Tuesday, May 17, 2016

Kasihku Untukmu

Tajuk : Kasihku Untukmu 
Penulis : Nurul Shuhada
Harga : RM29.00
ISBN : 9789675822391
Mukasurat :
Berat :

Sinopsis
Sejak kehadiran Khalisha dalam hidupnya, Iman Rania nekad untuk memberikan seluruh kehidupannya kepada Nur Khalisha Muhammad Benjamin. Bagi Iman Rania, Khalisha ibarat nyawanya.

“Don’t worry, I’m not gonna let anybody to hurt you again. I’m here to protect you. Always here at your side. Ibu pernah gagal dulu tapi kali ni, ibu akan buat yang terbaik untuk Isha. Ibu sayang sangat Isha. Jadi jangan bersedih lagi sebab ibu tak boleh tengok Isha sedih. It hurts me.” Itulah janji Iman Rania pada Khalisha.

Iman Rania, sedaya upaya menunaikan amanah yang diberikan kepadanya tanpa memikirkan sedikit pun tentang dirinya. Tanggungjawab yang tergalas di bahu dipikulnya dengan sebaik mungkin. Dia nekad untuk membahagiakan anaknya. Segala-galanya dilakukan demi Khalisha sehinggakan dia lupa pada hakikat yang sebenar.

“Tak payah! Kalau ibu dah tak nak Isha, Isha dah tak kisah! Isha akan buktikan pada ibu yang Isha boleh hidup gembira tanpa ibu!” Luluh hati Iman Rania mendengarnya.

Tiada siapa yang dapat meramal perjalanan hidup ini. Anak yang selama ini disayangi dengan sepenuh hati, membuangnya begitu sahaja. Kasih sayangnya tidak dihargai.

Sekali lagi dia kehilangan semuanya. Adam Harraz juga pergi meninggalkannya. Siapa yang harus dipersalahkan? Untuk apa pengorbanannya selama ini?

Dia terus diduga tapi haruskah dia mengalah begitu sahaja? Masih adakah lagi ruang untuknya di hati Khalisha? Khalisha, apapun terjadi, kasihku untukmu tetap utuh buat selamanya!

No comments:

Post a Comment