Tajuk : Izinkan Aku Jadi Sayapmu
Penulis : Lily Haslina Nasir
Harga : RM29.00
ISBN : 978-967-0890-92
Mukasurat :
Berat :
Sinopsis
Sofeatululaishah a.k.a Pia Pemuk (Sofia Pendek Gemuk). Gadis yang digelar bendul dan jendul ini ialah staf baru di syarikat Menara Rumah Manis. Entah mana silapnya, dia selalu menjadi ‘mangsa’ Chairil Razlan. a.k.a Chairil Cougar, pewaris tunggal Menara Rumah Manis yang sangat anti dengan cara hidup orang perempuan ‘moden’. Buktinya, dia haramkan staf memiliki akaun Facebook, Twitter dan Instagram!
“Isu global dia orang ni tak habis-habis nak buang selulit. Pakai kasut baru beli pun nak tayang. Tak pasal-pasal tunjuk kuku kaki cagu, kulit kaki berkerak daki! Tolonglah... Paling tak tahan, IQ tahap tujuh kerak bumi bila selfie dalam jamban awam! Apa masalah ya??? Macam tu kau nak suruh aku berbini cepat! Boleh pupus baka cerdik aku di muka bumi ni!” – Chairil Razlan
Tapi Pia Pemuk, dia lain dari yang lain. Susah ‘dibeli’. Malah, mana nak cari perempuan yang cekal memandu kereta Fiat lama manual itu? Kereta yang lantainya nampak jalan tar! Sungguh Pia Pemuk sangat tabah orangnya.
Siapa kata kita menangis untuk Tuan Chairil? I won’t cry for you, my mascara is too expensive. Dulu kata I Pendek Gemuk, ni apa kes tiba-tiba nak kata I sweet and juicy?” - Sofeatulaishah
Namun perlahan-lahan dalam diam, ego dan keangkuhan Chairil terjentik dengan ketenangan Pia Pemuk @ Sofeatulaishah menghadapi masalah. Dibuli Effa, perempuan si muka ketat pun Sofeatulaishah masih mampu tersenyum. Hebat. Harus Chairil akui, Pia Pemuk ini istimewanya ibarat dinginnya air di pergunungan. Sejuk dan menenangkan.
Bagi Sofeatulaishah pula, dia sedar dirinya hanya kuli, masuk ke Menara Rumah Manis pun atas bantuan orang dalam. Jadi dia hanya bertahan dan bersabar walaupun sudah beberapa kali dia menaip surat berhenti kerja. Sifat garang Chairil di ofis seperti cougar kadang-kadang meresahkan Sofeatulaishah. Tapi Pia tahu, Chairil, jejaka yang pada awal difikirkannya abang jaga parking itu baik juga hatinya.
“Kalau aku kahwin, agak-agak anak aku comel tak macam sepupu kenit aku tu? Confirm comel kan kalau ikut muka aku? Tapi kalau bini macam kau, aku rasa rupa anak aku nanti macam ikan termenung, kut! – Chairil Razlan
Memikat tetapi kasar. Terpikat tetapi tidak mengakui. Masing-masing jual mahal. Dalam diam terpikat namun ketika hati Sofeatulaishah sudah terbeli, Chairil ditimpa musibah. Pada saat cinta mereka hampir bersatu, ujian menimpa. Keluarga Chairil sudah merisik Pia namun musibah yang menimpa memaksa Chairil untuk memutuskan ikatan yang bakal terbina.
“Abang tak akan mampu jadi tunang Pia yang menggembirakan Pia. Jauh sekali dari jadi suami Pia. Kalau Pia nak cari orang lain tak apa. Abang faham. Kita masih boleh berkawan, bukan? Abang doakan Pia jumpa lelaki yang lebih baik daripada abang.” – Chairil Razlan
Akan mampukah Pia untuk setia pada seseorang yang baru mulai dicintainya?