Sunday, May 22, 2016

Kembara Umrah : Catatan Perjalanan Umat Islam Pertama Dunia Bermotosikal Ke Mekah

Tajuk : Kembara Umrah : Catatan Perjalanan Umat Islam Pertama Dunia Bermotosikal Ke Mekah
Penulis : Noraini Nordin, Norimanah Seman
Harga : RM39.00
ISBN : 9789671291405
Mukasurat : 
Berat :

Sinopsis
Buku ini adalah imbsan kembali catatan peribadi perjalanan Dato' Zamri Mohamed yang bermotosikal untuk menunaikan umrah bermula pada 14 Mei 2010. Turut bersama Dato' Zamri adalah teman-temannya termasuk Ustaz Nahrawi Marzoko, Senator YB Mohd Khalid Ahmad, Zamran Ibrahim (warga Singapura) Dr. Fahmi, Arshad dan Jihad.

Pengembaraan selama 54 hari ini merentasi 12 negara dengan jarak perjalanan sejauh 18 ribu kilometer. Sepanjang tempoh musafir itu, sejumlah 12 negara telah dijelajahi oleh mereka bermula dari Malaysia, Thailand, Laos, China, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turki, Syria, Jordan dan Arab Saudi.

Pengembaraan bersejarah ini cukup mendebarkan serta menyentuh jiwa. 'Nyawa ibarat telur di hujung tanduk' apabila melalui negara-negara yang bergelora, mengharung salji tebal yang hampir mencecah paras beku dan Gurun Ghobi yang berliku. Pelbagai etnik dan gaya hidup masyarakat dunia ditemui dalam kembara ini selain berpeluang menziarahi lebih 40 masjid sambil bersolat berjemaah bersama penduduk tempatan.

Kembara Umrah ini telah mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa khususnya memartabatkan lagi imej umat Islam dunia. Dengan gaya bahasa santai, ringkas serta padat catatan dari diari peribadi Dato' Zamri telah berjaya dijadikan sebuah buku khazanah ilmu yang amat berguna untuk panduan masyarakat khasnya generasi muda yang minat mengembara. Buku ini wajar dimilik oleh setiap insan yang cintakan kejayaan, rindukan kecemerlangan serta kasih sayang Allah dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment