Tuesday, May 17, 2016

Formula Sifufbads

Tajuk : Formula Sifufbads
Penulis : Jamal Sifufbads
Harga : RM39.90
ISBN : 978-967-13771-2-3
Mukasurat : 201
Berat :

Sinopsis
'Formula Rahsia' Yang Bukan Lagi Rahsia...

Dalam buku ini, anda akan didedahkan lebih 200 formula rahsia yang digunakan oleh Sifufbads untuk menjana jualan 6 hingga 7 angka hanya dari facebook

Untuk makluman anda, apa yang dikongsikan dalam buku ini  bukanlah teknik atau formula terkini yang dibina oleh Sifufbads. Ia adalah formula yang ramai orang sudah tahu, tapi jarang dipraktikkan.

Ramai orang belum sedar, untuk memajukan sesuatu bisnes, kita tak perlu belajar terlalu banyak ilmu-ilmu baru. Ini kerana kita akan pening dan tak tahu ilmu mana yang paling diperlukan dalam bisnes kita.

Cara yang betul adalah cari ilmu yang kita sangat perlukan dulu. Kemudian belajar, hadam dan praktikkan ilmu tersebut sampai jadi. Jangan buat sesuatu kerja itu separuh jalan, habiskan kerja tersebut sampai jadi!

Apa yang dikongsikan dalam buku ini bukan ditulis suka-suka sahaja. Ada tujuannya!

Tujuannya adalah untuk memberikan panduan yang betul kepada para usahaawan internet untuk bermula dan mengembangkan bisnes mereka di facebook secara lebih agresif.

Buku ini bukan untuk orang yang malas dan ingin cepat kaya, ia hanya sesuai untuk insan yang ingin berusaha mengubah kehidupan mereka supaya menjadi lebih baik dari sekarang.

Adakah anda salah seorang dari mereka?


No comments:

Post a Comment