Thursday, June 30, 2016

Part Time Maid

Tajuk : Part Time Maid 
Penulis : Adriana Amani Hakimi
Harga : RM28.00
ISBN : 9789671401002
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
SETIAP manusia pasti punya cita-cita demi mengubah hidupnya dan mendapat apa yang dihajati. Namun, cita-cita Wawa untuk memperoleh kerjaya yang diimpikan tidak menjadi kenyataan. Dia dibungkus oleh impian yang kini hanya menjadi angan-angan semata-mata.

“Cita-citaku bukan terlalu besar. Hanya sekelumit dalam hidupku agar menjadi manusia berjaya. Ternyata, ianya tidak dapat kugapai secara sempurna.” WAWA

Wawa terpaksa menghadam kerjaya sebagai pembantu kepada seorang kaya yang berhati durja. Setiap hari, makanan dan minuman Wawa ialah makian dan kata-kata nista.

“Aku berkuasa kerana wang yang kumiliki. Jadilah abdiku apabila aku berkehendakkan kau berbuat begitu.” DATUK SERI MAJID

Walaupun hati Wawa terlalu sinu, dia terpaksa rela biarpun Datuk Seri Majid berbuat bajingan terhadapnya. Wawa tahu, dirinya kini tidak ubah seperti haiwan berkurap.

Dalam kepayahan Wawa meniti kerja di bawah telunjuk lelaki tidak berhati perut itu, kenangan lalu mula bergentayangan di sanubarinya. Setiap hari, wajah pemuda tampan yang pernah dikasihi, acap kali menghimpit dirinya.

“Bahasa klisenya, aku sayang kepadamu. Kalau boleh, aku mahu menjadi suramu. Itu pun, kalau kau sanggup memaafkanku.” AIMAN

Wawa berbelah bahagi. Adakah dia tegar bekerja di bawah Datuk Seri Majid yang keparat itu dengan cara menjadi tuli dan membodohkan diri? Atau, mengambil keputusan untuk melepaskan amarah dengan cara mengeluarkan kata-kata kesat demi memperlihatkan bahawa dirinya punya harga diri? Wawa harus memilih terbaik demi kelangsungan hidupnya...   

No comments:

Post a Comment