Tajuk : Seikat Cinta Tersimpul Rindu
Penulis : Annis Rizani
Harga : RM27.00
ISBN : 978-967-0870-13-7
Mukasurat :
Berat :
Sinopsis
Suffiya, dia hanyalah gadis biasa. Namun di sebalik kebiasaan itulah, tersembunyi suatu yang istimewa dalam dirinya.
Cintanya hanya pada tunangnya, Khairy. Namun, di saat kebahagian hampir menjelma, Khairy mula mengkhianati cinta mereka. Lakonan Khairy tidak dapat menutup segala kecurangan apabila Suffiya sendiri dikasari sehingga meninggalkan trauma dalam hidupnya. Namun, sayang Suffiya pada Khairy masih bersisa.
Di saat Suffiya hilang kepercayaan pada cinta, Mukhriz hadir dalam hidupnya. Hubungan atas dasar kerja telah membibitkan rasa suka dalam diri Mukhriz terhadap Suffiya. Namun bagi Suffiya, Mukhriz hanyalah seperti Khairy yang tidak pernah setia pada cinta. Dua wanita dalam hidup Mukhriz menguatkan lagi andaian Suffiya terhadap sikap Mukhriz yang tidak pernah cukup dengan satu. Rasa menyampah Suffiya terhadap Mukhriz semakin menebal setiap kali mereka bertemu di atas tuntutan tugas Suffiya.
“Nah, ni resit awak,” - Sufi
“Amboi, ganasnya. Cubalah berlemah lembut sikit,” - Mukhriz
“Eh, ambillah cepat. Saya dah nak balik ni.” - Sufi
“Atau kekasih hati dah lama tunggu? Tengok tu.”- Mukhriz
“Huh, suka hati awaklah. Nah, ambil ni. Saya minta diri dulu. Bye.” – Sufi
Mukhriz terlalu banyak menyimpan rahsia. Di sebalik sikapnya yang ceria, pelbagai masalah sedang menghimpit dirinya. Bila berdepan dengan Suffiya, dia seolah-olah mendapat satu ketenangan. Tapi mustahil baginya untuk mendapatkan Suffiya. Demi Hayqal, Mukhriz bangkit kembali merebut sesuatu yang hilang.
Siapakah Hayqal dan dua wanita itu dalam hidup Muhkriz? Apakah kesudahan hubungan Suffiya dan tunganannya Khairy? Semuanya akan terjawab dalam Seikat Cinta Tersimpul Rindu.
No comments:
Post a Comment