu awak separuh nyawa,” bisiknya dengan deraian air mata.

10 Novel Paling Laris

Sebagai rujukan rakan pembeli a.k.a novellover,

Novel yang berjaya masuk dalam Carta Laku Keras fiksyen 13 - 19 Jun di Popular:

3. Imaginasi
4. Imam Mudaku Romantik
5. Klik!, Pengantin Musim Salju
6. Assalamualaikum Cinta
7. Red Velvet
8. Hero Seorang Cinderella
9. Suamiku Paling Sweet
10. Mamat Muka Selenga

Klik pada tajuk untuk harga dan baca sinopsis percuma.

berminat?

untuk pertanyaan/belian

wassap 012.232.1874
telegram 0111.500.4915
atau DM @mohbelynovelonline


sumber: popularbookstore

Senarai Novel Bakal Adaptasi

Sebagai rujukan rakan pembeli, berikut adalah senarai novel yang bakal diadaptasi ke drama.

1. Sayangku Kapten Mukhriz (tajuk asal: Anugerah Terindah)
2. Suamiku Paling Sweet
3. 7 Hari Mencintaiku
4. Hantu Punya Bos
5. Dia Segalanya
6. Cinta 11 Syarat (astro prima - 6 jun)
7. Meh Sandar Pada Aku
8. Pergilah Air Mata
9. Imam Mudaku Romantik (astro oasis - 6 jun)
10. Mr Donut Karamel
11. Curi-Curi Cinta
12. Pencuri Hati vs Penembak Cinta
13. Awak Sangat Nakal
14. Cinta Copy Paste
15. Milik Engkau Saja
16. Mr London Ms Langkawi
17. Pencuri Cinta Kelas Satu
18. Awak Sayang Saya Tak?
19. My Dear, Mr Dimple
20. Kerana Aku Suamimu
21. Mamat Muka Selenga
22. Cik Serba Tahu
23. Mr Secret Admirer (hypptv - 17 jun)
24. Calon Isteri Jutawan

untuk belian dan pertanyaan:

wassap 012.232.1874
telegram 0111.500.4915
atau DM instagram @mohbelynovelonline

sumber: dramafilemadaptasinovel

Thursday, June 23, 2016

Alamak, Tersuka La Pulak!

Tajuk : Alamak, Tersuka La Pulak!
Penulis : Ateen Khalid
Harga : RM23.00
ISBN : 978-967-0874-28-9
Mukasurat : 568 
Berat :

Sinopsis
Kegagalan perkahwinan Khairy dan Suraya menyebabkan Khadeeja lebih berhati-hati terhadap wanita yang mahu berdamping dengan abangnya. Mana mungkin dia melupakan tindakan Suraya meninggalkan abangnya dan anak saudaranya yang baru berusia setahun hanya kerana mereka miskin. Apatah lagi bila dia tahu Suraya telah bernikah dengan seorang Dato’. Empat tahun berlalu dan Khadeeja terserempak dengan bekas kakak iparnya membuatkan dendamnya membuak-buak. Dan kerana dendam itu, Khadeeja Safiya telah menggunakan Izham Iskandar yakni kekasih Suraya setelah kematian suaminya yang berpangkat Dato’ itu. Dia nekad supaya Izham meninggalkan Suraya dengan menarik perhatian lelaki itu sehingga cinta berputik di hati Izham dan Izham sanggup melepaskan segala-galanya demi Khadeeja. Dan bila Izham mengakui cintanya, Khadeeja menghina dan mengecewakan lelaki itu. ‘Kehilangan’ secara mengejut itu menyebabkan Khadeeja sangat menyesal atas tindakannya dan cuba untuk menebus kesilapannya dengan menidakkan rasa yang mula bersarang di hatinya pada satu masa dahulu. Dan saat bertemu kembali dengan Izham, lelaki itu sudah pun terikat dengan seseorang.

“Sampai bila nak tenung muka saya? Awak tenung macam mana pun muka saya takkan berubah jadi muka orang lain, kan?”

“Tak boleh ke? Saya akan tenung awak sampai awak suka kat saya….”


Drive Thru Mr. Satay

Tajuk : Drive Thru Mr. Satay
Penulis : Aii Fariza
Harga : RM26.00
ISBN : 978-967-0874-29-6
Mukasurat : 712
Berat :

Sinopsis
Tengku Izz Maritza. Lambang kemegahan, kehebatan dan kemewahan. Selain berketurunan kerabat, dia juga cucu emas Raja Sufiah. Namun kerana sebuah kesilapan, dia perlu membayar dengan seluruh kehidupannya. Apalah ertinya menjadi cucu kesayangan sedang jodohnya bersama pemuda miskin! Tanpa harta dan darjat, lelaki itu menjadi pilihan Nenda Sufiah! Dia buntu dan tertekan. Terasa impian untuk bahagia kelam serta merta. Hilang kemewahan maka hilang kebahagiaan untuknya. Lantas takdir Tuhan itu dipersalahkan. Amirul Muiz. Mengahwini Tengku Izz Maritza umpama bulan tersalah mendarat di ribanya. Dia hanya pemuda biasa tanpa sebarang harta dan darjat hebat. Hanya pencinta dan penjual sate!

Betahkah isterinya itu bertahan di sisinya kelak? Siapa sebenarnya Amirul Muiz?

Mengapa dia menjadi pilihan nenda?

Apakah yang nenda lihat dalam diri Amirul sehingga memutuskan pemuda itu layak untukku, cucu yang dicintainya?

Bagi Izz Maritza, pemuda itu sekadar watak sampingan dalam hidupnya. Tempoh bersama Amirul hanyalah sementara. Setelah dia mendapat sesuatu yang dijanjikan, dia akan segera berlalu dari sisi Amirul. Perjalanan hidupnya masih jauh dan bersama Amirul Muiz bukan pilihan terakhirnya. Mummy telah berjanji untuk membantunya keluar dari kemelut yang dihadapi. Nyata jangkauan minda dan hatinya merudum. Amirul Muiz berjaya menyalakan sinar bahagia itu. Bertalu-talu hatinya disentuh ketulusan hati seorang suami. Beriburibu ucapan yang Amirul ungkap sehingga meletakkannya di persimpangan dilema. Matlamatnya mula goyah.

“Betapa rahmat Allah itu infiniti. Sedang aku jauh daripada-Nya, Dia malah mengurniakan sehebat pemberian. Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

Isteri Mr. Troublemaker

Tajuk : Isteri Mr. Troublemaker 
Penulis : Zany Ezatie
Harga : RM27.00
ISBN : 9789673652709
Mukasurat : 
Berat :

Sinopsis
Syazrina? Huh! Mendengarkan nama itu terngiang-ngiang di telinga, Syakeef rasa berbulu hati. Bencinya tak bersebab. Tapi, kerana benci di hati itulah dia kacau minah senget itu sampai menangis-nangis.

Huh? Syakeef? Mamat poyo? Troublemaker tu ke? Jangan cakap pasal dia, boleh? Syazrina benci dia, faham? Tapi, kenapa matanya asyik-asyik nak tengok Syakeef? Mukanya, senyumnya yang manis sangat macam gula-gula kapas tu? Aisy, boleh buat tidur malam Syazrina tak lena.

Bertahun mengalun perasaan benci sesama mereka, siapa sangka cinta bertaut di Kota Seoul, Korea. Syakeef tanya Syazrina, adakah dia sudah berpunya? Syazrina pula ingin tahu juga, Syakeef milik orang atau masih single macam dia?

“Izinkan saya jadi peneman hidup awak sampai bila-bila. Izinkan saya menyayangi awak sampai akhir nafas saya. Izinkan saya lafazkan akad terima awak sebagai isteri saya.”

Atas nama cinta, mereka membina mahligai bahagia. Namun, siapa sangka yang mahligai dibina di selubung noda semalam. Dendam, benci dan marah. Diam-diam perasaan ini menghancurkan satu ikatan suci yang mereka tautkan bersama. Semuanya berubah sekelip mata. Sungguh, ia sungguh berbeza.

Namun, kalau ada jodoh, sempadan laut, seberang langit, mereka tetap akan bertemu!

Plot Cinta Untuk Big Boss

Tajuk : Plot Cinta Untuk Big Boss 
Penulis : Cik Sakura 
Harga : RM28.00
ISBN : 9789673652686
Mukasurat : 722
Berat :

Sinopsis
Benarkah semua novelis cinta boleh selesaikan semua jenis masalah cinta?

Ini kisah Lisa. Seorang penulis novel cinta yang dilantik menjadi PA kepada big boss idaman Malaya, Zul Zafri, untuk menjalankan satu misi penuh mustahil.

“Bos, saya cuma seorang penulis novel cinta dan bukannya Tuhan yang boleh rancang takdir seseorang!”
“Saya tak suruh awak jadi Tuhan. Saya suruh awak jadi seseorang yang boleh selesaikan masalah saya.”

Sejak itu, kehidupan Lisa bertambah kacau-bilau. Kena jadi PA, kena jadi penulis dan kena cipta plot untuk big boss pula! Tambah menyulitkan keadaan apabila Nazurah, teman wanita big boss itu lebih mementingkan kerjaya dan perniagaan, menyukarkan misinya. Itu belum masuk kena buli dengan big boss.

Namun, satu kejadian telah mengubah segalanya...

“Kalau awak kahwin dengan saya, hari-hari awak boleh makan stik.”
Stik? Hari-hari? Oh my... Peluang ke perangkap ni???

Apakah yang telah berlaku sehingga cinta big boss beralih kepada Lisa? Adakah Lisa akan menerima lamaran big boss? Bagaimana pula dengan Nazurah? Adakah cinta fairy tale itu benar-benar wujud? Atau hanya dalam novel sahaja? Lisa dan big boss ada jawapannya...

Shhh… I Love You

Tajuk : Shhh… I Love You
Penulis : Farisya Natasha
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0992-24-2
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
NUR NADIA OMAR… Keceriaan luaran tidak dapat menutup kekurangan yang ada pada dirinya. Hidupnya yang penuh liku dan membuatkan hanya kematian saja yang dia fikirkan dek kisah silam yang menjadikan diri masih bernyawa sehingga kini. Dan kerana itu, kesukaran hidupnya mula diterangi cahaya kebahagiaan apabila hadir si teruna idaman hati. Dapatkah si jejaka menerima kekurangan dirinya?

AHMAD AIDAN AHMAD ABHAR… Kerana kecewa, dia membawa diri yang lara kesepian dan menumpukan perhatian pada kerjaya di awan biru. Namun, pertemuan tak dirancang dengan seorang gadis yang berkerjaya tidak jauh beza dengan skop kerjanya telah membawa satu perubahan baru buat dirinya. Dan kerana itu, mampukah kehadiran si gadis pengganti merawat luka dalam hati Aidan yang masih terpendam lagi?
“Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?” – Nadia

“Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?” – Aidan

Namun begitu, percaturan Allah lebih hebat untuk diri mereka berdua. Dek masing-masing menyimpan satu rahsia yang bakal meremukkan perasaan. Akibatnya, perhubungan Aidan dan Nadia mula berantakan apabila rumah tangga mereka yang dibina dengan tergesa-gesa itu mula dilanda ujian.

Kisah dan rahsia yang disimpan oleh si teruna membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia sehingga ke akhir nafas wanita itu biarpun cinta untuk isterinya tidak pernah. Ini kerana cintanya hanyalah untuk bekas tunangannya yang sudah tiada. Apabila mengetahui perkara sebenar, mampukah Nadia mengharunginya?

“Untuk apa awak kahwin dengan saya kalau awak masih cintakan dia? Hanya sebab awak simpati pada saya? Atau saya ni cuma alat untuk mengaburi mata keluarga awak yang kononnya dah move on? Ataupun, saya ni sekadar peneman di waktu awak sunyi? Tell me, Aidan. Tell me the truth!” – Nadia

Setelah itu, Nadia mula nekad. Dia mahu hanya dirinya saja yang bertakhta dalam hati Aidan tanpa terselit wanita lain meskipun bekas tunang lelaki itu sendiri.

“Saya takkan mengalah. Sampai masa nanti, awak tak akan dapat hidup tanpa saya.” – Nadia

“Try me.” – Aidan

Cabaran lelaki itu membuat Nadia terus berjuang. Sebagai isteri, dia berhak memiliki Aidan sepenuhnya. Tetapi, benarkah hanya itu yang menjadi rahsia selama ini? Atau ada lagi rahsia yang lebih besar tanpa diketahui olehnya? Dan jika ada, mampukah dia berdepan dengan rahsia itu? Atau mungkin sudah tiba masanya untuk dia melangkah pergi

Hero Seorang Cinderella

Tajuk : Hero Seorang Cinderella
Penulis : Anjell
Harga : RM28.00
ISBN : 978-967-469-007-6
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Ini adalah kisah seorang Cinderella dan heronya…

Sekali pandang, orang mesti cakap dia sesuai untuk Cinderella versi thriller. Dia cantik tapi muka dia beku. Senyum ikhlasnya mahal. Jelingannya tajam mengalahkan pedang. Semuanya hanya untuk menutup kisah hidupnya. Itulah Nura Medina.

Seratus lapan puluh darjah pula dengan heronya. Heronya masih versi Prince Charming. Dia kacak membunuh. Senyumnya ikhlas versi pencair hati. Jelingannya mampu bikin anak dara penasaran. Dan kepulangannya ke Malaysia kali ini bersama satu amanah. Itulah Tengku Ian Uzzam.

Macam mana Tengku Ian boleh menjadi hero seorang Cinderella? Al-kisahnya bermula pada suatu malam.

“Tips. Kalau awak ingat saya malam ni, saya pasti akan selamatkan awak.”- TENGKU IAN UZZAM

Bermulalah misi Tengku Ian untuk mendekati Medina. Terus-menerus si hero selamatkan Cinderellanya. Sehinggalah tersingkapnya satu rahsia.

“Dunia ni penuh dengan ketidakjujuran. Bila dah kena fitnah, 99.9% pilih untuk percaya.” – NURA MEDINA

“In the situation of 99.9% of distrust, I am your 0.1% that will trust you. Always.” – TENGKU IAN UZZAM

Itu janji Tengku Ian. Dan apabila Medina berada dalam situasi 99.9% itu, masihkah Tengku Ian menjadi 0.1% dia? Dan berjayakah Tengku Ian menjalankan amanah yang diberikan? 

Dia Bukan Bidadari

Tajuk : Dia Bukan Bidadari
Penulis : Myra Ameer
Harga : RM30.00
ISBN : 978-967-469-008-3 
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Aku nak kahwin dengan anak orang kaya dan hidup senang.”

Itulah cita-citanya sejak dia berusia dua belas tahun lagi. Zulaika menganggap cita-cita itu impian gila tetapi tidak bagi Nur Jannah Zahra. Demi mengejar apa yang diimpikan, setiap pesanan orang tuanya, langsung dibuang ke tepi.

Berbekalkan rupa paras yang cantik, penampilan menarik dan gaya yang sedikit menggoda, memikat lelaki kaya bukan perkara yang susah baginya. Tetapi ada syaratnya, boleh berjumpa, membeli-belah berdua dan makan bersama tetapi tidak boleh menyentuhnya. Sesiapa yang sudi ‘you are welcome’ tetapi kepada yang terlebih aksi dia akan mengucapkan  “good bye”.

Tetapi itu tidak lama apabila jiwa kental Nur Jannah mula goyah ketika mata tertala kepada pemilik nama Syed Azrai Mikael Tan Sri Syed Jalal.

Sayangnya ketika benih cinta baru hendak bermula, skandal lama datang membuat onar. Akibat satu peristiwa yang tidak diduga, Syed Azrai nekad mengupah sahabat baiknya, Fareez Azeem sebagai ‘driver cum bodyguard’ untuk pujaan hati. Bermula dari detik itulah hidup Nur Jannah jadi huru-hara dek mulut Fareez yang dianggapnya puaka.

“Tak kelas langsung ada driver tapi bawak Perodua Myvi aje!” – Nur Jannah

“Weiii! kereta aku ni belum habis bayar lagi tau. Kalau tertanggal pintu tu siapa nak bertanggungjawab? Nak mintak duit kau pun aku kesian.” – Fareez

Kisah cinta yang disangka seindah kisah Cinderella itu rupanya tak seperti yang dibayangkan. Pelamin indah yang diangankan tiba-tiba musnah dilanda petir. Ketika kebenaran terungkai dan ketika  hati sedang terluka kecewa, tiba-tiba muncul seorang lelaki lain di dalam hidupnya.

“I masih cintakan you.” – Syed Azrai

“Saya sayangkan awak, Jannah.” – Fareez Azeem

“Ikut saya demi Nini.” – Azad Bakri

Jadi siapakah lelaki yang akan Nur Jannah pilih sebagai teman sehidup semati? Syed Azrai Mikael, lelaki yang dicintai, Fareez Azeem, suami bukan pilihan  atau Azad Bakri, lelaki jutawan yang berstatus duda? Namun, mampukah Nur Jannah menggapai bahagia tanpa reda dari  seorang lelaki bergelar bapa?

Saya Kan Ada

Tajuk : Saya Kan Ada
Penulis : Marissa
Harga : RM22.00
ISBN : 978-967-0992-23-5
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Aku, Maisarah dibenci keluarga ibu semata-mata membawa sial. 25 tahun menanggung tohmahan, ejekan dan makian. Nasib baik ada hairiz, sepupu juga kawan rapat. Dulu masa kecil-kecil, kami suka main layang-layang dan main kahwin-kahwin, tapi terbalik. Aku jadi suami dan dia jadi isteri. Lawak gila kalau aku ingat balik. Sumpah, upah seribu pun aku takkan ambil watak suami lagi.

Dah besar begini pun kami tetap juga rapat. Tapi rapat tu rasa lain macam. Sehinggalah kami tiba di Nami Island. Dia serahkan kotak cincin betul-betul di laluan pelakon Winter Sonata bermain salji. 

“Untuk awak.”

“Untuk saya?”

“Untuk awaklah. Siapa lagi?”

“Terima kasih. Tapi kenapa hadiahkan saya cincin ni?”

“Sebenarnya untuk bakal isteri saya. Tapi disebabkan saya masih belum jumpa bakal isteri saya, saya hadiahkan saja untuk awak.”

“Bukan sebab awak nak melamar saya kat sini, kan?”

“Boleh ke saya melamar awak kat sini?”

Bolehkah kami disatukan di dalam ikatan cinta bila perasaan kami masih lagi seperti sepupu? Bagaimana dengan mak lang?  Mahukah dia menerima anak buahnya sebagai menantu?

Nasi lemak buah bidara,

Sayang selasih saya lurutkan,

Buang emak buang saudara,

Kerana kasih saya turutkan.

Itu kata Hairiz.

Pening-pening. Sepupu sendiri sudah melamar!

Curi Hati Awak, Boleh?

Tajuk : Curi Hati Awak, Boleh?
Penulis : Mynfamieza
Harga : RM26.00
ISBN : 9789673652693
Mukasurat : 
Berat :

Sinopsis
Azra Zinnirah memilih untuk menutup pintu hatinya selepas kecewa dengan cinta yang pertama. Nekad untuk membesarkan Akil iaitu anak kakaknya selepas semua ahli keluarganya terkorban dalam kemalangan jalan raya. Akil pula bukanlah seperti kanak-kanak biasa. Pelbagai hinaan dan kata-kata sinis yang diterima. 

Peristiwa tidak sengaja di pasar malam menjadi titip permulaan Azra Zinnirah dan Iyad Mujahid. Hati lelakinya terpikat dengan keperibadian Azra Zinnirah dan sanggup menerima tanggungjawab membesarkan Akil bersama-sama. Azra Zinnirah risau untuk kembali membuka pintu hatinya semula. 

“Awak tak nak kahwin dengan saya ke?”
Azra tidak membalas.
“Tak cukup handsome ke saya ni untuk awak, Azra? Ke tak cukup pakej untuk jadi suami awak? Bagitau saya, Azra. Kalau saya tak cukup handsome saya akan buat pembedahan plastik supaya nampak lebih handsome. ”

Puas dimomok dengan ayat-ayat manis dari Iyad Mujahid dan melihat kesungguhan Iyad Mujahid, akhirnya Azra Zinnirah menerima dan mereka disatukan. Perkahwinan mereka bahagia pada awalnya.  Namun, langit tak selalunya cerah. Hadirnya Nadeem Ukail membuat kacau dan salah faham terhadap Husna membuatkan rumah tangga mereka mula bergoyah. 

Mampukah mereka mengatasi semua masalah ini? Atau semua ini hanya sementara dan lebih memilih untuk mencari jalan mudah? 

Lamaran Kedua

Tajuk : Lamaran Kedua
Penulis : Ma Lee Chuswan
Harga : RM21.00
ISBN : 978-967-469-009-0  
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
“Sumpah Nina, kalau pengantin perempuan bukan kau… Selama-lamanya tak akan ada pengantin dalam hidup Jeff.” - Jeff

Jefri dan Nina merupakan pasangan sejoli. Usia pertunangan mereka berusia hampir empat tahun. Namun, kepulangan Jefri memberi kelukaan pada hati Nina. Akibat salah faham yang terjadi antara mereka, hubungan mereka ibarat retak menanti belah.

“Aku bebaskan kau! Kau buatlah apa yang kau suka, Jefri!” - Nina

Nina membawa diri selama dua tahun untuk membina hidup baru. Dalam berjauhan, hati masing-masing masih menyimpan rindu, dendam dan sayang. Dek ego yang menebal dalam diri Nina, dia nekad untuk membuang Jeff daripada hidupnya.

Kehadiran Tengku Zulhan, duda anak satu menjadikan dia begitu rapat dengan Nina dan menginginkan Nina menjadi ibu kepada anaknya, Elly yang menghidap penyakit hati yang kronik.

Nur Ayu, teman rapat Jefri ketika di luar negara mempunyai perasaan terhadap Jefri. Kedua-duanya memainkan peranan untuk mendapatkan hak masing-masing menambahkan lagi rencah rasa di dalam hubungan Jefri dan Nina.

“Jeff sudah terima balasan perbuatan Jeff, Nina. Jeff alami segala-galanya. Rasa bersalah, sedih, kecewa dan rindu yang tak terubat. Kalau Nina mahu menghukum Jeff sekalipun, takkah dua tahun itu sudah memadai?” - Jeff

Apakah yang akan terjadi kepada Jeff dan Nina? Sejauh manakah kemelut ini harus berlarutan? Masihkah ada lamaran kali kedua buat Nina?

Tuesday, June 21, 2016

Jin-Tina

Tajuk : Jin-Tina
Penulis : Abdul Rahim Awang
Harga : RM25.00
ISBN : 978-967-369-340-5
Mukasurat : 424
Berat :

Sinopsis
Tiga wanita muda – Juanita, wartawan investigatif; Katrina, agen insurans; dan Mona, ahli perniagaan berkawan baik dan berkongsi minat, iaitu tarian salsa. Juanita dan Katrina mengajar tarian salsa secara sambilan di studio yang dimiliki dan diurus oleh Mona.

Suatu senja, Katrina melayang jatuh dari tingkap studio tarian di tingkat 20 Menara Kuntum dan mati di atas tarmac. Kisah seram yang selalu menyelubungi menara itu mula tersebar. Juanita gigih mencari kebenaran di sebalik kematian sahabatnya itu. Namun kemudiannya, nyawanya pula yang terancam.

Apakah punca sebenar yang memutuskan nyawa Katrina? Adakah kerana kemalangan? Dibunuh? Membunuh diri? Atau melibatkan dendam dari alam ghaib?